Khamis, 16 April 2020

(PG1S) 8 Golden Rules

Kemaskini pada 17/05/2022

(PG1S) 8 Golden Rules


8 Golden Rules (8 Peraturan Penting) merujuk kepada 8 pantang larangan yang wajib dijauhi oleh semua Dealer Public Gold. Ini bagi memastikan agar bisnes yang dijalankan tidak terjejas dan terkubur dengan sendiri.

8 pekara tersebut adalah:


1# Never Do Anything New Before Checking With Active Up-line Founder Master Dealer (Follow PG1S)
(Jangan Memandai-Mandai)

Terjemahan
Jangan sesekali melakukan sesuatu pekara yang baharu sebelum merujuk dengan ‘upline’ Master Dealer yang aktif terlebih dahulu (Master Dealer yang mengikuti sistem PG1S).

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan untuk memberitahu para Dealer Public Gold untuk sentiasa mendapatkan pandangan daripada Master Dealer terlebih dahulu sebelum ingin melakukan sesuatu pekara yang baharu.

Ini dapat mengelakkan Dealer Public Gold dari membazir masa dan sumber melakukan sesuatu yang tidak memberi kesan yang memuaskan (perbuatan yang sia-sia).

Master Dealer selaku mentor yang berpengalaman boleh memberi nasihat dan pandangan sewajarkan kepada Dealer Public Gold terhadap pekara baharu tersebut.

Contohnya seperti mengedarkan risalah dari rumah ke rumah. Mengikut pandangan mentor, kaedah itu tidak memberi impak yang memuaskan berbanding kos dan masa yang dikeluarkan.


2# Never Pass Negatives Downlines Or Crossline. Challenges Refer To Active Upline Master Dealer
(Cabaran Bawa Ke Atas)

Terjemahan
Jangan sesekali berkongsi sesuatu yang negatif kepada pelanggan sama ada di bawah rangkaian sendiri atau di bawah rangkaian orang lain terutama melibatkan urusan perniagaan. Setiap cabaran yang datang perlu dirujuk kepada Master Dealer terlebih dahulu.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan untuk memaklumkan kepada Dealer Public Gold agar jangan sesekali berkongsikan sesuatu yang negatif kepada pelanggan kita atau orang lain terutama melibatkan perniagaan ini. Sama ada dalam bentuk ucapan, tulisan atau gambaran.

Reputasi yang baik penting bagi Dealer Public Gold agar bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada percaya dengan kita. Pelanggan hanya akan membeli kepada peniaga yang mereka percayai. Bagaimana ingin mendapatkan kepercayaan tersebut? Melalui kata-kata dan perbuatan yang positif.

Setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Berfikiran negatif tidak membantu menyelesaikan masalah. Rujuk kepada orang yang berpengalaman iaitu Master Dealer bagi mencari jalan penyelesaian.


3# Never Mess With Anybody's Ego, Politic Or Religion.
(Jangan Cari Sengketa)

Terjemahan
Jangan sesekali terlibat dalam berbahasan atau berbalahan dengan orang lain terutama dari segi fahaman politik, agama dan keegoan seseorang.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan bagi memberi peringatan kepada Dealer Public Gold agar menjauhkan diri dari menyentuh pekara yang sensitif terutama dari sudut pandangan politik dan agama. Dan paling penting jangan terlibat dalam perbahasan yang mengusik keegoan seseorang (maruah).

Bagaimana menggelak dari terlibat dengan perbahasan yang sia-sia ini? Salah satu tips yang boleh diamalkan iaitu sentiasa bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Atau jangan layan sebarang provokasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Biar ia terberhenti disini sahaja.


4# Never Mess With Anybody's Money Or Stock.
(Jangan Pinjam Meminjam Sesama PGBO)

Terjemahan
Jangan sesekali mengambil mudah urusan terutama yang melibatkan wang dan stok pelanggan.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan sebagai peringatan kepada Dealer Public Gold agar sentiasa menjaga reputasi dan amanah yang diberikan oleh pelanggan terutama apabila melibatkan wang dan stok pelanggan.

Amanah itu amat berat tanggungjawabnya. Sekali dikhianati, selama-lamanya orang tidak akan percaya kepada kita lagi.   


5# Never Mess With Anybody's Spouse.
(Jaga Batas Pergaulan Dengan Pasangan Orang)

Terjemahan
Jangan sesekali menganggu pasangan orang lain.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan sebagai memberi peringatan tegas kepada Dealer Public Gold jangan sesekali terlibat dengan perbuatan sumbang terhadap pasangan orang lain. Ini dapat mengelakkan diri dari terjerumus dalam masalah yang lebih berat.

Bagaimana untuk memastikan kita dapat mengelakkannya? Pastikan kita memberi layanan secara professional kepada pelanggan atau bakal pelanggan kita (terutama yang berlainan jantina).

Biasakan bawa pasangan atau orang lain sekiranya ada perjumpaan diluar. Pilih lokasi yang terbuka dan awam seperti di restaurant.


6# Never Get Involve In Encouraging The Change Of Introducer, Cross-Pitching, Nor
Cross-Line Selling
(Hormati Bisnes Dealer Lain)

Terjemahan
Jangan sesekali terlibat dalam mengalakkan pelanggan bertukar ‘introducer’, mengambil pelanggan orang lain atau menjual kepada pelanggan di bawah rangkaian orang lain.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan agar memastikan Dealer Public Gold dapat berniaga secara harmoni antara satu sama lain. Dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun secara dasarnya bersaing antara satu sama lain.

Dan paling penting dapat menghindari dari perbuatan tikam belakang (cantas) terutama antara Dealer Public Gold. Perbuatan yang tidak beretika ini akan membantutkan perkembangan bisnes sendiri.


7# Never Involve Donation Into The Business
(Membawa Rasa Serba Salah Dalam Bisnes)

Terjemahan
Jangan sesekali menderma dalam bisnes.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan bagi memberitahu kepada Dealer Public Gold agar tidak sesekali memberi diskaun semasa urusniaga dengan bakal pelanggan atau pelanggan tetap. Sentiasa ikut harga yang dicadangkan oleh Public Gold. Memberi diskaun ibarat seperti menderma dalam bisnes.

Ini dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam permainan harga. Dalam jangka masa panjang ia akan merugikan kita sendiri.

Kalau seorang pelanggan masih gagahlah lagi. Apa jadi kalau ramai pelanggan minta diskaun. Mahu rugi besar kita nanti.

“Lebih baik belanja makan RM 50 dari memberi diskaun RM 1” kata mentor Encik Zulkifli.

Dilarang juga untuk meminta derma antara dealer terutama dalam kumpulan supaya dapat mengelak dari ketidakharmoni hubungan antara dealer. Biar urusan bisnes sahaja dibincangkan dalam kumpulan sokongan.


8# Never Raise The 3Cs (Complain, Criticise & Condemn)

Terjemahan
Jangan amalkan 3C iaitu mengadu, mengkritik dan menghentam.

Ulasan
Peraturan ini diwujudkan bagi mengingatkan Dealer Public Gold akan mengelakkan diri mengadu, mengkritik dan menghentam terutama ke atas perniagaan. Ini adalah perniagaan kita sendiri. Kita yang menentukan bangun jatuh perniagaan ini.

Public Gold hanya menyediakan platform untuk memudahkan kita berniaga. Sebarang ketidakpuashati boleh dikemukakan terus ke Public Gold untuk sebarang penambahbaikan.

Bagaimana ingin mengelakkan dari fenomena 3C ini? Mudah sahaja. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memupuk minda sentiasa melihat sesuatu itu dari sudut pandangan yang berbeza.

Sebagai contoh, apabila stok yang ditempah belum diperolehi walaupun berminggu-minggu lamanya. Bagi yang berfikiran negatif. Ia menunjukkan ketidakcekapan Public Gold dalam menguruskan stok. Bagi yang berfikiran positif, kelambatan mendapatkan stok bererti permintaan ke atas produk Public Gold adalah tinggi. Ini bererti bisnes maju.

Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan