Kemaskini pada
22/02/2020
Entri kali ini saya ingin kongsikan
tips dan panduan keselamatan (yang saya amalkan) semasa melakukan aktiviti
pendakian secara solo ataupun secara berkumpulan.
Panduan ini khas untuk sesi pendakian
secara harian sahaja (Day Pack Hiking). Kelengkapan yang dicadangkan hanya asas
sahaja. Terpulang kepada anda untuk membawa apa yang dirasakan perlu.
Hanya lagi kurang barang yang perlu
dibawa, lagi baik. Kita tidak mahu membawa banyak bebanan semasa mendaki. Nanti
cepat letih.
Sebelum Mendaki
Tips 1: Persediaan
Pilih lokasi pendakian yang menjadi
tumpuan umum. Tidak pasti dimana? Tekan SINI untuk melihat senarai bukit dan gunung yang telah saya jelajahi (mendaki).
Dapatkan maklumat asas lokasi yang
ingin didaki. Aktiviti ini penting bagi membantu
diri membuat persiapan rapi sebelum memulakan sesi pendakian. Bagi saya, cukup
setakat mendapat gambaran secara kasar tentang lokasi yang ingin didaki.
Rancang perjalanan sebaiknya. Supaya kita tahu bila waktu terbaik untuk mendaki. Ingin
lihat matahari terbit? Pastikan anda sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Pastikan rehat @ tidur secukupnya
sebelum memulakan aktiviti mendaki.
Aktiviti mendaki ini meletihkan fizikal dan mental. Dengan berehat secukupnya
sehari sebelum mendaki, ia dapat membantu kita mengharungi cabaran yang
mendatang.
Pakai kasut khas (sekiranya boleh)
untuk aktiviti pendakian. Terdapat kasut
khas direka untuk aktiviti pendakian. Ini dapat menggelakkan kasut terkoyak
ketika mendaki. Pemakaian jenis kasut yang betul dapat memberi keselesaan dan
dapat mencegah kecederaan pada kaki. Jangan lupa pakai stoking sekali.
Tips
2: Kelengkapan
Berikut adalah senarai kelengkapan
yang saya guna khas untuk aktiviti mendaki.
1. Beg 10L (Bukit) @ 20L (Gunung)
2. Baju Hujan
3. Air Minuman (2x 500ml)
4. Powerbank 2000kw & Kabel
5. Tongkat @ Sarung Tangan
6. Makanan (Mengikut Kesesuaian)
7. Telefon Bimbit
8. Dompet
9. Topi (Melindungi kepala dari
cuaca panas)
10. Kain Lap
11. Ubat-Ubatan (Makan & Sapuan)
12. Pakaian Yang Sesuai & Tahan Lasak
12. Pakaian Yang Sesuai & Tahan Lasak
Ketika Mendaki
Mulakan aktiviti mendaki pada awal
pagi. Mendaki seawal waktu pagi bukan
sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia memberi anda lebih masa berbanding
mendaki pada waktu lain.
Mendaki dalam kumpulan. Paling kurang dua orang (termasuk diri sendiri). Sekiranya
terjadi sesuatu yang tidak diingini (kemalangan atau sesat). Sekurang-kurangnya
kita ada teman untuk membantu dikala memerlukan.
Mendaki ketika cuaca cerah. Cuaca memainkan peranan yang penting semasa melakukan
aktiviti mendaki. Seboleh-bolehnya kita ingin mengelak dari berada dalam hutan
ketika hujan turun. Keadaan ini akan meningkatkan lagi risiko terutama apabila terpaksa
menempuhi laluan yang licin dengan jarak permandangan yang terbatas. Tidak
digalakkan mendaki selepas hujan kerana kita akan mudah tergelincir semasa
menempuhi laluan yang licin.
Ikut laluan yang telah tersedia
(laluan pendaki). Ini bagi mengelakkan diri dari
tersesat ketika dalam perjalanan menuju ke puncak. Amat mahal harga yang perlu
dibayar apabila tersesat dalam hutan. Selain itu, kita juga dapat mengelak dari
mengambil risiko yang tidak perlu semasa mendaki. Matlamat kita untuk sampai
dipuncak, bukan untuk menerokai laluan baru.
Sentiasa berhati-hati ketika mendaki.
Malang tidak berbau. Oleh itu
sentiasa berhati-hati sepanjang pendakian. Jangan biarkan aktiviti riadah
menjadi kisah tragedi dalam hidup.
Ikut Kemampuan. Bergerak dalam kelajuan sendiri. Setiap orang berbeza keupayaan. Kalau letih, berehat sebentar. Jangan paksa diri. Kelak nanti ia boleh mencederakan diri sendiri. Kita ingin menikmati keseronokan mendaki. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa.
Ikut Kemampuan. Bergerak dalam kelajuan sendiri. Setiap orang berbeza keupayaan. Kalau letih, berehat sebentar. Jangan paksa diri. Kelak nanti ia boleh mencederakan diri sendiri. Kita ingin menikmati keseronokan mendaki. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa.
“80% Kemalangan
Terjadi Saat Turun Dari Puncak”
Selepas Mendaki
Bersihkan diri dan kelengkapan yang
dibawa. Kemudian berehatlah sepuas-puasnya sehingga pulih dari sakit badan.
Kemudian sambung balik. Buat sampai puas, buat sampai jadi.
Bagaimana dengan anda? Ada tips
pendakian yang ingin dikongsi? Sila kongsikan diruang komen dibawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan