Lokasi:
Muzium Penjara Malaysia
Alamat:
Jalan Parameswara,
Kampung Bandar Hilir,
75000 Melaka.
Masa
Lawatan:
9.00 pagi - 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
Harga Tiket:
Warganegara
RM 3 (Dewasa)
RM 1
(Kanak-Kanak)
Bukan
Warganegara
RM 6
(Dewasa)
RM 3
(Kanak-Kanak)
Percuma
(OKU & Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun)
Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020
Muzium
Penjara Malaysia menjadi destinasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi
Portuguese Settlement. Mengikut rancangan asal, tempat ini tiada dalam senarai
lokasi untuk dikunjungi atas sebab tidak mengetahui kewujudannya sehinggalah
ternampak ketika dalam perjalanan menuju ke Kubu St. John.
Sebelum
memulakan lawatan, penjaga tiket memaklumkan kepada saya tiada larangan untuk
mengambil gambar dalam Muzium Penjara Malaysia kecuali di seksyen SEBATAN dan HUKUMAN
GANTUNG.
|
05/03/2020: Tiada Pancutan Air Hari Ini |
|
05/03/2020: Waktu Operasi |
|
05/03/2020: Akhirnya, Dapat Juga Melawat Penjara |
|
05/03/2020: Pengenalan |
|
05/03/2020: Terasa Bagai Kena Masuk Penjara |
|
05/03/2020: Pengalaman Baru Bermula |
|
05/03/2020: Cantik Lukisan Ini |
|
05/03/2020: Pencapaian Dalam Sukan |
|
05/03/2020: Kemudahan Bagi Tahanan ISA |
|
05/03/2020: Baca Ayat Penjara Pun Sudah Seram |
|
05/03/2020: Bengkal Pertukangan |
|
05/03/2020: Naik Ke Tingkat Satu |
|
05/03/2020: 'Sampel' Tembok Penjara |
|
05/03/2020: Pameran Pulau Jerejak |
|
05/03/2020: Pakaian Seragam Pengawai Penjara |
|
05/03/2020: Buku Rekod Banduan |
|
05/03/2020: Pangkat Pegawai Penjara |
|
05/03/2020: Boleh Gila Kena Kurung Di Sel Tunggal Ini |
|
05/03/2020: Model Penjara Taiping |
Perjalanan
diteruskan menuju ke bahagian Hukuman Rotan dan Bunuh (Tiada Gambar).
Bagi
hukuman rotan, hukuman akan dijalankan di kawasan terbuka dan punggung akan
dilibas berdasarkan jumlah sebatan yang dikenakan. Selepas hukuman selesai.
Luka dibahagian punggung akan dirawat. Sampai terkoyak kulit punggung
dibuatnya.
Bagi
hukuman bunuh. Hukuman gantung sampai mati menjadi pilihan utama. Terdapat
prosedur yang perlu diikuti. Banduan akan dipindah ke sel penjara yang terletak
berdekatan dengan bilik hukuman selepas tarikh hukuman ditentukan. Banduan akan
dimaklumkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh hukuman. 1 hari sebelum terikh
hukuman, banduan akan diberi peluang bertemu dengan ahli keluarga buat kali
terakhir. Banduan juga diberi 1 permintaan terakhir. Pada hari kejadian,
banduan akan dibawa ke bilik hukuman dengan kepala di tutup sepanjang masa
sehingga ke tali gantung.
Selesai prosedur gantung, jasad akan diserahkan kepada
ahli keluarga untuk upacara perkebumian. Semua barang milik banduan diserahkan
kepada ahli keluarga. Barang akan dilupuskan sekiranya tiada tuntutan
dilakukan. Di seksyen ini juga, pelawat didedahkan teknik bunuh yang diamalkan
sepanjang zaman oleh pelbagai tamadun.
|
05/03/2020: Baju Khas Untuk Banduan Yang Pernah Melarikan Diri |
|
05/03/2020: Setiap Warna Memberi Maksud Yang Berbeza (Tempoh Hukuman) |
|
05/03/2020: Rehat Sebentar |
|
05/03/2020: Di Ruang Lapang |
|
05/03/2020: Hasil Seni Banduan |
|
05/03/2020: Bahagian Dapur |
|
05/03/2020: Koleksi Kunci |
|
05/03/2020: Bersama ‘Mereka’ |
|
05/03/2020: Ruang Mandi |
|
05/03/2020: Bahagian Jahitan |
|
05/03/2020: Ruang Perjumpaan Dengan Ahli Keluarga |
|
05/03/2020: Di Penghujung Perjalanan |
Selesai
sudah pengembaraan secara solo di Melaka pada hari ini. Sebelum pulang ke Kota
Damansara, singgah sebentar Masjid Al-Azim.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan