Kemaskini
pada 15/06/2021
Dream
Chart (Carta Impian) merujuk kepada senarai impian yang
ingin dicapai dalam kehidupan. Seperti orang putih cakap, “My Big Why”. Ia
disediakan dalam bentuk carta yang mudah untuk difahami.
“Mulakan Dengan Sebuah Impian”
Kenapa
penting memiliki impian? Supaya ia boleh jadi pemangkin @
pembakar semangat untuk kita berusaha dengan lebih gigih terutama dalam bisnes
emas bersama Public Gold.
“Semua Impian Bermula Dari Imaginasi”
Berikut
adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam mencapai impian.
Langkah
1: Tetapkan Impian
Perkara
pertama yang wajib dilakukan adalah dengan menetapkan impian dengan jelas.
Bagaimana? Mudah sahaja. Cuba tanya diri sendiri apakah yang ingin dicapai
menggunakan soalan seperti di bawah:
Apakah
yang ingin dicapai dalam hidup sekiranya duit dan masa bukan halangan?
Apakah
yang ingin dicapai dalam hidup sekitaranya anda hanya ada masa 6 bulan* sahaja
untuk hidup?
Nota:
Tetapkan
tarikh akhir anda sendiri (yang realistik) untuk mencapai impian tersebut.
Dengan
menggunakan soalan di atas, catatkan sebanyak mungkin impian yang terlintas
dalam pemikiran. Kemudian, tapis impian yang telah disenaraikan.
Gabungkan
beberapa impian yang lebih kurang sama menjadi satu impian yang besar. Tinggalkan
hanya beberapa impian yang benar-benar penting dan realistik untuk dicapai.
Langkah
2: Tulis Impian
Jangan
biarkan impian yang ada terpendam dalam pemikiran sahaja. Keluarkan ia dalam
bentuk tulisan. Pastikan impian yang ada dicatat dalam bentuk tulisan dan
visual (bergambar) bagi memberi kesan berganda.
Bina
carta impian anda sendiri. Kemudian tampal di lokasi yang mudah dilihat setiap
hari. Secara tidak langsung, impian tersebut akan tertanam di minda bawah sedar.
Segala tindakan kita tanpa sedar akan menuju ke arah impian tersebut.
Pastikan
impian yang ditulis dalam ayat yang menggambarkan bahawa impian itu telah berjaya
dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara
berkesan tulis impian:
1#
Visualise (Boleh Dilihat)
2#
Senarai Apa Sahaja
3#
Duit & Masa Bukan Penghalang
4#
Fokus Apa Yang Hendak, Bukan Apa Yang Tidak Hendak
5#
Sekarang (Present Tense)
Contohnya:
“Hari ini, 1 Januari 2024,
alhamdulillah aku telah pun langsai kesemua hutang negatif membebankan
hidup aku sejak 5 tahun yang lalu berjumlah RM200,000. Aku benar-benar rasa tenang
sekarang. Sekarang ini, 50% daripada pendapatan aku dapat disimpanan setiap bulan.”
Langkah
3: Tahu Bagaimana Untuk Mencapai Impian
Sediakan
perancangan yang terperinci untuk mencapai impian tersebut. Pecahkan impian
tersebut ke beberapa bahagian agar ia mudah untuk dicapai. Tetapkan juga tarikh
akhir bagi mencapai impian tersebut.
Contohnya:
Impian: Menunaikan
Haji Dan Umrah
(Sekiranya ingin
menunaikan haji bersama Tabung Haji)
Langkah 1:
Buka Akaun Tabung Haji
(TH)
Langkah 2:
Daftar Haji (Minimum
RM 1,300 sama ada melalui simpanan tunai atau akaun KWSP)
Langkah 3:
Simpan duit dalam
akaun Tabung Haji (TH) sekurang-kurangnya RM 12,000* seorang.
Bergantung dengan harga semasa
Langkah 4:
Buat rayuan secara berterusan dengan Tabung Haji untuk mempercepatkan giliran.
Langkah 4: Laksanakan Mengikut Apa Yang Di Rancang
Laksanakan semua rancangan dengan penuh displin dan berterusan
(konsisten) mengikut masa yang ditetapkan.
Nilai
kembali serta tambah baik rancangan sedia ada sekiranya rancangan asal gagal
mencapai matlamat yang dikehendaki, tanpa menjejaskan matlamat utama.
“Impian Yang Besar Mampu Dicapai Dengan Gabungan
Beberapa Impian Kecil”
Entri
Berkaitan:
Semoga
penjelasan ringkas yang diberi dapat membantu anda membina impian yang
diingini. Pengembaraan tanpa destinasi akan menyebabkan kita mudah tersesat.
Oleh itu, memiliki matlamat yang jelas (impian) amat penting bagi memastikan
kejayaan dapat dicapai.
“Impian
Yang Besar, Perlu Pengorbanan Yang Besar”
Senarai Semak:
1. Bina 100 Impian (My Bucket List)
2. Pecahkan Impian Mengikut Kategori
3. Pilih Beberapa Impian Mengikut Kategori
4. Bina Carta Impian (Dream Chart)
5. Senaraikan Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Capai Impian
Tersebut
6. Laksanakan Mengikut Rancangan.
7. Semak Dan Kemaskini Rancangan (Bila Memerlukan) Tanpa
Menjejaskan Impian Asal
Info Tambahan
Salah satu kaedah berkesan untuk membina impian adalah dengan menggunakan teknik S.M.A.R.T.
S pecific (Terperinci)
M
easurable (Boleh Diukur)
A
ction (Tindakan)
R elevant
(Sesuai)
T
ime Frame (Jangka Masa)
Dengan menggunakan kaedah ini, impian tersebut dalam dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Salah satu kaedah berkesan untuk membina impian adalah dengan menggunakan teknik S.M.A.R.T.
S pecific (Terperinci)
Dengan menggunakan kaedah ini, impian tersebut dalam dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Entri Berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan