Lokasi:
Chang
Puak Camp @ Hatyai
Alamat:
Nam
Noi,
Hat
Yai District,
Songkhla
90110, Thailand
Waktu
Operasi:
8.00
pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)
Harga
Tiket:
Percuma
(Masuk)
500
Baht (Elephant Riding)
500
Baht (ATV Driving)
300
Baht (Monkey Show)
100
Baht (BB. Gun)
150
Baht (Archery)
Alamat
Sesawang:
http://changpuakcamp.com/en/changpuak-camp-thailand/
Tarikh
Lawatan:
22
Disember 2019
Chang
Puak Camp, lokasi lawatan seterusnya selepas mengujungi Big Bee Garden.
Matlamat utama kali ini adalah untuk merasai pengalaman menaiki gajah buat kali
pertama dalam hidup. Itu yang mahal. Aktiviti yang lain itu boleh dinikmati
masa pulang ke Malaysia nanti.
22/12/2019: Mahal Juga Harga Nak Naik Gajah |
22/12/2019: Ramai Juga Orang Hari Ini |
22/12/2019: Sesi Bagi Makan Gajah |
22/12/2019: Dalam Perjalanan Ke Pertunjukan Gajah |
22/12/2019: Lokasi Menembak |
22/12/2019: Menantian Suatu Penyeksaan |
22/12/2019: Sebelum Bertolak |
22/12/2019: Akhirnya, Selepas Sejam Menunggung |
22/12/2019: Laluan Penuh Mencabar |
22/12/2019: Melalui Kawasan Tandus. Nasib Baik Dibekalkan Payung Tambahan |
22/12/2019: Melalui Kawasan Penempatan Pekerja |
22/12/2019: ‘Monkey Show’ |
22/12/2019: Bergambar Bersama Singa Putih |
Oleh sebab masa yang diperuntukan hanya sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Hanya satu aktiviti sahaja yang berjaya dilakukan iaitu menaiki gajah. Setelah menunggu sehingga hampir sejam, tiba giliran kami menaikinya. Nasib baik hari ini ada 14 ekor gajah yang sedia untuk dinaiki. Kalau tidak, lama lagilah nak tunggu.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menamatkan
satu pusingan. Melalui laluan yang berlumpur dan berpaya. Agak sukar untuk
berkomunikasi dengan pembawa gajah disepanjang masa. Terasa bagaikan itik
bercakap dengan ayam sahaja.
Di pertengahan jalan, kami juga dapat saksikan bagaimana gajah
dimandikan walaupun ketika pelawat masih berada di atas gajah. Maklumlah cuaca
tengah panas ini. Kesian pula gajah kepanasan sepanjang laluan.
Walaupun begitu, ia suatu pengalaman yang penuh berharga yang sukar
untuk dicari ganti. Di penghujung jalan, kami ditawarkan untuk membeli rantai
yang diperbuat dari tulang gajah.
Selepas selesai sesi menaiki gajah, setiap pelawat berpeluang membeli
gambar sebagai kenangan. Setiap pembelian akan diberi sedikit tembikai secara
percuma.
The Central Mosque Of Songkhla, lokasi persinggahan seterusnya.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
The Central Mosque Of Songkhla, lokasi persinggahan seterusnya.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan