Ahad, 10 Februari 2019

Pelaburan Emas: Di Mana Untungnya?

Kemaskini pada 08/05/2020

1 Dinar Public Gold


Asas keuntungan dalam Pelaburan Emas adalah seperti berikut iaitu Beli Ketika Murah, Jual Ketika Mahal (Buy Low, Sell High). Prinsipnya mudah tetapi secara realitinya ia amat mencabar untuk dilaksanakan. Ini disebabkan pergerakan harga emas bukan ditentukan oleh kita, tetapi ditentukan oleh pasaran dunia.

Semakin ramai orang membeli emas, semakin tinggi harganya, begitu juga sebaliknya. Dengan erti kata lain, kita tiada kawalan atas harga belian dan jualan emas. Apa yang kita boleh kawal hanyalah berapa banyak gram yang ingin dimiliki.

Untuk menjadi pelaburan emas yang berjaya, anda perlu:

(1) Memiliki Modal Yang Besar
(2) Tahu Bila Harga Murah (Lantai)
(3) Tahu Bila Harga Mahal (Siling)

1# Memiliki Modal Yang Besar

Memiliki modal yang besar bermaksud anda mampu membeli sekurang-kurangya 100 gram jongkong emas. Ini kerana jumlah gram yang dibeli akan menentukan berapa banyak keuntungan yang anda perolehi. Sebagai contoh, sekiranya harga emas naik RM 1, ia bererti kekayaan anda telah meningkat sebanyak RM 100 (bagi jongkong emas seberat 100 gram).

2# Tahu Bila Harga Murah (Lantai)

Mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas amatlah penting bagi seorang pelaburan emas. Ini kerana matlamat utama pelaburan emas adalah untuk memastikan emas yang dibeli dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jangka masa yang pendek. Lagi rendah kos pembelian, lagi cepat keuntungan diperolehi.

“Harga pembelian emas akan menentukan tempoh masa dan berapa banyak keuntungan yang perolehi dikemudian hari”

3# Tahu Bila Harga Mahal (Siling)

Mengetahui harga puncak (siling) emas amatlah penting bagi memastikan anda tidak terlepas waktu yang sesuai untuk menjualnya kembali. Sekiranya anda terlepas akannya, maka anda terpaksa menunggu lebih lama untuk menjana keuntungan daripada emas yang dimiliki. Ia akan menjadi mimpi ngeri bagi seorang pelabur.

Entri kali ini saya kongsikan keuntungan yang mampu diperolehi dalam pelaburan emas sekiranya anda membeli jongkong emas seberat 1000 gram. Kiraan dibawah hanya terpakai bagi emas jenama Public Gold dan segala urusan jual beli hanya dengan Public Gold sahaja.

Maklumat

Berat:
1000 gram
Harga Belian:
RM 164,725 (Modal)
Harga Jualan:
RM 183,832 ***
Tarikh Beli:
18/08/2018
Tarikh Jual:
21/06/2019                 
Tempoh Masa:
10 Bulan (Anggaran) **

Kadar Keuntungan (RM / % *)

Pelanggan:
RM 19,408.496 (11.78 %)         
Dealer:
RM 21,607.24 (13.12 %)       
Priority Dealer:
RM 22,430.87 (13.62%)         
Master Dealer:
RM 23,254.49 (14.12 %)

Nota Tambahan:
*Peratusan keuntungan dikira berdasarkan modal asal. Keuntungan yang diperolehi adalah bersih setelah ditolak kos premium. Perkiraan dilakukan tidak mengambil kira kos tambahan yang mungkin dikenakan seperti GIT, kos minyak dan sebagainya.
** Tempoh masa adalah bergantung kepada pergerakan harga emas semasa.
*** Harga jualan bergantung kepada penilaian anda. Dalam kes ini saya beranggapan bahawa harga emas pada tarikh itu adalah yang tertinggi berdasarkan rekod harga emas tertinggi pada tahun 2018.

Senarai Harga Pada 21 Jun 2019

Tips Mengenalpasti Harga Tertinggi Dan Termurah Emas

1# Pelajari Ilmu Analisa Teknikal bagi meramalkan harga tertinggi dan terendah emas bagi tempoh setahun.

2# Pilih produk emas yang sesuai (Mudah untuk beli dan jual pada bila-bila masa, mengikut harga semasa) seperti emas jenama Public Gold. 

Jongkong Emas 1000 gram Public Gold
Produk Yang Paling Ideal Untuk Pelaburan Emas

Adakah anda faham dengan perkiraan diatas?

Biar saya jelaskannya secara lebih terperinci. Merujuk perkiraan diatas diatas, sekiranya anda seorang pelanggan biasa. Keuntungan bersih yang anda perolehi adalah sebanyak 11.78 % (RM 19,408.496) *. Bagi Dealer Public Gold pula, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak 13.12 % (RM 21,607.24). Ini bererti keuntungan anda meningkat sebanyak 1.34% sekiranya anda seorang Dealer dan bukan seorang pelanggan sahaja.

Pulangan yang diperolehi dalam pelaburan emas adalah jauh lebih tinggi daripada pulangan yang diperolehi terutama dalam unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada tahun 2018 iaitu sebanyak 4.78 %. Apa yang menarik, keuntungan ini hanya diperolehi dalam tempoh 10 bulan sahaja berbanding ASB yang mengambil masa setahun.

Kenapa Dealer Public Gold memperolehi keuntungan yang lagi besar berbanding dengan pelanggan biasa. Ini kerana keuntungan yang dikira diatas termasuk komisen yang diterima semasa beli dan jual.

Nota Tambahan:
*Setiap pembelian 250g atau 1kg jongkong emas Public Gold (kali pertama), secara automatik anda menjadi Dealer Public Gold. Ini melayakkan mendapat komisen jual balik sebanyak 0.3%.

Bagaimana sekiranya saya hanya mampu membeli emas seberat 250 gram sahaja? Oleh kerana harga emas bagi jongkong seberat 250 gram adalah sama dengan harga jongkong seberat 1000 gram. Ini bererti keuntungan yang anda perolehi hanyalah suku daripada keuntungan yang dikira diatas.

Contohnya adalah seperti berikut

Keuntungan (Pelanggan)
1000 gram       : RM 19,408.496 (11.78 %)
250 gram         : RM 5,401.81 (11.78 %)

Bagaimana? Anda bersemangat untuk memulakan membeli emas selepas mengetahui akan potensi keuntungannya? Nanti dulu. Sebelum anda bermula, anda perlu memahami risikonya terlebih dahulu. Terdapat 2 risiko yang perlu anda hadapi iaitu (1) Emas Hilang dan (2) Emas Dicuri. Oleh itu pastikan emas anda sentiasa disimpan dengan keadaan selamat sebelum tiba masa untuk menjualnya kembali.

Sila tekan pautan dibawah untuk maklumat selanjutnya berkaitan risiko sebenar dalam Pelaburan Emas.

Bagaimana hendak menyimpan emas dengan cara yang selamat? Sila tekan pautan dibawah untuk tips dan panduan.

Diharapkan agar artikel ini membantu anda mengetahui potensi keuntungan yang boleh diperolehi dan kaedah yang betul menjana keuntungan dalam Pelaburan Emas.

Penafian:

1# Kiraan diatas hanyalah sebagai petunjuk potensi keuntungan yang mampu diperolehi dalam Pelaburan Emas sekiranya memilih membeli jongkong emas seberat 1000 gram. Keuntungan sebenar bergantung kepada harga emas semasa ketika beli dan jual.

2# Kaedah ini hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh setahun (satu kitaran). Sementara menunggu kitaran seterusnya, digalakkan agar segala modal dan keuntungan yang diperolehi disimpan di instrumen kewangan lain seperti Tabung Haji (TH) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan