Selasa, 9 April 2019

Hari Sukan Negara Run (HSN21KM) 2018

Hari Sukan Negara Run (HSN21KM) 2018

Lokasi:
Stadium Bukit Jalil

Aktiviti:
Berlari

Bayaran:
RM 90

Jarak Perjalanan:
21 km

Tarikh:
13 Oktober 2018

Hari Sukan Negara Run (HSN21KM) 2018 menjadi acara larian yang disertai selepas meghadirkan diri di Seminar Emas Alaf Baru pada sebelah pagi.

Ini adalah kali kedua saya menyertai larian sejauh 21km (Half Marathon) selepas melakukannya pada larian 2XU Compression Run 2018 pada bulan lepas. Kali ini berlari pada waktu malam pula.


13/10/2018: Peserta Berkumpul Di Tengah Padang Stadium Bukit Jalil
13/10/2018: Ramai Juga Peserta Bagi Larian Sejauh 21km Malam Ini
13/10/2018: Di Barisan Belakang
13/10/2018: Bila Nak Berlepas?
13/10/2018: Seperti Biasa, Kesesakan Di Garisan Permulaan
13/10/2018: Kata-Kata Semangat
13/10/2018: Dan Larian Pun Bermula
13/10/2018: Gelap Sungguh
13/10/2018: Dah Lama Tak Lari Waktu Malam
13/10/2018: Di Kilometer 1
13/10/2018: Baru Mula Lari, Ada Peserta Sudah Di Seberang Jalan (Kilometer ke 13)
13/10/2018: Minum Air Dulu
13/10/2018: Dah Mula Berjalan
13/10/2018: Permandangan Pada Waktu Malam
13/10/2018: 18km Jer Lagi Nak Sampai
13/10/2018: Berada Di Zon Gelap
13/10/2018: Di Sebelah Trek Lumba Kuda
13/10/2018: Rehat Dan Minum
13/10/2018: Jom Masuk Trek Lumba Kuda
13/10/2018: Bertabah Wahai Hati, 15km Lagi Nak Tamat
13/10/2018: Jadi Kuda Lumba Sekejap
13/10/2018: Laluan Lecak, Kena Berhati-Hati
13/10/2018: Baru 8km
13/10/2018: Di Kilometer Ke 9
13/10/2018: Baru Separuh Perjalanan
13/10/2018: Kaki Dan Tangan Dah Mula Nak Kejang
13/10/2018: Kawasan Berbukit
13/10/2018: Gelap Sungguh Laluan Ini
13/10/2018: Tengok Kiri Bukan Kanan
13/10/2018: Baru Nampak Jalan
13/10/2018: Dah 15km Rupanya
13/10/2018: Bila Nak Ke Seberang?
13/10/2018: Selepas Kebasahan Akibat Hujan Lebat Sebentar Tadi
13/10/2018: Terasa Nak Naik Ambulan Jer
13/10/2018: Untuk Pelari Yang Menyertai 5km
13/10/2018: 1km Terakhir Bagaikan Tinggal 10km Lagi
13/10/2018: Catatan Rekod Peribadi & Pingat Yang Diperolehi
13/10/2018: Digarisan Menamat
13/10/2018: Taubat Dah. Tak Nak Masuk 21km Lagi
13/10/2018: Mencabar Sungguh Larian Hari Ini
Berakhirnya larian pada kali ini. Bersambung di larian Allianz @ Pacer Run 2018 pada bulan hadapan pula. Secara keseluruhannya, larian kali ini adalah paling mencabar yang pernah saya rasai. Pertama kali saya merasai situasi yang teruk. Dengan tak cukup tidur disertakan terpaksa meredah hujan semasa mengambil baju (Race Kit Collection) pada waktu petang. Keadaan ini menyebabkan tubuh berada dalam keadaan lemah sebelum mula berlari lagi.

Ini adalah kali pertama saya merasai kekejangan silih ganti sepanjang larian yang meliputi tulang empat kerat (tangan dan kaki). Diburukkan lagi keadaan apabila terpaksa menempuhi hujan lebat selama kira-kira 10 minit pada kilometer ke 15.

Cabaran larian kali ini bermula sebelum berlari lagi apabila terpaksa menghadapi situasi yang tidak dijangka apabila tayar motor pancit semasa dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil. Bukan sekadar perlu berlari sejauh 21km malam ini, bahkan terpaksa mengheret motosikal yang pancit berpuluh-puluh kilometer semasa pulang dari larian.

Bersyukur teramat sangat kerana berjaya menamatkan larian pada malam ini walaupun berhadapi banyak halangan dan rintangan. Boleh pencen dah ini.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan