Rabu, 22 April 2020

2 Strategik Asas Pemasaran Media Sosial

2 Strategik Asas Pemasaran Media Sosial
Sumber: https://econsultancy.com/

Entri kali ini saya ingin kongsikan dua strategik asas pemasaran menggunakan media sosial iaitu Penjenamaan Semula (Rebranding) dan Penulisan Berpengaruh (Copywriting).

Penjenamaan Semula (Rebranding) ialah proses penjenamaan diri di media sosial supaya kelihatan professional, kredibiliti dan boleh dipercayai. Terdapat dua jenis kepercayaan yang perlu dibina iaitu:

1# Kepercayaan melalui produk dan perkhidmatan yang dijual
2# Kepercayaan kepada penjual itu sendiri

“Orang Hanya Beli Daripada Orang Yang Boleh Dipercayai Sahaja”

Oleh kerana syarikat Public Gold telah pun mempunyai reputasi yang bagus (sudah berada di Malaysia semenjak tahun 2008). Fokus kita kali ini adalah dengan membina reputasi diri melalui media sosial.

Penulisan Berpengaruh (Copywriting) ialah kaedah perkongsian ilmu, pendapat, kefahaman dan sebagainya. Ia adalah salah satu cara meningkatkan kepercayaan orang ramai kepada kita dalam jangka masa panjang.

Langkah 1: Penjenamaan Semula (Rebranding)

Facecook


 


Instagram



Linkedin








Tips Tambahan:
1. Pastikan gambar profil dan maklumat diri seragam antara media sosial. Ia secara langsung dapat meningkatkan reputasi diri.

2. Manfaatkan butang berkongsian bagi memastikan entri yang dibuat dapat di muat naik di dua media sosial serentak. Contohnya antara Facebook dengan Instagram dan antara Blog dengan Facebook. Apa yang di ‘post’ di Instagram dapat dikongsi dengan Facebook atau rangkaian sosial yang lain.


Langkah 2: Penulisan Berpengaruh (Copywriting)



Tips & Panduan Menulis Konten Di Media Sosial
(Dari Mentor)
 
1. Niat untuk sampaikan ilmu atau sesuatu yang bermanfaat.
 
2. Media Sosial ini ibarat kedai atas talian (Online) kita. Ciri-ciri yang wajib ada adalah:
(a) Memberi Nilai (Add Value) - Bermaklumat (Informative), Mengajar (Educational), Menghiburkan (Entertaining) dan Berinspirasi (Inspiration).
(b) Sahih (Authentic)
(c) Konsisten (Berterusan)
(d) Visual (Dapat Digambarkan)
(e) Terlibat (Engage)
 
3. Sampaikan ilmu secara Konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan. Jangan tengok hasil. Buat hingga jadi Rutin dan Tabiat (Habit) yang tak dapat ditinggalkan lagi.
 
4. Jadikan media sosial kita seperti Perpustakaan (Library). Kongsi segala maklumat yang dipelajari dari Buku Wang Emas & Misi Bebas Hutang.
 
5. Tiru konten pasukan untuk buat konten sendiri (Authentic), tapi sampaikan dengan cara kita. Khususnya konten yang mendapat maklumbalas yang tinggi.
 
6. Sediakan Bank Konten sendiri (30 sehingga 90 hari). Ulangi konten sama dengan olahan yang berbeza. Jangan takut orang bosan sebab kita sasarkan pada orang berbeza.
 
7. Buat sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut. Baru boleh nampak hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan