Terdapat
dua jenis keuntungan yang boleh diperolehi melalui Simpanan Emas iaitu:
(1) Keuntungan
Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)
(2) Keuntungan
Yang Boleh Dikira (Pulangan Pelaburan)
Apa
yang dimaksudkan dengan Keuntungan Yang Tidak Boleh
Dikira? Apa pula yang dimaksudkan dengan Keuntungan
Yang Boleh Dikira? Secara ringkasnya, Keuntungan
Yang Tidak Boleh Dikira bermaksud sebarang manfaat yang diterima oleh
penyimpan emas yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, begitu juga
sebaliknya.
1#
Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)
1.1 Dapat Menyimpan Tanpa Mengorbankan
Keseronokan Berbelanja
Menyimpan
itu penting, semua orang tahu akannya, tetapi kenapa hanya sebahagian kecil
sahaja yang mampu menyimpan untuk jangka masa yang lama. Kerana fitrah duit
seronok dibelanja, manakala fitrah emas seronok disimpan.
Kita
tidak perlu mengajar seseorang untuk berbelanja. Budak kecil pun reti
berbelanja. Tetapi menyimpan perlu diajar kerana perbuatan ini bertentangan
dengan fitrah manusia. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah
menuntut pengetahuan, keazaman dan displin yang tinggi.
“Semua Orang Mampu
Menyimpan, Tetapi Bukan Semua Orang Mampu Menyimpan Secara Berterusan (Konsisten)”
Kenapa
perlu bersusah payah menentang naluri apabila kita boleh sahaja mengikutnya
dengan hanya mengubah tabiat berbelanja suatu yang hangus kepada berbelanja
membeli emas. Secara tidak langsung anda dapat memiliki aset tanpa perlu
mengorbankan keseronokan berbelanja.
“Memiliki Aset Kecil
Seperti Emas Hanya Sebagai Langkah Permulaan Sebelum Memiliki Aset Yang Besar
Seperti Tanah Dan Rumah"