Isnin, 27 April 2020

2 Sebab Kenapa Orang Berhutang

Kemaskini pada 12/05/2020

dinar jenama public gold dihadap borang permohonan temuduga pekerjaan

Di zaman moden ini, hampir semua orang berhutang atas pelbagai sebab. Terdapat pelbagai kemudahan untuk berhutang disediakan oleh orang persendirian, koperasi, bank dan sebagainya.

Di sini saya sertakan 2 sebab utama kenapa orang berhutang iaitu:

1# Tidak Mampu Memilikinya Secara Tunai
2# Tidak Berbaloi Memilikinya Secara Tunai

Sebab 1: Tidak Mampu Memilikinya Secara Tunai

Kebanyakkan harga barang dan perkhidmatan yang dijual masa kini melampaui keupayaan seseorang untuk membayarnya secara tunai.

Ini memaksa seseorang itu mengambil kemudahan kredit (hutang) hanya untuk memilikinya.

Membayar secara ansuran (mengikut bulan) dalam tempoh masa yang ditetapkan, memberi peluang kepada pembeli memilikinya walaupun harga yang dibeli jauh lebih mahal dari harga asal.

Beli Tunai = Harga Barang
Beli Hutang = Harga Barang + Interest

Contoh:
Perabot, Telefon Pintar, Rumah (Duduk Sendiri), Kereta, Tanah dan sebagainya.

Tips Kewangan:
1. Hadkan pembelian secara hutang hanya pada tiga pekara sahaja iaitu Tanah, Rumah dan Kereta.
2. Pastikan berhutang hanya pada barang atau perkhidmatan yang benar-benar diperlukan sahaja.
3. Cari jalan selesaikan hutang yang ada secepat mungkin.

Sebab 2: Tidak Berbaloi Memilikinya Secara Tunai

Ada sesetengah barang dan perkhidmatan tidak berbaloi untuk dibayar secara tunai atas sebab ia lebih merugikan.

Apabila duit yang digunakan untuk membeli secara tunai boleh menjanakan keuntungan lebih tinggi dari bunga (interest) yang dibayar apabila berhutang. Lebih baik pilih berhutang.

Kebiasaannya ia diamal oleh usahawan dengan berpegang perinsip gùna duit orang lain untuk buat duit.

Contoh:
Rumah (Untuk Disewa), Kereta (Untuk Disewa) dan sebagainya.

Tips Kewangan:
1. Hutang itu komitmen. Pastikan ia benar-benar berbaloi sebelum membuat keputusan berhutang.
2. Pastikan anda memiliki duit simpanan (dana) secukupnya sebagai sandaran sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.
3. Hutang ibarat pedang berbilah dua, ia boleh melindungi kita (buat untung) pada masa yang sama boleh mencederakan kita (beban kewangan) bergantung kepada kemahiran (ilmu pengetahuan) yang dimiliki.

Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan