Entri
kali ini saya ingin kongsikan tentang hukum jual beli Emas dan Perak. Saya juga
kongsikan bagaimana urusan jual beli emas dan perak di Public Gold menepati syariah.
Dalam
aktiviti jual beli, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi
memastikan aktiviti jual beli mengikut garis panduan yang ditetapkan (patuh syariah).
1#
Transaksi dilakukan dengan ikhlas dan jujur
2#
Mengambil untung tidak berlebihan
3#
Barang yang dijual haruslah halal
4#
Barang bukan milik orang lain
5#
Tidak menyembunyikan kecacatan dalam barang
Dan
sebagainya.
Bagi
barang ribawi, terdapat dua syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:
1#
Aktiviti jual beli dilakukan secara lani (serentak)
Urusniaga
tidak boleh dilakukan secara bertangguh seperti bayar dulu, ambil kemudian atau
ambil dulu, bayar kemudian.
2#
Berlaku pertukaran pemilikan (taqabudh) dari penjual kepada pembeli
Barang
yang hendak dijual oleh penjual mestilah wujud serta dimiliki sepenuhnya. Penjual
juga mestilah berkemampuan menyerah barang kepada pembeli tanpa halangan.
Oleh
kerana Emas dan Perak dikategori sebagai barang ribawi, maka hukumya sedikit
ketat berbanding dengan urusan jual beli biasa. Kedua-dua syarat tersebut mesti
berlaku ketika akad jual beli.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri tentang pekara ini.
Akad
jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita
faham biasa dalam bahasa ialah “Aku Jual’ dan “Aku Beli’.
Akad
sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga
dalam bentuk duit. Oleh itu, ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak
badan yang difahami oleh penjual dan pembeli.
Sebab
itu kita boleh berjual beli dengan mesin air tin, secara atas talian (online),
secara tulisan (emel dan Whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa lafaz “Aku
Jual” dan “Aku Beli”.
Yang
lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang bukan
islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun
pemiliknya bukan beragama islam.
Soalan
yang boleh merungkai banyak masalah ialah:
1#
Bila akad berlaku?
2#
Apakah makna lani (spot)
3#
Apakah falsafah sebenar dari keperluan untuk bertukar pemilikan (taqabudh)
Dalam
bisnes Public Gold, ada beberapa akad yang biasa berlaku seperti akad jual beli
(al-bai’), akad pinjaman (qardh), akad simpanan (wadiah), akad upah (ujrah),
akad sewaan (ijarah) dan lain-lain.
Dalam
jual beli emas, kita mesti tahu bila akad berlaku supaya kita boleh pastikan 2
syarat khusus akad berlaku demi mengelakkan riba.
Bila
kita boleh tentukan di mana akad berlaku dengan 2 syarat khusus dipenuhi, maka
kita boleh menjawab pelbagai soalan tentang hukum jual beli emas.
Beli
secara kunci harga.
Beli
secara kena bayar dulu.
Beli
segara atas talian.
Beli
secara pos.
Dan
macam-macam cara belian emas. Hatta beli secara ansuran pun boleh jadi
sekiranya kita tahu di mana titik bermulanya akad. Akad jual beli emas, mesti
wujud emas untuk jual dan beli. Jika kita serah wang dengan mengharapkan
keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan
(mudharabah).
Beli
emas dengan Public Gold ada 2 kaedah saja iaitu:
1#
Beli biasa ikut Barang (item)
2#
Beli GAP ikut berat (gram)
Bagi
belian biasa, proses pertama ialah kunci harga. Kunci harga ini menggunakan
akad janji (wa’ad) iaitu kita berjanji dengan Public Gold untuk membeli emas
tertentu dengan harga tertentu.
Apa
saja yang jadi selepas itu dengan harga emas, sama ada naik atau turun. Kita
tetap akan membeli dengan harga yang telah ditetapkan (Kunci harga).
Kunci
harga bukan akad jual beli. Ia Cuma janji sahaja. Jadi pada ketika itu, tidak
perlu risau tentang 2 syarat khusus ketika akad jual beli itu. Janji boleh
dibatalkan oleh pembeli. Tapi biasanya bila mungkir janji, denda (penalti) akan
dikenakan. Hukumnya harus atas dasar memberi pengajaran supaya tidak
sewenang-wenangnya kunci harga sana sini kemudian batalkannya.
Di
pihak Public Gold, apabila pembeli mula kunci harga, pihak pengurusan Public
Gold sudah mula mengambil langkah-langkah perlu bagi menyediakan emas yang akan
dibeli oleh pembeli.
Kalau
mengikut prosedur biasa selepas kunci harga. Pembeli akan memindahkan duit
secara atas talian ke akaun Public Gold. Jumlah duit tersebut sama dengan harga
emas yang dikunci. Akad yang digunakan ialah wadiah (simpanan dengan jaminan).
Adakah
perbuatan memasukkan duit itu menandakan ia adalah akad jual beli?
Memasukkan
duit itu prosedur biasa sebagai menunjukkan kesungguhan pembeli emas untuk
berurusniaga dengan Public Gold. Ia bukan akad jual beli.
Zaman
sekarang orang bukan beli emas harga puluh atau ratus ringgit. Ia boleh
mencecah jutaan ringgit. Pelanggan Public Gold pula bukan seorang dua yang
mengunci harga dengan Public Gold. Mereka sangat ramai.
Jika
tiada prosedur sebegini, maka sangat sukar untuk Public Gold menyelaraskan
antara kunci harga dan penyediaan emas bagi orang yang benar-benar hendak
membeli emas.
Pada
bila-billa masa jika pembeli membatalkan kunci harga, Public Gold mesti
memulangkan balik duit yang dimasukkan tadi. Bayaran denda kerana mungkir janji
setelah mengunci harga boleh ditolak dari duit yang telah dimasukkan.
Bila
emas yang dikunci harga telah sedia untuk diambil di mana-mana cawangan Public
Gold, pembeli akan pergi bersama bukti pembayaran (slip bayar atau sebagainya)
yang telah dimasukkan ke akaun Public Gold. Pada ketika itulah baru akan
berlaku akad jual beli. Emas telah sedia, slip pembayaran sebagai bukti duit
dalam akaun Public Gold pun sudah ada.
Maka
berakad jual beli lah antara pembeli dengan Public Gold yang berwakilkan staf
di cawangan.
Emas
dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani (spot). Pemilikan emas pula
bertukar secara sebenar daripada Public Gold kepada pembeli. Bukti akad
diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan staf
Public Gold.
Alhamdulilah,
Selesai akad jual beli secara patuh syariah.
Kadang-kadang
ada pembeli emas Public Gold yang mewakilkan kepada ‘Introducernya’ untuk
mengambil emas di cawangan Public Gold.
Akad
yang digunakan ialah akad wakalah. Bila berakad jual beli nanti, ‘introducer’ akan
bertindak bagi pihak pembeli. Akad jual beli ini juga sah.
Public
Gold menawarkan jaminan belian balik semua produk emas dan peraknya. Dari sudut
shariah, hukumnya harus. Tambah menarik, ia tidak terhad kepada produk
keluarannya sahaja. Public Gold menerima emas keluaran syarikat lain dalam
bentuk jongkong, syilling dan barang kemas.
Jaminan yang diberikan oleh Public
Gold untuk membeli balik setiap emas dan perak keluarnya dari pemilik asal,
bukan bermaksud pemilik tersebut mesti menjual balik hanya kepada Public Gold.
Pemilik emas dan perak bebas menjual kepada sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja,
ia juga bebas untuk digadaikan (Rahnu).
Setiap pemilik emas yang menjual
balik emasnya kepada Public Gold dan menyerahkan emasnya sebelum pukul 4
petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun
banknya pada keesokan harinya.
Jika penyerahan emas berlaku selepas
pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam
akaun banknya pada hari lusanya.
Ini
adalah lani (spot) dalam konteks ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk
memahami secara lebih lanjut, anda boleh membeli buku yang bertajuk Emas & Syariah yang ditulis oleh Khairul Anuar & Mohd Daud Bakar di PG
Mall. Buku ini akan mengulas secara lebih terperinci berkaitan isu shariah
dalam urusan jual beli emas.
Di
Mana Hendak Beli Buku Tersebut?
1#
Daftar sebagai pengguna baru di SINI atau log masuk.
Daftar Atau Log Masuk |
2# Taip ‘Emas Dan Shariah’ di ruang Pencarian (Search)
Pilih Dan Beli |
Mudahkan
caranya.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Syariah Dalam Pelaburan Emas & Perak
Syariah Dalam Pelaburan Emas & Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan