Kemaskini
pada 22/04/2020
Salah
satu pekara terawal yang perlu dilakukan oleh Dealer Public Gold adalah dengan
menyediakan Pelan Tindakan (Action Plan) khas untuk bisnes Public Gold.
Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk merekodkan segala tindakan yang perlu
diambil untuk memastikan bisnes ini berjalan dan berkembang.
Berikut
adalah isi kandung yang perlu ada dalam pelan tandakan.
Bahagian
1: Impian Hidup
Tuliskan
impian hidup (matlamat yang ingin dicapai) secara jelas dan terperinci umpama
anda telah pun mencapainya. Dengan anggapan masa dan duit bukan halangan.
Contohnya:
1#
Menjadi Ibubapa sepenuh masa yang ada pendapatan pasif berjumlah RM 4,000
menjelang tahun 2024.
2#
Menjelang tahun 2024, saya dan isteri selamat menunaikan haji dan umrah.
(Tulis apa sahaja yang impian yang ada)
Entri
Berkaitan:
Bahagian
2: Misi @ Matlamat Dalam Public Gold
Tuliskam matlamat yang ingin dicapai dalam Public Gold
secara jelas dan terperinci supaya mudah untuk dinilai.
Contohnya:
Membina pelanggan yang merdeka (pelanggan yang faham
tentang emas, boleh berjual beli dengan Public Gold)
Sasaran 1# 100 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2020
Sasaran 2# 250 Frontlines
Tarikh: 31
Disember 2021
Sasaran 3# 365 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2022
Naik taraf dari Normal Dealer ke Priority Dealer
Sasaran 4# 500 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2023
Naik taraf dari Priority Dealer ke Master Dealer
Sasaran 5# 1000 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2024
(Tentukan tarikh untuk mencapai sasaran ini)
Bahagian
3: Pelan Tindakan
Tuliskan
segala tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat
Contohnya:
Persediaan (Tools)
1.
Buat Kad Nama (Namecard) dalam bentuk fizikal dan maya.
2.
Sediakan Produk Emas dan Perak (Letak dalam satu bekas khas). Bawa
sekurang-kurangnya sekeping emas seberat 5 gram atau 1 dinar di dalam dompet
(untuk dibawa selalu).
3.
Sediakan nota emas dalam bentuk eBook untuk diberi kepada prospek secara
percuma.
4.
Buka akaun media sosial (sekiranya tiada akaun) seperti Facebook, Instagram,
Linkedin, Twitter dan sebagainya. Sekiranya sudah ada, buat penjenamaan semula.
Buang post yang negatif. Guna nama dan gambar sendiri. Letak maklumat penting
seperti nombor telefon, alamat e-mel, alamat sesawang (blog) dan sebagainya
(jangan kongsi maklumat sulit). Buang gambar yang tidak perlu.
Entri
Berkaitan:
5.
Sediakan Pamplet
6.
Bina Blog. Guna host (Server) berbayar.
7.
Tekan butang ‘Follow’ Di Facebook Rasmi Public Gold dan Kumpulan Khas untuk
Dealer.
8.
Sediakan skrip (bergantung keperluan)
Persediaan (Ilmu dan Kemahiran)
1.
Menghadiri
PG Golden Tour (PGGT)
2. Menghadiri Branch Weekly
Meeting (Seminar Emas) Public Gold
3. Beli dan baca buku
tentang emas, pemasaran, psikologi dan sebagainya (bergantung kepada keperluan)
4. Menonton video yang
bermanfaat (motivasi, kewangan, pemasarab dan sebagainya)
Tindakan
1.
Kongsikan ilmu tentang emas, kehidupan dan kewangan melalui media sosial
sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
2.
Penuhkan senarai rakan di Facebook dan Linkedin.
3.
Tegur setiap rakan yang ada dalam Facebook dan Linkedin.
4.
Muat naik entri dalam blog sekurang-kurangnya 4 kali sebulan
5.
Buat dan muat naik video ke dalam Youtube sekurang-kurangnya 1 kali sebulan
(Tulis apa sahaja yang difikirkan perlu untuk capai matlamat)
Bahagian
4: Pencapaian
Tuliskan
setiap pencapaian mengikut format seperti dibawah:
Pelanggan Baru (Frontline)
Tahun:
Tarikh
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Aug
|
Sep
|
Oct
|
Nov
|
Dec
|
Bilangan
|
Jumlah
Pelanggan:
Jumlah
Dealer:
Insentif
Tahun:
Bulan
|
Insentif (RM)
|
Bulan
|
Insentif (RM)
|
Jan
|
Julai
|
||
Feb
|
Ogos
|
||
Mac
|
Sept
|
||
Apr
|
Okt
|
||
Mei
|
Nov
|
||
Jun
|
Dec
|
Insentif Tertinggi: RM
Bahagian 5: Cabaran
Untuk dibincangkan dengan mentor dalam sesi satu per
satu (one-to-one session)
Contohnya:
1. Masalah menyediakan konten (entri) yang berkualiti
dalam media sosial.
2. Tidak reti menyediakan maklumat dalam bentuk
grafik.
(Tulis apa sahaja cabaran yang dihadapi semasa melakukan bisnes ini)
Tips Tambahan:
1. Segala matlamat yang telah tercapai perlu dikeluarkan
dari senarai.
2. Tambah senarai matlamat baru setelah matlamat lama
tercapai.
3. Pelan Tindakan di atas hanyalah sebagai contoh
sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan