Lokasi:
One Utama Shopping Centre
Alamat:
Level
2, S601, 1 Utama E, One Utama Shopping Centre,
1,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800
Petaling Jaya, Selangor.
Masa Lawatan:
10.00
pagi - 10.00 malam (Ahad - Khamis)
10.00
pagi - 10.30 malam (Jumaat & Sabtu)
Harga
Tiket:
Isnin
- Jumaat
2
Flights (RM 89)
Sabtu
& Ahad
2
Flights (RM 99)
Lain-Lain
Kos
RM
35 (Tambahan Flight)
RM
15 (Highride)
RM
50 (Gambar)
RM
55 (Video)
RM
90 (Gambar & Video)
Alamat
Sesawang:
www.airrider.my
Tarikh Lawatan:
03
Mac 2020
Air
Rider Indoor Skydiving menjadi aktiviti luar yang disertai pada waktu petang
selepas mengunjungi Taman Tasik Teratai di sebelah waktu pagi.
Tempahan
tiket telah dibuat atas talian bagi dua orang seminggu sebelum itu. Slot yang
diambil adalah pada pukul 2.30 petang. Sebelum bermula, kami perlu mengisi
borang secara atas talian bagi mengesahkan tahap kesihatan dan pengecualian
menanggung liabiliti oleh Air Rider sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
diingini semasa melakukan aktiviti ini.
Kemudian,
kami diberikan kelengkapan (baju, topi, penutup telinga dan cermin mata) serta
taklimat ringkas dari segi keselamatan serta kaedah untuk terbang ke udara
(simulasi) secara betul. Setiap peserta akan dibantu secara langsung oleh
jurulatih bertauliah sepanjang masa. Oleh kerana ruang yang terhad, hanya
seorang sahaja yang dibenarkan dalam satu masa.
Tidak
lama pun tempoh masa yang diberikan, Sekitar 5 minit untuk satu ‘flight’. Oleh
kerana kami mengambil keputusan untuk merasai pakej tambahan (Highride). Kami
dibawa oleh jurulatih terbang naik ke atas dengan kelajuan yang amat tinggi
pada ‘flight’ kedua. Pening kepala dibuatnya selepas itu.
03/03/2020: Menanti Penuh Sabar |
03/03/2020: Nak Satu? |
03/03/2020: Pelbagai Saiz Baju Ada Disini |
03/03/2020: Bersedia Untuk Terbang |
03/03/2020: Barang Letak Sini |
03/03/2020: Terbang Dalam Terowong Angin |
03/03/2020: Bagi Dia Terbang Dahulu |
03/03/2020: Terapung Berterbangan |
03/03/2020: Misi Selesai |
Berakhirlah
sesi terbang untuk hari ini. Tiba masa untuk pulang. Berbaloi jugalah walaupun
harga yang perlu dibayar amat mahal. Demi secebis pengalaman, saya rela
berkorban masa dan wang. Sekali seumur hidup sahaja pun.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan