Sabtu, 18 April 2020

(PG1S) 5 Night

(PG1S) 5 Night


5 Night (5 Malam) merujuk kepada aktiviti yang perlu dilakukan oleh Dealer Public pada setiap malam selama lima hari bagi memastikan bisnes sentiasa berjalan. Panduan ini direka khas untuk Dealer Public Gold yang masih lagi terikat dengan komitment (bekerja sepenuh masa).

Berikut adalah panduan apa yang perlu dilakukan pada setiap malam.

Langkah 1: Tetapkan Masa (Time Block)

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menetapkan masa khusus untuk melakukan bisnes Public Gold. Mungkin sekitar satu atau dua jam sehari (bergantung keadaan), lima hari seminggu supaya kita dapat merasai seperti berada dalam suasana bekerja.

Ini dapat membantu membina momentum dalam perniagaan untuk jangka masa yang panjang. Tanamkan dalam minda falsafah Bekerja Separuh Masa Dengan Mentaliti Sepenuh Masa (Part-time With Full-Tme Mentality).

Langkah 2: Bina Pelan Tindakan (Action Plan)

Langkah seterusnya adalah dengan meluangkan sedikit masa untuk merancang pelan tindakan yang perlu diambil bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan dalam bisnes. Pelan tindakan ini akan menjadi ‘Masterplan’ dalam setiap tindakan yang bakal diambil.

Langkah 3: Laksanakan Pelan Tindakan

Laksanakan mengikut pelan tindakan secara berperingkat. Buat perlahan-lahan tetapi berterusan.

Peringkat 1: Kelengkapan (Tools)
Kenalpasti kelengkapan yang perlu disediakan ada untuk urusan secara berhadapan (Offline) atau secara atas talian (Online).

Peringkat 2: Laksanakan Tindakan
Laksanakan 5 Asas Setiap Malam Setiap Minggu (Perform 5 Basics 5 Nights Per Week). Ia merangkumi urusan Mencari Prospek (Pelanggan baru), Berhubung & Mengajak (Set temujanji), tunjukkan Perancangan, Produk dan Platform (Public Gold), membuat Tindakan Susulan (teruskan berhubung) dan Mendapat Pelanggan dan Perkhidmatan Selepas Jualan.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan pautan di bawah.

Peringkat 3: Rekodkan Tindakan
Segala tindakan perlu direkod dengan terperinci bagi tujuan semakan semula (audit) untuk mengenalpasti setiap halangan yang dihadapi serta keberkesanan dalam tindakan yang telah diambil.

Mengetahui dimana terletak kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat memberi lebih tumpuan kepada kekuatan yang ada. Mengenalpasti ‘lubuk’ amat penting bagi mencapai kejayaan dalam bisnes.

Nota Tambahan:
Panduan yang dikongsikan hanya sebagai tindakan permulaan. Anda bebas melakukan tindakan di atas terutama bila berkelapangan. Tidak semestinya buat pada waktu malam sahaja.


Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan