Kemaskini pada
13/05/2020
Kenapa EMAS? Apakah keistimewaan emas sehingga ia amat sesuai dijadikan sebagai Dana Kecemasan?
Sebelum
saya mengupas dengan lebih lanjut berkaitan isu tersebut, mari kita fahami terlebih
dahulu ciri-ciri yang perlu ada untuk dijadikan sebagai Dana Kecemasan.
1# Mudah Dibawa, Dipegang & Disimpan
2# Kadar Kecairan Yang Tinggi
(Mudah Digunakan Apabila Memerlukan Wang
Segera)
3# Tahan Lasak
(Tidak Mudah Dimusnahkan Oleh Ejen Perosak
Seperti Air, Udara, Tanah & Api)
4# Kalis Inflasi
(Mampu Pertahankan Kuasa Beli Sepanjang
Masa)
5# Mencegah Diri Daripada Terguna Selain Hal Kecemasan
Adakah
EMAS memiliki ciri-ciri seperti diatas? Mari kita lihat dengan lebih lanjut
akannya.
1#
Adakah Ia Mudah Dibawa, Dipegang & Disimpan?
Kebanyakkan
Jongkong dan syilling emas dibungkus dengan plastik berbentuk kad (sebesar saiz
kad pengenalan) bagi memudahkan ia dibawa, dipegang dan disimpan.
Ini
menjimatkan ruang sekiranya ingin disimpan di dalam dompet bersama dengan
barangan lain seperti duit (wang kertas dan syilling), kad (pengenalan, lesen,
bank, kredit dan sebagainya) dan sebagainya.
Lagi
menarik, emas tersebut disertai dengan sijil pengesahan ketulenan (dicetak pada
sarung plastik) yang mengandungi semua maklumat penting bagi membuktikan emas
tersebut adalah tulen. Anda tidak perlu risau kerana sijil pengesahan telah
dicetak pada sarung plastik yang membaluti emas tersebut (Bersarung kekal).
Hanya Sebesar Kad Pengenalan |
2# Adakah Ia Mudah Di Pajak @ Dijual Untuk Mendapatkan Wang Segera?
Aset
terbaik untuk dijadikan sebagai Dana Kcemasan perlulah mudah dicairkan sama ada
melalui pajakan atau jual balik untuk mendapat wang segera. Bagi aset fizikal,
hanya emas dan perak sahaja yang mudah urusannya (tidak melibatkan tempoh masa
yang lama) sekiranya ingin dipajak atau dijual.
Ini
kerana Emas dan Perak (dalam bentuk fizikal) tidak melibatkan dokumentasi,
sistem, kebenaran daripada kerajaan, pembiayaan dari bank dan sebagainya tidak
seperti aset fizikal lain (Tanah dan Rumah) dan aset bukan fizikal (Unit Amanah
@ Trust, Akaun Simpanan, Saham, Bond dan sebagainya).
Hanya
perlu bawa emas tersebut bersama dengan sijil ketulenan ke mana-mana kedai
pajak di seluruh dunia. Lagi baik sekiranya pajak di tempat yang tidak
memerlukan ujian ketulenan dilakukan seperti di Pos Arrahnu, Tekun Nasional
(khas untuk jenama keluaran Public Gold).
Sila
tekan pautan yang tersedia dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
pajakan.
Walaupun Bersaiz Kecil, Harganya Boleh Mencecah Sehingga Empat Angka |
3# Adakah Ia Tahan Lasak?
Kenapa
Dana Kecemasan perlu berada dalam keadaan yang tahan lasak? Dana Kecemasan yang
terbaik perlulah sentiasa berada bersama dengan kita sepanjang masa. Ini akan
menyebabkan ia mudah terdedah dengan persekitaran yang boleh merosakkannya pada
jangka masa yang panjang.
Di
sini terletaknya kelebihan emas dan perak berbanding aset lain. Ia tetap
bernilai walaupun berhadapan dengan peristiwa buruk seperti kebakaran rumah,
kapal karam dan sebagainya. Tetap bernilai walaupun dalam keadaan apa sekali
pun (cecair, serbuk dan sebagainya).
Yang
lagi menarik, emas mampu bertahan (mengekalkan rupa asal) walaupun ditanam,
direndam beribu tahun malah dibakar kerana emas memerlukan takat lebur melebihi
1.300 C untuk dileburkan menjadi cecair.
Syilling Emas Sepanyol. Masih Berada Dalam Keadaan Asal Walaupun Setelah Terendam Dalam Lautan Beribu Tahun Lamanya (Sumber: Google) |
4# Adakah Ia Dapat Pertahankan Kuasa Beli (Nilai)
Sepanjang Zaman?
Antara
contoh yang terbaik untuk menunjukkan keupayaan Emas mempertahankan kuasa beli
adalah melalui kisah yang dicerita dalam hadis Nabi berkaitan dengan seorang
sahabat Nabi membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar. Walaupun selepas
lebih 1400 tahun berlalu, kita masih lagi mampu membeli seekor kambing dengan
harga 1 Dinar.
Untuk
mengetahui kisah sepenuhnya (seperti diceritakan dalam hadis), sila tekan
pautan yang tersedia di bawah.
Berat Yang Sama Masih Mampu Membeli Rumah Yang Sama Walaupun Setelah 10 Tahun Berlalu |
Harga Emas Sepanjang Zaman (1933-2009) |
5#
Adakah Ia Dapat Mencegah Dari Terguna Atas Sesuatu Yang Bukan Kecemasan?
“Emas
Mencegah Kita Daripada Terguna Dana Kecemasan Yang Ada Selain Tujuan Kecemasan”
Anda
setuju dengan kenyataan diatas? Mari kita buat sedikit ujian untuk pembuktian.
Antara duit tunai RM 2,000 dengan Jongkong Emas 10 gram, rasa-rasanya yang mana
akan bertahan lebih lama sekiranya diletak dalam dompet? Saya serahkan pada
anda untuk mencari jawapannya.
Berdasarkan
ciri-ciri seperti diatas, didapati Emas berjaya memenuhi kriteria sebagai Dana
Kecemasan yang ideal.
Bagaimana
dengan Perak dan Wang Kertas?
Bagi
Perak, sebahagian besar ciri-ciri di atas berjaya dipenuhi. Hanya
kelemahan utama adalah ia terlalu besar dan berat untuk dibawa sentiasa. Berat
paling ringan bagi jongkong Perak sekitar 250 gram, manakala bagi dirham
seberat 14.875 gram (Jenama Public Gold). Ia juga terlalu murah (RM 2.68 segram
pada 11 Nov 2019) menyebabkan tidak berbaloi dijadikan sebagai Dana Kecemasan.
Tak Mampu Nak Masuk Dalam Dompet |
Bagi
Wang Kertas pula, kelemahan ketara adalah ia bukan penyimpan nilai yang
baik (tak mampu kekalkan kuasa beli sepanjang masa). Wang kertas juga tidak
mampu menghalang kita daripada terguna walaupun bukan hal kecemasan. Maklumlah
fitrah manusia dengan duit seronok dibelanjakan.
Yang paling tidak menyeronokkan, wang kertas yang
ada hanya sah digunakan dalam negara sahaja. Ini bermaksud sesiapa yang ingin
ke luar negara, terlebih dahulu perlu menukar wang yang ada mengikut negara
yang ingin dilawati.
Youtube Channel:
Kenapa Emas Sesuai Dijadikan Sebagai Dana Kecemasan
Wang
kertas juga tidak bertahan lama walaupun dibuat dari kertas polimer. Secara
puratanya, jangka hayat wang kertas sekitar 4 tahun sahaja (secara puratanya)
sebelum ditukar baru.
Sila
tekan pautan dibawah untuk mengetahui cara saya menguruskan Dana Kecemasan.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Kenapa Emas Sesuai Dijadikan Sebagai Dana Kecemasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan