Rabu, 17 Julai 2019

Sri Subramaniar Swamy Temple @ Batu Caves

Sri Subramaniar Swamy Temple @ Batu Caves

Lokasi:
Sri Subramaniar Swamy Temple @ Batu Caves

Alamat:
Jalan Lingkaran Tengah 2,
Batu Caves,
55100 Kuala Lumpur, Selangor.

Waktu Operasi:
7.00 pagi - 8.30 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
https://batucaves.org/

Tarikh Lawatan:
13 Julai 2019

Sri Subramaniar Swamy Temple @ Batu Caves menjadi destinasi tunggal yang dilawati pagi ini setelah beberapa bulan tidak melakukan aktiviti luar atas kekangan masa. Perjalanan kali ini ditemani oleh 2 sahabat merangkap geng mendaki dulu di Kementerian Kesihatan Malaysia. Masih hidup lagi kumpulan kecil ini walaupun setelah tidak bekerja bersama-sama lagi.

Sudah lama tidak kunjungi kuil ini semenjak kali terakhir melakukanya bersama keluarga lebih sedekad lamanya.


13/07/2019: Di Perkarangan Tempat Letak Kereta
13/07/2019: Tidak Pernah Tahu Nama Kuil Sebelum Ini
13/07/2019: Burung Merpati Di Dataran Utama
13/07/2019: Hari Ini Bertiga Sahaja
13/07/2019: Kali Pertama Melihat Arca Ini Secara Lebih Dekat
13/07/2019: 272 Anak Tangga Perlu Di Tempuhi
13/07/2019: Si Merak
13/07/2019: Ada Lembu Atas Bumbung
13/07/2019: Permandangan Dari Batu Caves
13/07/2019: Sikit Lagi Nak Sampai
13/07/2019: Ramai Juga Pengunjung Pagi Ini
13/07/2019: Tutuplah Pula. Tak Dapat Melawat Dark Caves
13/07/2019: Semput Juga Mendaki Tangga Ini. Nampak Sangat Dah Lama Tak Bersenam
13/07/2019: Cantik Ukiran Disini
13/07/2019: Gua Batu Kapur
13/07/2019: Lantai Tengah Licin, Kena Berhati-Hati Ini
13/07/2019: Di Hadapan Gua
13/07/2019: Menoleh Ke Kiri Nampak Patung
13/07/2019: Misi Terokai Gua Bermula
13/07/2019: Besar Sungguh Kuil Disini
13/07/2019: Tangga Lagi
13/07/2019: Bahagian Dalam Gua Batu Caves
13/07/2019: Kuil Dalam Gua Yang Tercantik Pernah Dilawati Di Malaysia Setakat Ini
13/07/2019: Di Penghujung Perjalanan
13/07/2019: Berehat Sebentar Sambil Melihat Gelagat Monyet
13/07/2019: Dalam Perjalanan Pulang
13/07/2019: Anak Tangganya Amat Kecil. Mudah Tergelincir Kalau Tak Berhati-Hati
13/07/2019: Dah Makin Ramai Pengunjung Disini
13/07/2019: Mercu Tanda Ini Dirasmikan Pada Tahun 2006
13/07/2019: Kawasan Larangan Merokok
13/07/2019: Besar Sungguh Tabung Kutipan Dermanya
13/07/2019: Selamat Tinggal. Tak Tahu Bila Nak Lawat Lagi Tempat Ini
13/07/2019: Harga Tiket Untuk Letak Kenderaan
13/07/2019: Masuk Dalam Gua Sahaja, GPS Jadi Tak Betul

Selepas mendaki anak tangga sebanyak dua kali, tiba masa untuk pulang. Tak boleh balik lewat-lewat, petang ini nak masuk kerja pula.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan