Isnin, 13 Mei 2019

Parkrun @ Putrajaya 2019

Parkrun @ Putrajaya 2019

Lokasi:
Precint 18, Putrajaya

Aktiviti:
Berlari

Bayaran:
Percuma

Jarak Perjalanan:
5 km

Tarikh:
16 Mac 2019

Parkrun @ Putrajaya 2019 menjadi acara larian seterusnya yang saya sertai selepas Allianz @ Pacer Run 2018. Larian kali ini bersifat sukarela. Ini bererti tiada sebarang pingat diberi selepas selesai berlari. Acara larian in bermula pada 8.30 dan berakhir selepas semua peserta menamatkan larian.

Pendaftaran awal perlu dilakukan sebelum menyertai larian ini yang diadakan pada hari sabtu setiap minggu. Dengan menyertai larian ini, anda akan mengetahui tempoh masa yang diambil sepanjang larian (catatan masa) dengan syarat mulakan larian pada pukul 8.30 pagi.

16/03/2019: Garisan Permulaan Dan Pengakhiran
16/03/2019: Belok Kiri
16/03/2019: Terlewat Mula
16/03/2019: Bila Dah Lama Tak Lari, Badan Terasa Berat Sangat
16/03/2019: Kekal Di Laluan Kiri
16/03/2019: Kena Mendakilah Pula
16/03/2019: Tinggal 4 Kilometer Lagi
16/03/2019: Lalu Bawah Jambatan
16/03/2019: Macam Pernah Lalu Jalan Ini Dahulu
16/03/2019: Ada Peserta Sudah Pun Berpatah Balik
16/03/2019: Tak Larat Pula Nak Kejar Orang Hadapan
16/03/2019: Di Kilometer Kedua
16/03/2019: Tak Pusing Lagi
16/03/2019: Di Penghujung Laluan. Tiba Masa Untuk Berpatah Balik
16/03/2019: Tak Akan Kita Orang Terakhir Kot
16/03/2019: Di Kilometer Ketiga
16/03/2019: Dah Semput Ini
16/03/2019: Kembali Semula Ke Jambatan
16/03/2019: Di Kilometer Yang Terakhir
16/03/2019: Ikut Laluan Kiri
16/03/2019: Kekalkan Di Kiri Jalan
16/03/2019: Cuaca Semakin Panas
16/03/2019: Sikit Lagi Nak Sampai
16/03/2019: Di Garisan Penamat
16/03/2019: Lepas Lari, Imbas Kod Untuk Rekod Masa Larian
16/03/2019: Apabila Sudah Lama Tak Lari
Berakhirnya aktiviti pada hari ini. Tiba masa untuk pulang dan berehat. Larian seterusnya, The Warrior Run 2.0 2019.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan