Di
sini saya ingin kongsikan beberapa panduan bagaimana anda boleh memanfaatkan
emas untuk pelbagai tujuan sebagai seorang peniaga tidak kira secara atas
talian (online) atau tidak (offline).
1#
Sebagai Modal Pusingan Perniagaan
Apabila
anda ada emas ditangan, anda boleh dijadikan ia sebagai modal pusingan
perniagaan dengan cara mencagarkan ia dimana-mana Ar-rahnu untuk mendapatkan
tunai segera dengan cara yang mudah.
Dengan
tunai yang ada, anda boleh gunakan dalam aktiviti perniagaan untuk menjana
keuntungan. Melalui keuntungan yang diperolehi, anda boleh menebus kembali emas
yang dicagar.
Anda
juga boleh menukar sedikit keuntungan perniagaan yang ada dalam bentuk emas.
Dengan cara ini, anda mampu mengumpul aset sedikit demi sedikit, sambil
menjadikan sebagai modal pusingan apabila memerlukan. Dan yang paling penting, modal
pusingan yang ada dapat dipertahankan dan diperkembangkan seiring dengan masa.
Selain
dari dijadikan modal pusingan perniagaan, emas juga boleh dijadikan sebagai dana
kecemasan. Tidak seperti modal pusingan perniagaan yang hanya fokus untuk
memastikan perniagaan sedia ada berjalan dengan lancar.
Fungsi
dana kecemasan adalah untuk digunakan semasa berlaku pekara yang tidak dijangka
(diluar kawalan) yang menyebabkan perniagaan sedia ada terjejas (kerugian) atau
terpaksa ditutup sementara waktu (wabak, banjir dan sebagainya).
Dengan
emas yang ada, anda boleh dapatkan tunai dengan kadar segera bagi membantu membaiki
semula perniagaan yang terjejas atau membantu menampung kos sara hidup
sementara menunggu keadaan kembali pulih bagi membolehkan perniagaan yang ada dibuka
semula.
3#
Menambah Keberkatan Melalui Zakat
Apabila
simpanan emas anda cukup 85 gram (termasuk dalam cagaran) dan cukup syarat
untuk bayar zakat, maka zakat yang dikeluarkan menambah keberkatan dalam
perniagaan anda serta pada masa yang sama dapat mengurangkan cukai perniagaan.
4#
Harta Warisan
Emas
adalah aset yang mudah diwariskan kerana ia tidak terikat pada sistem. Anda
boleh mewariskan emas yang ada kepada waris yang layak dalam masa yang singkat.
Ini boleh membantu waris anda membina perniagaan baru atau menjaga perniagaan
yang sedia ada.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
4 Cara Memanfaatkan Emas Bagi Peniaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan