5 Tahun Pertama Bekerja, Adalah Waktu Terbaik Untuk…
1# Simpan Duit Sebanyak Yang Mampu, Seawal Yang Boleh
Utamakan keperluan, tangguhkan keinginan. Beli kereta hanya bila
ada keperluan mendesak. Pilih jenama kereta di bawah kemampuan diri. Jika mampu
membeli Honda Civic, pilih Proton Saga. Naik motosikal atau pengangkutan awam
sahaja selagi boleh.
Hidup di bawah kemampuan bukan mengikut kemampuan, apatah lagi
melebihi kemampuan. Belajar menyimpan dahulu sebelum berbelanja, Simpan lebihan
duit yang diperolehi dari aktiviti berjimat-cermat. Cari pendapatan tambahan
untuk meningkatkan lagi simpanan sedia ada.
Simpan duit bukan untuk dibawa mati, tetapi untuk kegunaan di
masa hadapan. Dengan simpanan yang ada, akan terbuka banyak peluang di masa
hadapan.
Pastikan Dana Kecemasan mencukupi supaya anda lebih bersedia
menghadapi masa depan yang tidak pasti.
Simpan sambil melabur untuk mempertahankan kuasa beli duit.
Simpan dalam bentuk aset seperti Emas, Perak, Unit Trust dan sebagainya.
Entri Berkaitan:
2# Ambil Perlindungan (Takaful) Ketika Masih Muda Dan Sihat
Kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan
perlindungan yang mencukupi adalah jauh lebih murah ketika masih muda dan
sihat. Takaful membantu anda dengan menyediakan wang pampasan sekiranya terjadi
sesuatu yang tidak diingini kepada anda.
Sekurang-kurangnya anda tidak jatuh miskin
secara tiba-tiba apabila ditimpa kemalangan.
3# Laburkan Sedikit Wang Dan Masa Ke Atas Diri Sendiri
Beli buku, hadiri seminar, tonton video, dengar audio dan
sebagainya sama ada secara percuma atau berbayar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan
yang bersesuaian dengan keperluan diri.
Tentukan ilmu apa yang berguna dan penting bagi membantu diri
menempuh segala rintangan dan cabaran di masa hadapan.
4# Selesaikan Hutang Secepat Mungkin (Sekiranya Ada)
Selesaikan semua hutang jahat yang ada secepat mungkin. Kerana
ia melambatkan proses menyimpan duit. Bina atau tinggalkan hutang yang baik
sahaja. Hutang yang membantu mempercepatkan proses pengembangkan kekayaan yang
sedia ada.
Entri Berkaitan:
Kerana Pada
Waktu Ini, Komitmen Diri Masih Rendah, Masa Masih Panjang Dan Paling Penting,
Anda Masih Sihat Dan Kuat.
Youtube Channel:
SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
BalasPadamhttp://acuyuhan.blogspot.com/
terima kasih saya ucapkan
Padam