Khamis, 10 Oktober 2019

Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)

Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)

Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana EMAS membantu anda ketika menghadapi bencana seperti:

1# Peperangan

Semasa perang Vietnam (peperangan antara Vietnam dan Amerika) berlaku sekitar tahun 1955 sehingga 1975, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara mereka dan menjadi pelarian di negara lain. Harta-harta mereka ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan Kim Thant.

Emas itu bentuknya nipis dan mudah disorokkan dalam jahitan baju. Orang tidak tahu mereka sebenarnya membawa bersama kepingan-kepingan emas. Itulah harta yang mereka gunakan untuk membina semula kehidupan di tempat baru.

Kalau dilihat pada sejarah Vietnam ketika itu. emas paling berguna ketika gawat adalah jongkong emas seberat 1 gram. Ia senang dibawa dan senang disorokkan.

Kisah ini pernah diceritakan dalam buku Wang Emas yang ditulis oleh Encik Zulkifli Shafie dan Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Encik Syukor Hashim.

Vietnam Kim Thant
2# Banjir

Semasa Kelantan dilanda banjir besar pada tahun 2014, Rantau Panjang yang terletak bersebelahan Sungai Golok (Thailand) antara tempat terawal ditenggelami banjir. Sekurang-kurangnya satu atau dua minggu bekalan keperluan dari luar tidak dapat masuk ke kawasan itu. Kedai-kedai kehabisan barang. Lebih teruk, bank juga ditenggelami banjir dan bekalan elektrik terputus. Kalau ada duit berjuta sekalipun dalam bank, ia tidak dapat dikeluarkan. Mesin pengeluaran wang (ATM) tidak berfungsi. Jutawan juga jatuh miskin ketika gawat begitu.

Seorang rakan Facebook saya menceritakan, ahli keluarganya dan ramai penduduk Rantau Panjang terpaksa masuk ke Thailand untuk mendapatkan barang keperluan. Malangnya, peniaga Thailand tidak terima duit ringgit Malaysia. Apa yang mereka boleh buat hanyalah menjual emas-emas mereka di Thailand dan menggunakan duit Thailand untuk dapatkan barang keperluan di sana. Pada saat gawat begitu katanya, emas-emas yang rosak dan patah pun bernilai. Orang Thailand tidak terima ringgit, tetapi mereka terima emas.

Kisah ini diceritakan dalam buku Wang Emas yang ditulis oleh Encik Zulkifli Shafie.

Sumber: http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2014/12/penghujung-2014-ujian-banjir-besar-di.html
3# Kebakaran

Emas sangat sesuai dijadikan sebagai Simpanan Kecemasan atas sebab tahan lasak. Bayangkan kalau rumah kediaman dijilat api (terbakar). Apakah yang terjadi dengan harta yang ada terutamanya duit kertas? Pasti hangus terbakar bersama-sama harta yang lain kecuali Emas. Dengan takat lebur mencecah 1068˚C, Emas tidak akan hangus dalam kebakaran kecil.

Apabila segala harta yang ada telah hangus terbakar dijilat api, kita perlukan duit untuk memulakan hidup baru. Sekurang-kurangnya adalah Emas sebagai bantuan mendapatkan wang segera. Emas, walau dalam apa bentuk sekalipun ia tetap berharga.

Sumber: FB Mohd Azinuddin

Diharap agar kisah yang saya kongsikan kali ini dapat memberi kesedaran kepada anda akan pentingnya memiliki EMAS terutama sebagai Dana Kecemasan.


Dengan itu saya dengan rasa rendah hati menyeru kepada anda agar dapat menyimpan sedikit kekayaan yang ada dalam bentuk EMAS sekurang-kurangnya 10 peratus seperti yang disarankan oleh pakar kewangan Azizi Ali. Malang tidak berbau, sentiasalah bersedia dalam menghadapi masa depan yang belum pasti.

“Save Me (Gold) Today, I (Gold) Will Save You Tomorrow”


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold



Tiada ulasan:

Catat Ulasan