Jumaat, 24 April 2020

2 Langkah Mudah Menyediakan Kandungan (Content) Dalam Blog

Kemaskini pada 09/10/2020

Muka Hadapan Blog


Sudahkah anda memiliki blog? Sekiranya belum, sila tekan pautan dibawah untuk tips dan panduan bina blog.


Kedai yang cantik sahaja tidak berguna sekiranya tiada barang dan perkhidmatan untuk dijual. Ibarat hanya sebuah kedai kosong yang hanya cantik dipandang dari luar sahaja tetapi tidak boleh dikunjungi.

Seperti juga dengan blog. Setiap kandungan (content) yang dimasukkan mewakili barang dan perkhidmatan yang ingin dijual. Anda faham setakat ini? Kalau faham baguslah.

Berbalik kepada tajuk asal. Berikut adalah 2 langkah mudah menyediakan kandungan (content) dalam blog. Panduan ini khas bagi anda yang menggunakan Blogspot sahaja.

1# Sediakan Entri (Content)

Langkah 1: Cari Tajuk Yang Sesuai

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari tajuk yang sesuai. Bagaimana caranya? Berbalik kepada topik utama blog.

Bagi Dealer Public Gold ia bukan sesuatu yang sukar sebab sudah jelaskan bina blog untuk tujuan apa. Menyebarkan ilmu tentang emas.

Contohnya:

Topik Utama:
Pelaburan Emas

Tajuk:
Asas Pelaburan Emas
3 Risiko Dalam Pelaburan Emas

Tiada idea hendak buat tajuk apa? Sila tekan pautan di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda mencari tajuk yang sesuai.


Langkah 2: Tulis Berdasarkan Tajuk Yang Diberi

Langkah kedua adalah dengan mengarang berdasarkan tajuk yang dibuat. Biasanya saya akan menulis di Microsoft Word terlebih dahulu sebelum memuat naik ke blog. Ini memudahkan urusan semasa mengarang.

Berikut adalah tips dan panduan dalam menyediakan artikel yang berkualiti.

1. Tulis isi kandungan terlebih dahulu. Olah berdasarkan kefahaman anda terhadap subtajuk yang ditetapkan.
2. Tulis dalam bentuk ‘Point’ bagi memudahkan kefahaman.
3. Pastikan tulis dalam perenggan bagi memudahkan bacaan.
4. Selitkan fakta, Bahasa, emosi dan impak tinggi dalam penulisan.
5. Tulis seringkas yang boleh supaya mudah difahami oleh pembaca
6. Tulis dalam bentuk perbualan. Seperti bercakap dengan orang lain
7. Tulis dalam ayat yang lengkap. Supaya mudah di terjemah oleh Google Translate.
8. Pilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang bersesuaian. Dalam kes saya, saya pilih Times New Roman bersaiz 12.
9. Masukkan gambar yang bersesuai dengan entri.


2# Muat Naik Entri Ke Blog

Selesai sudah menulis? Tiba masa untuk muat naik ke blog. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil semasa memuat naik entri ke blog.

Nota
Panduan di bawah khas untuk Blogspot sahaja








Selesai sudah proses memuat naik entri ke blog. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan