Jumaat, 17 April 2020

(PG1S) 3 Power

Kemaskini pada 08/05/2024

(PG1S) 3 Power


Power (3 Kuasa) merujuk kepada 3 elemen kehebatan kuasa tindakan yang perlu diamalkan oleh Dealer Public Gold sepanjang masa. Ia akan mempercepatkan proses perkembangan bisnes (booster)

3 elemen tersebut adalah:


1# Power Of Good Words

Terjemahan
Kekuatan Kata-Kata Baik

Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi menggalakkan Dealer Public Gold sentiasa berkongsi sesuatu yang baik, bercakap sesuatu yang baik serta menulis sesuatu yang baik. Ini secara langsung akan meningkatkan reputasi diri dimata orang lain.

Bagaimana ingin mengamalkannya tabiat tersebut?
1. Pastikan semua perkongsian di media sosial yang bersifat negatif dibuang.
2. Pastikan hanya pekara yang baik dan bermanfaat sahaja dikongsi di media sosial
3. Berdiam diri sahaja sekiranya tiada pekara baik yang ingin dikongsi
4. Jangan terlibat dengan berbahasan yang sia-sia dan tidak bermanfaat
5. Kawal apa yang ingin dimasuk ke dalam minda melalui perlihatan dan pendengaran. Banyakkan masuk pekara yang positif bagi mengatasi pekara negatif yang masuk.

Ingatlah, orang pertama yang mendengar apa yang kita ucapkan adalah diri sendiri. Amalkan, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya. Kekuatan sebuah kata-kata yang baik.

“Cakap Pekara Baik Sahaja Atau Diam”


2# Power Of Submission

Terjemahan
Kekuatan Penyerahan (Percaya Sepenuhnya)

Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi membantu Dealer Public Gold menjadi orang yang ikut kata (percaya) terutama kepada Upline Dealer (Mentor) yang terlebih dahulu telah melalui kesusahan dan kepayahan dalam membina bisnes sebelum kita.
 
Orang yang paling ingin melihat kita berjaya adalah mentor (Upline) kerana memiliki kepentingan dalam bisnes kita.
 
Bagaimana cara membina minda seorang yang memiliki keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap mentor?
1. Amalkan sikap buat dahulu, faham kemudian (kuasa dengar cakap)
2. Dengar cakap Public Gold, ikuti dengan dekat pengasas PG yang ingin semua PGBO (Dealer) berjaya.
3. Dengar cakap mentor yang ingin melihat kejayaan kita.
4. Pinjam kekuatan mentor bagi membina kredibiliti diri sehingga mentor mengesahkannya (endorsement).
5. Ikuti pegangan agama masing-masing.


3# Power Of Unity
  
Terjemahan
Kekuatan Perpaduan

Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi menggalakkan Dealer Public Gold bekerjasama antara satu sama sebagai sebuah keluarga yang besar. Bersama kita mampu berkongsi idea, mencari jalan penyelesaian bersama, membantu di kala memerlukan dan sebagainya.

Kuasa penyatuan tidak terhad antara Dealer dibawa rangkaian yang sama. Bahkan ia melibatkan di bawah rangkaian sendiri.

“If You Want To Walk Fast, Walk Alone. But If You Want To Walk Far, Walk Together” - Africa Proverb


Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan