Jumaat, 28 Jun 2019

Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Terdapat dua jenis keuntungan yang boleh diperolehi melalui Simpanan Emas iaitu:

(1) Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)
(2) Keuntungan Yang Boleh Dikira (Pulangan Pelaburan)

Apa yang dimaksudkan dengan Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira? Apa pula yang dimaksudkan dengan Keuntungan Yang Boleh Dikira? Secara ringkasnya, Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira bermaksud sebarang manfaat yang diterima oleh penyimpan emas yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, begitu juga sebaliknya.

1# Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)

1.1  Dapat Menyimpan Tanpa Mengorbankan Keseronokan Berbelanja

Menyimpan itu penting, semua orang tahu akannya, tetapi kenapa hanya sebahagian kecil sahaja yang mampu menyimpan untuk jangka masa yang lama. Kerana fitrah duit seronok dibelanja, manakala fitrah emas seronok disimpan.

Kita tidak perlu mengajar seseorang untuk berbelanja. Budak kecil pun reti berbelanja. Tetapi menyimpan perlu diajar kerana perbuatan ini bertentangan dengan fitrah manusia. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah menuntut pengetahuan, keazaman dan displin yang tinggi.

“Semua Orang Mampu Menyimpan, Tetapi Bukan Semua Orang Mampu Menyimpan Secara Berterusan (Konsisten)”

Kenapa perlu bersusah payah menentang naluri apabila kita boleh sahaja mengikutnya dengan hanya mengubah tabiat berbelanja suatu yang hangus kepada berbelanja membeli emas. Secara tidak langsung anda dapat memiliki aset tanpa perlu mengorbankan keseronokan berbelanja.

“Memiliki Aset Kecil Seperti Emas Hanya Sebagai Langkah Permulaan Sebelum Memiliki Aset Yang Besar Seperti Tanah Dan Rumah"

1.2  Dapat Mencegah Duit Dari Di Pinjam Oleh Orang Lain

Salah satu faktor berlakunya kebocoran wang adalah apabila kita memberi pinjaman kepada orang lain. Secara asasnya memberi pinjaman itu merugikan. Rugi apabila wang yang diberi tidak dipulangkan sepenuhnya atau langsung tidak dipulangkan, Walaupun dipulangkan sepenuhnya, pemberi hutang tetap dalam kerugian dari segi nilai (kuasa beli) wang tersebut.

Oleh itu, menyimpan dalam bentuk emas dapat mencegah wang kita daripada di pinjam oleh orang lain. Kebiasaannya, orang mudah pinjam wang tetapi sukar pinjam emas kerana apa yang yang perlukan adalah wang bukannya emas. Ditambah proses jual atau cagaran di arrahnu mengambil masa dan tenaga menyebabkan peminjam berputus asa untuk meneruskan niat meminjam duit daripada kita.

1.3  Dapat Mengelak Daripada Kerugian Nilai (Kuasa Beli)

Tahukah anda? Emas adalah menyimpan nilai terbaik. Ia bermaksud kuasa beli wang dapat dipertahankan sekiranya ditukar ke emas. Oleh itu, sekiranya anda ingin memberi pinjaman kepada orang lain. Bagi pinjam emas. Walaupun anda tak untung, sekurang-kurangnya anda tak rugi.


Sumber: Facebook Public Gold
2# Keuntungan Yang Boleh Dikira (Pulangan Pelaburan)

Membeli emas bukan sahaja anda menyimpan tetapi pada masa yang sama anda juga melabur. Oleh itu mengetahui cara yang betul penting dalam memaksimumkan keuntungan dengan cara meminimumkan kos untuk mempercepatkan tempoh mengaut keuntungan.

Berminat melabur dalam Emas? Sila tekan pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh penyimpan emas.

Langkah 1: Mula Beli Emas Sebagai Penanda Aras (Batchmark) Harga

Beli sekurang-kurangnya 1 gram bagi menetapkan penanda aras (Batchmark). Kenapa ia penting? Supaya anda boleh ketahui dengan jelas bila harga emas dikatakan murah, bila harga emas dikatakan mahal.

Setiap orang berbeza perspektifnya tentang harga emas. Kerana ia bergantung kepada penanda aras yang ditetapkan sendiri. Orang yang membeli emas 1 gram dengan harga RM 180 merasakan ia mahal sekiranya harga purata emas yang dibeli sebelum ini adalah RM 179 segram. Manakala orang yang membeli emas pada harga yang sama (RM 180) merasakan ia murah dibandingkan harga purata emas yang dibeli sebelum ini adalah RM 185 segram.

Langkah 2: Beli Emas Secara Konsisten (Berterusan)

Membeli emas secara konsisten tanpa mengambil kira harga semasa adalah kunci bagi mendapatkan pemurataan harga yang rendah. Contoh seperti di bawah:

Pembelian Kali Pertama:
RM 190 segram
Pembelian Kali Kedua:
RM 185 segram
Pembelian Kali Ketiga:
RM 180 segram

Purata Harga (Pemurataan Emas):
RM 185 segram bagi 3 gram emas yang dimiliki

Dengan cara ini anda boleh mengurangkan kos pembelian emas dalam jangka masa panjang. Lebih rendah kos pembelian, lebih cepat keuntungan diperolehi. Kaedah ini sesuai sekiranya anda risau terguna duit yang diperuntukkan untuk membeli emas sementara menunggu harga emas lebih rendah dari harga kadar Pemurataan Emas anda.

Sekiranya anda tiada masalah Sindrom Tangan Panas (pantang ada duit ditangan, asyik terbelanja sahaja walaupun tak perlu), anda boleh teruskan ke langkah 3.

Langkah 3: Beli Emas Pada Harga Yang Lebih Rendah Atau Sama Dengan Penanda Aras Harga

Bagi anda yang tiada masalah untuk menyimpan duit, masa yang paling sesuai untuk membeli emas adalah pada ketika harga emas segram lebih rendah dari kadar Pemurataan Emas.

Bagi memudahkan kefahaman, disini saya sertaikan contoh seperti dibawah.

Purata Harga (Pemurataan Emas):
RM 185 segram (Contoh)

Waktu Terbaik menambah gram dalam simpanan adalah apabila harga emas semasa adalah sama atau lebih rendah dari RM 185 segram. Sekiranya anda membeli emas pada harga RM 181 segram. Pemurataan Harga terkini adalah RM 184 segram bagi 4 gram emas yang dimiliki.

Langkah 4: Pastikan Pemurataan Harga Berada Tidak Jauh Dari Harga Lantai Emas

Pada tahun 2018, harga emas mencatat harga terendah iaitu RM 169 segram. Sekiranya kadar pemurataan harga adalah lebih tinggi dari RM 169. Ini adalah waktu terbaik untuk memborong emas supaya kadar purata harga dapat mendekati aras lantai walaupun tidak mencecah aras terendah. Contohnya seperti berikut:

Harga Terendah (2018):
RM 169 segram
Purata Harga:
RM 184 segram bagi 4 gram emas yang dimiliki
Pembelian Baru:
10 gram pada harga RM 169 segram
Harga Purata Bagi 14 gram:
RM 173 segram

Ini bererti harga purata sekarang telah turun dari RM 184 segram ke RM 173 segram. Kaedah ini amat sesuai bagi orang yang memiliki simpan yang banyak kerana untuk menurunkan purata harga memerlukan anda membeli emas dalam gram yang banyak (semasa harga rendah) bagi menurunkan harga purata emas yang dimiliki.

Bagaimana mengira Pemurataan Harga? Formulanya seperti dibawah:

Jumlah Harga Emas / Jumlah Gram = Purata Harga (Segram)

Contohnya:
(RM 184 * 4) + (RM 169 * 10) / 14 gram = RM 173 segram

Ini bererti harga segram bagi 14 gram emas yang dimiliki adalah sebanyak RM 173 bagi setiap gram yang ada. Ini bermaksud keuntungan mula diperolehi saat harga emas meningkat melebihi RM 192 segram (selepas kadar susut nilai dikira).

Bagaimana sekiranya saya perlu menjual emas yang dimiliki walaupun harga jualan lebih rendah daripada purata?

Kira seluruh kerugian yang ditanggung, kemudian tambah pada baki harga emas yang masih dimiliki. Sebagai contoh:

Harga Jualan:
RM 170/gram (Untuk 2 gram)
Kerugian:
RM 3/gram
Baki (Gram):
12 gram
Harga Semasa:
(RM 173*12) + RM 6 = RM 2,082
Purata Harga Terkini:
RM 2,082 / 12 gram = RM 173.50/gram

Mengikut kiraan diatas, harga pemurataan bagi 12 gram yang ada adalah sebanyak RM 173.50 segram selepas 2 gram yang dimiliki dijual.

Diharapkan agar artikel ini membantu anda mengetahui potensi keuntungan yang boleh diperolehi dan kaedah yang betul menjana keuntungan dalam Simpanan Emas.

“Penyimpan Emas Menjana Keuntungan Dalam Jangka Masa Yang Panjang, Manakala Pelabur Emas Menjana Keuntungan Dalam Jangka Masa Yang Pendek”


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan