Isnin, 11 Mac 2019

Tips Dan Panduan Melabur Dengan Cara Selamat

Tips Dan Panduan Melabur Dengan Cara Selamat

Sebelum anda membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam pelaburan seperti unit trust, hartanah, logam berharga (Emas & Perak), saham dan sebagainya. Pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu mengikut senarai semak yang dicadangkan seperti dibawah.

Langkah 1: Patuh Shariah

Pekara pertama yang perlu anda dilakukan adalah dengan memastikan setiap pelaburan yang ingin disertai patuh shariah. Tidak guna mendapat keuntungan tinggi sekali pun sekiranya ia tidak patuh shariah (haram).

Bagaimana ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu patuh shariah ke tidak? Setiap pelaburan perlu di pantau oleh panel shariah yang berwibawa. Contohnya adalah seperti Pelaburan Emas Publi Gold yang telah dikurniakan sijil patuh shariah daripada Armanie Sdn Bhd sebagai syarikat yang memiliki kelayakan dalam bidang muamalat.

Nota Tambahan
Sekiranya anda bukan muslim @ islam, anda boleh abaikan senarai semak yang pertama ini.


Sijil Patuh Shariah Bagi Urusan Jual Beli Emas Melalui Akaun GAP

Langkah 2: Minat Terhadap Pelaburan Tersebut

“Kumpul aset yang anda suka. Sekiranya anda tidak menyukai apa yang dikumpulnya, anda tidak akan menjaganya dengan baik - Robert T. Kiyosaki”

Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu sebelum melibatkan diri dalam suatu pelaburan, pastikan anda mempunyai pengetahuan terlebih dahulu. Dari situ anda tahu adakah pelaburan ini sesuai dengan matlamat dan impian yang ingin dikecapi. Pastikan sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan dengan pelaburan tersebut telah anda baca dan fahami sebelum mengambil keputusan melibatkan diri secara serius dalam pelaburan tersebut.

Untuk memahami dengan lebih mendalam dalam Pelaburan Emas, saya cadangankan anda membaca judul buku berikut:

1# Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - Syukor Hashim
2# Wang Emas Bertahan Ketika Gawat - Mohd Zulkifli Shafie

Baki 8 buah buku lagi saya serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk memilihnya.


Langkah 3: Risiko Dan Keuntungan (Pulangan)

Pelaburan terbaik adalah pelaburan ke atas diri sendiri (Ilmu). Dari situ anda akan dapat mengenalpasti sama ada pelaburan itu pelaburan yang sebenar atau hanya sekadar satu penipuan (scam) sahaja. Ketahui dengan jelas bagaimana pelaburan tersebut menjana pendapatan (pulangan). Apakah risiko yang perlu dihadapi sekiranya libatkan diri dalam pelaburan tersebut.

Contohnya seperti Pelaburan Emas. Keuntungan hanya boleh diperolehi melalui aktiviti beli murah, jual mahal sahaja. Apakah risiko yang hadir dalam Pelaburan Emas? Sila tekan pautan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan untung dan risikonya

Pelaburan Emas

Risiko:

Keuntungan:

“Lagi tinggi risiko yang diambil, lagi tinggi keuntungan yang diperolehi. Begitu juga sebaliknya”


Langkah 4:  Bertanggungjawab Sepenuhnya Terhadap Setiap Keputusan Yang Diambil

Setelah anda bersedia, tiba masa untuk menceburi pelaburan tersebut. Tidak guna mengkaji sesuatu pelaburan tersebut sekiranya kita tidak melibatkan diri dengannya. Jangan biarkan orang lain yang membuat keputusan bagi pihak anda. Buat keputusan sendiri dan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang diambil.

Dalam pelaburan, terdapat dua faktor yang perlu diambil kira oleh seorang pelabur iaitu faktor dalam kawalan dan diluar kawalan. Fokus kepada yang dalam kawalan kerana ia akan membantu menghadapi cabaran yang datang dari faktor diluar kawalan.

Contohnya, seperti Pelaburan Emas. Pergerakan harga emas adalah faktor diluar kawalan kita. Apa yang kita mampu kawal hanyalah jumlah gram emas yang ada ditangan. Ingat akan prinsip pelaburan yang asas iaitu:

“Dalam Pelaburan, Rugi Itu Pasti. Untung Belum Tentu”


Faktor Dalam Kawalan: Jumlah Gram Yang Dimiliki
Faktor Di Luar Kawalan: Pergerakan Harga Emas

Diharap artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dengan bijak sebelum melibatkan diri dengan suatu pelaburan. Dan ingatlah dalam pelaburan ada pantang larangnya. Kuasainya, anda akan kuasai dunia pelaburan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Emas? Tekan pautan dibawah.


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan