Artikel kali
ini saya kongsikan 6 langkah mudah yang perlu diambil bagi mencapai impian memiliki
kediaman sendiri dan bagaimana Emas
membantu anda mencapai impian tersebut.
Langkah 1#
Tentukan Matlamat Membeli Kediaman
Pekara pertama
yang perlu dilakukan adalah mengetahui dengan jelas kenapa anda ingin membeli
rumah sendiri. Terdapat dua sebab utama membeli rumah iaitu bagi tujuan:
1.1)
Duduk Sendiri
Ia bermaksud
kediaman yang dibeli adalah untuk kegunaan diri sendiri atau bersama keluarga (ingin
menetap di rumah tersebut).
1.2)
Pelaburan
Ia bermaksud
kediaman yang dibeli adalah untuk tujuan menjana keuntungan dengan cara menyewakan
rumah tersebut kepada orang lain atau untuk dijadikan sebagai barang dagangan
untuk dijual dikemudian hari dengan harga yang jauh lebih tinggi daipada kos
asal (aktiviti jual beli).
Kenapa pekara
ini penting? Kerana mengetahui dengan jelas tujuan membeli rumah dapat mengelak
dari terbeli kediaman yang salah. Bukan semua kediaman sesuai untuk diduduki
apatah lagi untuk tujuan pelaburan.
Langkah 2# Tentukan
Jenis Kediaman Yang Ingin Dibeli
Setelah
mengetahui dengan jelas tujuan membeli rumah, langkah kedua adalah menentukan
jenis kediaman yang ingin dibeli. Terdapat dua jenis kediaman yang sedia ada
iaitu:
2.1) Di Atas Tanah
Kediaman
yang dibina di atas tanah secara persendirian. Contohnya seperti rumah Kampung,
Teres, Semi-D, Banglo, Istana dan sebagainya. Kediaman jenis ini dibina diatas
tanah tanpa berkongsi dengan rumah lain.
Sumber: www.propertyguru.com.my |
2.2) Di Atas Langit
Langkah 3# Tentukan Lokasi Kediaman Yang Ingin Dibeli
Langkah 4# Tentukan Status Kediaman Yang Ingin Dibeli
Kediaman
yang dibina di atas tanah secara perkongsian dengan kediaman lain. Contohnya
seperti Flat, Apartment, Kondominium, Town House, Studio dan sebagainya.
Kediaman ini biasanya di bina bertingkat (Dalam satu bangunan). Hanya kediaman
di tingkat bawah sahaja dibina di atas tanah, yang lain dibina di atas kediaman
lain. Kediaman jenis ini biasanya boleh dilihat di bandar atas sebab tanah yang
ada amat terhad dan mahal.
Sumber: https://www.iproperty.com.my/ |
Langkah 3# Tentukan Lokasi Kediaman Yang Ingin Dibeli
Lokasi
memainkan peranan yang penting semasa ingin membeli rumah terutama bagi seorang
Pelabur Hartanah. Ia merangkumi dimana lokasi rumah tersebut terletak,
persekitarannya, kemudahan yang ada dan sebagainya.
Pelabur
Hartanah perlu memastikan lokasi yang dipilih bersesuaian supaya mudah mendapat
penyewa atau mudah dijual kembali dikemudian hari.
Manakala
bagi pembeli rumah yang ingin diduduki sendiri, digalakkan agar membeli rumah
berdekatan dengan tempat kerja bagi menjimatkan kos pengangkutan dan masa
perjalanan pergi dan balik kerja.
Sumber: http://cireboninternet.com/ |
Langkah 4# Tentukan Status Kediaman Yang Ingin Dibeli
Mengetahui
status kediaman yang ingin dibeli juga memainkan peranan yang penting. Terdapat
dua jenis status kediaman yang boleh didapati iaitu:
4.1) Rumah Belum Siap (Under Construction)
Ia
bererti rumah tersebut belum lagi dibina atau dalam proses pembinaan oleh
pemaju. Bakal pembeli hanya dapat melawat rumah contoh yang disediakan oleh
pemaju semasa memilih kediaman yang ingin dibeli.
Kelebihan
membeli kediaman jenis ini adalah harganya jauh lagi murah berbanding selepas
rumah tersebut siap. Kelemahannya pula, risiko rumah tak siap (terbengkalai)
atau rumah tersebut siap tetapi banyak masalah timbul adalah amat tinggi. Oleh
itu, penting bagi kita menyemak status pemaju terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan membeli dari mereka.
Sumber: https://albahanjiey2.wordpress.com/2009/05/29/rumah-dalam-pembinaan/ |
4.2) Rumah Telah Siap (Sublet)
Ia
bererti rumah tersebut telah pun siap dibina oleh pemaju. Bakal pembeli hanya
perlu memilih rumah yang diingini selepas membuat lawatan tapak.
Kelebihan
membeli kediaman ini adalah risiko rumah itu tidak siap (terbengkalai) tiada
kerana rumah tersebut telah tersedia untuk dibeli. Kelemahannya pula, kebiasaannya
harga rumah siap jauh lebih mahal berbanding dengan rumah dalam pembinaan.
Terdapat
dua kategori rumah (sublet) yang boleh dipilih iaitu:
2.1) Kediaman Baru
Ia
bererti kita adalah pemilik pertama rumah tersebut. Dengan kata lain, rumah
tersebut dibeli terus dari pemaju.
2.2) Kediaman Lama
Ia
bererti rumah tersebut telah dimiliki sekurang-kurangnya seorang pemilik.
Dengan kata lain, rumah tersebut dibeli daripada orang lain (pemilik
sebelumnya).
Maklumat Tambahan:
Pastikan anda mengetahui status pemilikan rumah (Hak Milik Kekal
atau Pajakan) yang ingin dibeli dengan jelas bagi mengelak masalah dikemudian
hari.
Langkah
5# Ketahui Kelayakan Pembiayaan Bank
Sekadar
menentukan matlamat, jenis dan status kediaman yang ingin dimiliki sahaja tidak
bermakna sekiranya anda tidak layak mendapat pembiayaan dari bank (Kecuali anda
mampu membeli secara tunai). Oleh itu ketahui had kelayakan pembiayaan
perumahan yang mampu diperolehi sebelum memulakan pencarian rumah idaman.
Berikut
adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon pembiayaan rumah.
1.
Salinan Kad Pengenalan
2.
Pendapatan Gaji (3 Bulan)
3.
Penyata Bank (3 Bulan)
4.
Penyata KWSP/ Borang EA
5.
Akaun Simpanan Bank/ Akaun Simpanan (Termasuk akaun GAP @ SAP), ASB, TH, UT, AHB,
FD, Stocks Investment dan lain-lain.
Anda
boleh kunjungi beberapa bank bagi mendapatkan tawaran yang terbaik merangkumi
jumlah maksimum pembiayaan, bunga (interest), tempoh masa pembayaran dan
sebagainya.
Langkah
6# Sediakan Wang Pendahuluan (Downpaymet)
Setelah semua
langkah di atas selesai dilaksanakan, tiba masa untuk sediakan wang pendahuluan
(downpayment) untuk tempahan. Kebiasaannya bagi rumah pertama dan kedua, pihak
bank hanya memberi pembiayaan maksimum sebanyak 90% sahaja. Bagi pembelian
rumah ketiga dan seterusnya, pihak bank hanya memberi pembiayaan maksimum
sebanyak 70% sahaja.
Hanya dalam
keadaan tertentu sahaja pihak bank memberi pembiayaan penuh seperti pembiayaan
rumah bagi kakitangan kerajaan. Selebihnya perlu disediakan sendiri. Ini
bererti anda perlu menyediakan wang pendahuluan sekurang-kurangnya 15% dari
harga rumah yang ingin dibeli. Ini termasuk kos sampingan seperti guaman dan
sebagainya.
Di sini EMAS memainkan peranan membantu anda dalam
proses menyediakan wang pendahuluan (menyimpan) dengan hanya menukar wang yang sedia
ada dalam bentuk emas yang terjamin nilainya sepanjang zaman. Persoalannya
sekarang, berapa banyak gram yang perlu disimpan? Untuk menjawab soalan tersebut,
saya sertakan contoh seperti dibawah:
Nama : Ali (Bukan Nama Sebenar)
Matlamat : Untuk Pelaburan (Pelaburan Hartanah)
Jenis : Rumah Flat
Lokasi : Kota Damansara
Harga Jualan : RM 160,000
Mengikut
maklumat di atas, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM 16,000 (10 %) sebagai wang
pendahuluan dan RM 8,000 (5 %) kos lain-lain termasuk guaman. Ini bermaksud Ali
perlu menyimpan emas sekurang-kurangnya 112 gram (harga segram RM 215 pada 7
Sept 2019) bagi menyediakan duit deposit membeli rumah.
Begitulah sedikit
sebanyak perkongsian pada kali ini. Bagi memudahkan urusan, digalakkan melantik
ejen hartanah yang berdaftar bagi memudahkan urusan beli kediaman (dapat
menjimatkan masa dan tenaga).
Bagi bakal
pelabur hartanah, digalakkan supaya mempelajari terlebih dahulu ilmu tentang
hartanah sebelum melibatkan diri dalam bidang ini. Kerana bukan semua orang
sesuai menceburi pelaburan ini kerana ia melibatkan sejumlah wang yang banyak
(kos pemilikan) serta urusannya amat rumit (melibatkan banyak pekara). Ia bukan
pelaburan yang sesuai bagi orang yang ingin mendapat wang segera terutama
ketika dalam kecemasan. Ia adalah pelaburan untuk jangka masa yang panjang.
Semoga impian anda
memiliki sebuah rumah tercapai suatu hari nanti.
Penafian:
Maklumat yang dikongsi pada artikel ini hanya sebagai panduan asas sahaja. Anda
digalakkan mempelajari secara lebih lanjut sebelum membuat keputusan membeli
rumah sebagai pelaburan atau untuk kegunaan sendiri.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Kembali Ke Artikel Terdahulu
Terbaek dan bermanfaat ilmu ini tuan..tq for sharing
BalasPadamSama-sama. Ini hanya asas sahaja
Padam