Teknik SEO (Search Engine Optimisation) adalah salah satu kaedah
untuk mendapatkan prospek melalui enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan
sebagainya. Untuk menggunakan teknik ini, kita perlu membina blog.
“Membina Blog Ibarat Membina Kedai. Pastikan
Kedai Dibina Terlebih Dahulu Sebelum Mula Menjual”
Berikut adalah lima langkah mudah membina blog.
Langkah 1: Tetapkan Domain Anda
Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti nama
domain anda. Apakah itu domain? Domain ialah alamat URL blog anda. Berikut
adalah tips dan panduan dalam memilih nama domain anda.
Tips 1: Pastikan nama domain ringkas, mudah disebut dan
mudah diingati.
Contoh:
www.google.com
Tips 2: Pastikan tiada jarak antara dua perkataan sekiranya
nama domain anda mengandungi dua perkataan.
Contoh:
www.hidupringkas.com
Tips 3: Pastikan nama domain TIDAK mengandungi
gabungan antara huruf dan nombor
Contoh:
www.mdfaiez84.com
Tips 4: Pastikan nama domain mempunyai makna yang
tersendiri atau berkaitan dengan bisnes yang dijalankan
Contoh:
www.jutawanemas.com
Tips 5: Jadikan nama anda sebagai nama domain (untuk
penjenamaan diri sendiri)
Contoh:
www.mohdzulkifli.com
Ambil sedikit masa anda untuk memikirkan nama yang sesuai. Kita ingin
menggunakan nama domain ini untuk jangka masa yang panjang.
Langkah 2: Tentukan Topik Utama Blog Anda
Menentukan topik utama (niche) dalam blog adalah penting supaya
setiap kandungan (content) yang dimasukkan selari dengan topik yang telah ditetapkan.
Ia memberi gambaran asas kepada pembaca tentang kandungan yang ada dalam sesebuah blog. Kita tidak mahu terjadinya fenomena lain tajuk lain kandungan ditulisnya kan. Ibarat seperti ingin menipu pembaca semata-mata untuk menarik perhatian.
Ia memberi gambaran asas kepada pembaca tentang kandungan yang ada dalam sesebuah blog. Kita tidak mahu terjadinya fenomena lain tajuk lain kandungan ditulisnya kan. Ibarat seperti ingin menipu pembaca semata-mata untuk menarik perhatian.
Tips dan panduan menentukan topik yang sesuai.
1# Pilih berdasarkan minat atau bisnes yang dilakukan
Contoh:
Pelaburan Emas (bagi Dealer Public Gold)
Pelancongan (bagi kaki jalan)
2# Hadkan kepada hanya tiga topik utama sahaja
(maksimum) supaya lebih fokus.
Contoh:
Pelaburan Emas & Perak, Tips Kewangan dan Pengembaraanku (kombinasi
antara bisnes dan hobi)
Langkah 3: Pilih Blogging Platform Anda
Terdapat
beberapa Blogging Platform utama yang boleh dipilih seperti Joomla!, Wix,
Wattpad, Tumblr, Medium, Blogspot dan WordPress.
Terpulang kepada anda hendak guna yang mana satu.
Hanya dikatakan WordPress memiliki beberapa kelebihan berbanding dengan
Blogspot. Salah satu kelebihan WordPress adalah ia boleh menggunakan ‘Gadget’ dan
‘Theme’ dari sumber luar.
Kelemahan menggunakan sumber luaran adalah tiada jaminan bahawa ia
sesuai digunakan oleh blog. Ia boleh merosakkan blog.
Langkah 4: Pilih ‘Hosting’ Yang Bersesuai
Mana menjadi pilihan, blog percuma ke atau yang berbayar? Sekiranya anda
serius membina reputasi, pengaruh (autoriti) dan jenama, anda perlu blog
berbayar.
Apa itu Hosting? Hosting adalah di mana blog anda disimpan
(Server). Dengan mendaftar domain. Anda akan dapat dotcom pilihan anda sendiri.
Hebat bukan.
Dalam kes saya, saya menggunakan host NetKL. Harganya agak berpatutan.
Pilih domain yang berakhir dengan .com supaya ia lebih
universal.
Langkah 5: Pilih Tema Yang Bersesuaian
Pilih tema yang bersesuaian. Pastikan tema yang digunakan mesra SEO
(Search Engine Optimisation) dan pengguna.
Pilih tema yang menggunakan tulis berwarna hitam serta
berlatarbelakang warna putih atau cerah. Ini akan memudahkan pengunjung membaca
tanpa sakit mata dibuatnya.
Mudahkan membina blog. Selamat mencuba.
Entri Berkaitan:
2 Langkah Mudah Menyediakan Kandungan (Content) Dalam Blog
2 Langkah Mudah Menyediakan Kandungan (Content) Dalam Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan