Kemaskini
pada 29/03/2020
Jika
anda berhasrat untuk mendalami ilmu tentang Emas. Carilah ilmu sebanyak mungkin
dari pelbagai sumber mengikut kategori seperti berikut:
1#
Ilmu Kepentingan Memiliki Dan Menyimpan Emas
Ilmu
ini membantu kita memahami akan kepentingan menjadikan emas sebagai salah satu
dari portfolio kewangan peribadi. Ia juga memberi motivasi kepada kita untuk
menyimpan secara konsisten emas mengikut kemampuan.
Entri Berkaitan:
Emas
aset yang mudah alih. Ia adalah aset mudah terdedah kepada ancaman seperti
hilang atau kecurian. Oleh itu, pemilik emas perlu memiliki ilmu menyimpan emas
dengan cara betul bagi mengurangkan risiko.
Entri Berkaitan:
Ilmu
ini memberi pendedahan kepada kita akan kepelbagaian fungsi dan kegunaan emas.
Ia bukan sekadar alat kewangan untuk menjana keuntungan semata-mata.
Entri Berkaitan:
3#
Ilmu Sifat Dan Ciri-Ciri Emas Terbaik
Terdapat
pelbagai jenis, kualiti dan jenama emas yang boleh didapati dipasaran pada hari
ini. Oleh itu, ilmu ini penting untuk membantu kita mengenalpasti jenis,
kualiti dan jenama terbaik yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.
Entri Berkaitan:
4#
Ilmu Teknikal Dan Spesifikasi Emas
Ilmu
ini penting bagi mengelakkan diri dari ditipu ketika berurusan (beli emas) sama
ada secara individu atau syarikat. Walaupun ia bukan satu jaminan, tetapi
sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko tertipu ke tahap minimum.
Entri Berkaitan:
5#
Ilmu Analisa Harga Emas
Ilmu
ini membantu kita meramal harga emas di masa hadapan dengan melihat corak
pergerakan harga pada tahun-tahun sebelumnya. Ia juga membantu kita
mengenalpasti masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas bagi
memaksimumkan keuntungan. Ia ilmu yang wajib dikuasai oleh para pelabur.
6#
Ilmu Posisi Dan Sikap Pembeli Emas
Ilmu
ini penting terutama bagi usahawan emas untuk mengenalpasti sikap pembeli emas
berdasarkan posisi tertentu. Dengan ini, kita dapat memberi nasihat yang
terbaik sambil menjana keuntungan dalam setiap urusan jual beli emas.
Entri Berkaitan:
7#
Ilmu Menjana Keuntungan Dengan Emas
Ilmu
ini penting terutama bagi para pelabur emas. Terdapat pelbagai kaedah menjana
keuntungan selain dari beli murah, jual mahal.
Entri Berkaitan:
8#
Ilmu Halal Dan Haram Dalam Jual Beli Emas
Ilmu
ini penting terutama bagi orang muslim supaya kita dapat menghindari diri dari terlibat
dengan riba dalam urusniaga barang ribawi seperti emas. Ilmu ini merangkumi
segala sudut dalam proses jual beli (muamalat).
Entri Berkaitan:
Entri Berkaitan:
Kesemua
kategori ini tidak disusun mengikut keutamaan. Hanya setiap kategori sangat penting
dan saling berkaitan antara satu sama lain.
“Bukan Emas Menjadikan Kita Kaya, Tetapi
Dengan Ilmu Tentang Emas”
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan