Ahad, 17 Mei 2020

Fakta Menarik Tentang Emas

1 dinar public gold berlatarbelakang taman tasik

Tidak kisahlah apa yang orang kata tentang EMAS. Hakikatnya EMAS itu...


1# Aset Fizikal Yang Mudah Dibeli
Tidak perlu dokumen kelayakan seperti slip gaji dan sebagainya. Hatta orang bankrupt pun boleh beli. Budak pun boleh beli selagi ada duit ditangan.

2# Aset Fizikal Yang Mudah Diwarisi
Tidak terikat dengan sistem. Tidak perlu kebenaran khas dari pihak berkuasa seperti surat kuasa. Mudah dibahagikan antara waris yang layak.

3# Aset Fizikal Yang Mudah Dicairkan
Boleh dijual untuk dapatkan wang segera. Boleh dipajak untuk dapatkan pinjaman segera.

4# Aset Fizikal Yang Mudah Disimpan.
Boleh disimpan dimana-mana lokasi yang bersesuaian walaupun di dalam dompet duit.

Entri Berkaitan:

Emas juga aset fizikal pelbagai guna seperti...

1# Untuk Industri
Sifatnya yang unik menjadi salah satu bahan mentah pilihan untuk digunakan semasa pembuatan barangan elektronik

2# Untuk Perhiasan
Ditempah dalam pelbagai rupa sebagai penyeri bagi wanita yang memakainya.

3# Untuk Simpanan
Boleh dikumpul sikit demi sikit. Boleh dibeli pada bila-bila masa.

4# Untuk Pelaburan
Sebagai alat untuk menjana keuntungan dimasa hadapan.

5# Untuk Perniagaan
Sebagai barang dagangan dalam urusan jual beli.

Entri Berkaitan:

Emas juga aset yang istimewa kerana...


Senang Dibentuk
Sifatnya yang lembut memudahkan ia di bentuk mengikut rupa yang diingini.

Senang Dijaga
Sifatnya yang tahan hakisan dan tidak mudah rosak walaupun dibakar, direndam, ditanam dan didedah.

Senang Digabung
Logam yang mudah dicampur dengan pelbagai logam lain menghasilkan pelbagai jenis produk.

Walaupun begitu, emas hanyalah salah satu alat dalam sistem kewangan. Ia tidak sempurna, tetapi ia amat berguna pada waktu tertentu terutama ketika krisis ekonomi melanda.

Tokoh kewangan seperti Robert T. Kiyosaki pun menjadikan emas fizikal salah satu dari portfolio kewangan mereka.

Menarikkan Emas ini. 


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan