Jumaat, 17 April 2020

(PG1S) 10 Success Attitudes

Kemaskini pada 10/06/2023

(PG1S) 10 Success Attitudes


10 Success Attitudes (10 Sikap Orang Berjaya) merujuk kepada 10 sikap atau personaliti yang wajib ada pada setiap Dealer Public Gold sekiranya ingin berjaya dalam perniagaan ini.

10 sikap atau personaliti tersebut adalah:


01. Own Business (It’s My Business)

Terjemahan
Perniagaan saya

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat menanamkan sikap memandang bisnes ini sebagai bisnes sendiri. Bukan bisnes Public Gold, bukan bisnes mentor dan bukan bisnes orang lain.

Kenapa penting mempunyai sikap demikian? Supaya timbulnya perasaan cinta ke atas bisnes ini. Apabila kita mencintai apa yang kita lakukan.

Kita akan melakukannya dengan sepenuh hati tanpa paksaan demi mempertahankan bisnes ini. Mencari jalan bagaimana untuk mengembangkan bisnes ini ke tahap yang lebih tinggi.

Cinta terhadap bisnes ini akan menghasilkan sikap yang seterusnya iaitu Attitude To Invest.


02. Attitude To Invest (To Get a Knowledge/ Experience)

Terjemahan
Sikap suka melabur dalam diri sendiri

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar mengalakkan Dealer Public Gold memperuntukkan sedikit wang, masa dan tenaga untuk dilaburkan ke atas diri sendiri. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

Pelaburan terbaik adalah pelaburan ke atas diri sendiri. Memahaminya akan menghasilkan sikap seterusnya iaitu Attitude To Learn.


03. Attitude To Learn (Upgrade Yourself)

Terjemahan
Sikap suka belajar

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat menanam perasaan suka belajar. Ini secara langsung memupuk sikap tidak berkira demi mendapatkan ilmu yang sangat berharga.

Belanjakan duit untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti, menghadiri kelas atau ceramah. Luangkan sedikit masa dan tenaga untuk mempelajari sesuatu yang baru, sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga terhadap bisnes.

Ini akan menghasilkan sikap seterusnya iaitu Focus & Concentrate.


04. Focus & Concentrate

Terjemahan
Fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat memberi sepenuh perhatian terhadap bisnes yang dijalankan. Buat sehingga berjaya, buat tanpa beralasan. Abaikan kata-kata yang negatif (tidak membantu). Bunuh ‘biawak’ yang ada.

Bagaimana caranya untuk kekal fokus? Salah satu kaedah ialah hanya tumpukan satu bisnes sahaja sehingga berjaya dalam satu masa. Keadaan ini akan menghasilkan sikap seteterusnya iaitu Persistent & Perseverance.


05. Persistent & Perseverance

Terjemahan
Berterusan dan ketabahan

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat memupuk sikap sentiasa berusaha secara berterusan tanpa jemu, sentiasa tabah dalam menghadapai seribu rintangan yang mendatang.

Gigih dalam menuntut serta menyampaikan ilmu tanpa kenal erti putus asa. 

Segala kesukaran, kesusahan yang dihadapan dalam membangunkan bisnes akan membina sikap seterusnya iaitu Appreciation & Gratitude.


06. Appreciation & Gratitude

Terjemahan
Menghargai dan bersyukur

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold menghargai erti kesyukuran ke atas segala rezeki yang diterima sepanjang menjalankan bisnes ini.

Hargai setiap bantuan yang diterima dari orang lain sama ada secara tidak langsung atau secara langsung. Bersyukurlah sentiasa tidak kira diwaktu susah atau senang.


07. Self-Initiative & Assessment

Terjemahan
Inisiatif Kendiri dan Penilaian

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa mengambil inisiatif sendiri dalam bisnes tanpa dipaksa oleh orang lain, tanpa perlu dorongan dari orang lain.

Bagaimana hendak lakukannya? Mulakan dengan membuat Pelan Perancangan (Action Plan). Dari situ kita boleh tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan, apa yang telah dilakukan dan sebagainya.

Sebuah perancangan yang baik merangkumi ciri-ciri seperti berikut:
1. Impian ditulis dengan jelas dan terperinci termasuk tarikh sasaran dan apa impian tersebut.
2. Sasaran ditulis dengan jelas dan terperinci termasuk tarikh dan sasaran yang dikehendaki.
3. Persediaan dan kelengkapan yang diperlukan (tools) ditulis secara jelas dan terperinci.
4. Pelan tindakan ditulis secara terperinci dan jelas.
5. Buat penilaian terhadap semua pelan yang ada. Kemaskini dan ubahsuai sekiranya tidak membantu untuk mencapai sasaran asal.


08. Wisdom

Terjemahan
Kebijaksanaan

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang bijaksana agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Kebijaksanaan itu perlu cari. Ia tidak datang dengan sendiri. Jadikan bisnes ini sebagai alasan untuk belajar dan terus belajar.

Berikut adalah fasa yang perlu dilalui oleh setiap Dealer Public Gold dalam membina bisnes iaitu:
 
Fasa 1: Membina Diri
Mengubah tabiat diri serta cara berfikir ke arah yang lebih baik dengan cara menuntut ilmu sebanyak mungkin melalui buku bacaan, seminar, kelas dan sebagainya. Terlibat dalam pelbagai aktiviti bisnes bagi mendapatkan pengalaman yang berharga.
 
Fasa 2: Melahirkan Pelanggan (Frontlines)
Membina serta mengembangkan bisnes dengan mendapatkan pelanggan yang berkualiti dan betul. Terdapat dua ciri utama yang dicari iaitu:
 
Ciri 1: Pelanggan Yang Merdeka (Berdikari)
Segala urusniaga dengan Public Gold dilakukan sendiri tanpa perlu bantuan Dealer. Dealer hanya menjadi tempat bertanya sekiranya perlu.

Ciri 2: Pelanggan Yang Menabung Emas (Penyimpan Emas)
Pelanggan yang akan membeli emas secara konsisten tanpa kisah akan harga. Menjadikan emas sebagai alat kewangan bagi mencapai matlamat yang diingini.
 
Fasa 3: Membina Pasukan (Team)
Membantu pelanggan yang membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold serta serius untuk membina bisnes. Menunjukkan jalan bagaimana ingin menjadi dealer yang berjaya. Ini caranya untuk kembangkan empayar bisnes kita.
 
Fasa 4: Membina Pemimpin (Leaders)
Melahirkan dealer yang berjaya (Berpangkat FMD) dalam bisnes Public Gold dengan menjadi pemimpin yang terbaik. Tunjukkan jalan bagaimana hendak melahirkan dealer yang berjaya.
 
Tips Menjadi Seorang Bijaksana
Ikuti Mentor Dengan Rapat (Follow Upline Mentor). Pastikan sentiasa di bawah radar mentor. Dengar cakap mentor. Mentor tak akan bagi nasihat yang merosakkan bisnes. Sentiasa sabar dan konsisten membina bisnes.
 
Banyakkan Membaca. Baca buku yang dicadangkan dalam ‘Book of The Month’. Dengar dan tonton semua video yang ada. Jadi seorang yang memilih dalam menuntut ilmu. Pastikan ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada diri serta menjadikan bisnes bertambah baik.
 
Hadiri setiap majlis yang dianjurkan oleh Public Gold atau G100. Ini tempatnya untuk membina rangkaian kenalan (network) serta mendapatkan panduan serta tips yang berharga. Keputusan yang besar biasanya dibuat dalam majlis besar.
 
“Sekiranya Anda Orang Yang Paling Bijak Dalam Sesebuah Bilik (Tempat), Maknanya Anda Berada Di Salah Bilik (Tempat). Ini Masanya Untuk Berpindah Bilik Bagi Membantu Meningkatkan Taraf Diri.”


09. Humble

Terjemahan
Rendah diri

Ulasan
Panduan ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa merendah hati sepanjang masa. Belajari adab terlebih dahulu sebelum ilmu. Kita baik orang sayang. Pelanggan pun suka berurusan dengan kita.

“Ikut Resam Padi. Makin Berisi, Makin Tunduk Menyembah Bumi”


10. Love Public Gold

Terjemahan
Cintakan PG Group

Ulasan
Tidak guna memiliki ke semua sikap yang ada seperti diatas sekiranya tidak memiliki minat yang mendalam terhadap bisnes Public Gold. Bagaimana kita hendak berjaya dalam bisnes sekiranya tiada sikap suka akan apa yang dibuat.

Kenapa minat itu penting? Kerana minatlah, kita akan berusaha sedaya upaya tanpa jemu. Tidak akan tergoda bisnes lain yang lebih lumayan. Tidak mudah goyah menghadapi rintangan dan cabaran. Memiliki semangat yang tinggi untuk membantu masyarakat luar melalui perniagaan yang dijalankan.

Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan