Kemaskini
pada 03/06/2022
Entri kali ini saya ingin kongsikan Formula Matematik yang boleh dijadikan sebagai panduan semasa menguruskan kewangan peribadi.
Apa Itu Formula Matematik?
Kaedah menentukan kelayakan atau matlamat seseorang dari segi kewangan yang meliputi pelbagai peringkat seperti simpanan, hutang, pelaburan dan sebagainya mengikut formula yang telah ditetapkan.
Kenapa Formula Ini Penting?
Sebagai panduan dalam menguruskan kewangan secara berhemah bagi memastikan kewangan diri berada dalam keadaan yang sihat (tidak terbeban dengan hutang).
1# Simpanan
Mudah sahaja hendak berjaya menyimpan setiap bulan. Ikut sahaja formula di bawah:
PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN
Contoh:
RM 3,000 (Gaji) - RM 300 (10%) = RM 2,700 (Baki untuk dibelanjakan)
Penjelasan:
PENDAPATAN merujuk pendapatan kasar yang diterima setelah ditolak dengan komitmen bulanan seperti kwsp, sosco dan sebagainya.
SIMPANAN merujuk kepada pengasingan duit yang dilakukan untuk kegunaan masa hadapan.
PERBELANJAAN merujuk kepada semua jenis pembelanjaan sama ada mengikut keperluan atau kehendak.
Dengan mengamalkan formula ini, anda bukan sahaja berjaya menabung setiap bulan. Ia juga menjadikan anda kreatif dalam berbelanja menggunakan baki duit yang ada.
Hidup di bawah kemampuan, anda pasti berjaya
menyimpan secara tetap (istiqamah).
2# Pengurusan Kewangan
Menyediakan belanjawan (bajet) itu penting bagi memastikan pendapatan yang diterima dapat diuruskan dengan baik dan berhemah.
Kelebihan Merancang Bajet
1# Membina tabiat yang baik seperti berdisplin, perancang dan kreatif.
2# Dapat mengetahui secara terperinci setiap aliran masuk dan keluar wang yang ada. Ini akan memudahkan penyiasatan dilakukan sekiranya terdapat masalah semasa menguruskan duit.
Berikut adalah formula menguruskan kewangan peribadi yang boleh diamalkan:
2.1: Formula Kewangan Model Infaq
Sumber: Infaq Consultancy Sdn Bhd |
30% Perbelanjaan Isi Rumah
Contoh:
Meliputi keperluan dan kehendak seperti tempat
tinggal, makanan, minuman, minyak petrol dan sebagainya
30% Pembayaran Hutang
Contoh:
Segala jenis hutang berjadual atau tidak seperti Rumah,
Kereta, Pendidikan dan sebagainya.
30% Lebihan
Contoh:
Simpanan, Pelaburan dan Pelindungan.
10% Pemberiam & Lain-Lain
Contoh:
Segala jenis pemberian wajib atau tidak seperti cukai, zakat,
sedekah, wakaf dan sebagainya.
2.2: Formula 30:60:5:5
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor |
30% Untung
Contoh:
Simpanan, Pelaburan dan Pelindungan.
60% Terpaksa
Contoh:
Segala
jenis hutang berjadual atau tidak dan komitmen seperti Rumah, Kereta,
Pendidikan dan sebagainya.
5% Sampah
Contoh:
Perbelanjaan tidak tetap seperti hiburan, makan dan minum di
kedai dan sebagainya.
5% Bocor
Contoh:
Contoh:
Segala jenis pembelian bukan keperluan seperti langgani Astro,
Unifi dan sebagainya.
2.2: Formula 50:30:20
Sumber: jomurusduit.com |
50% Perbelanjaan Tetap @ Asas
Contoh:
Segala jenis pembelian keperluan seperti tempat tinggal,
pengangkutan, pakaian, makanan dan sebagainya.
30% Pembelanjaan Tidak Tetap @ Tidak Penting
Contoh:
Segala
jenis pembelian bukan keperluan seperti langgani Astro, Unifi dan sebagainya.
20% Tabungan Masa Hadapan
Contoh:
Simpanan, Pelaburan dan Pelindungan.
Penjelasan:
Peratusan dikira berdasarkan gaji kasar yang diterima secara
tetap pada setiap bulan.
3# Dana Kecemasan
Dana Kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang diasingkan khas bagi menghadapi sebarang masalah pada masa hadapan. Masalah yang hanya dapat diselesaikan dengan jumlah wang yang banyak.
Berapa banyak duit perlu diasingkan sebagai Dana Kecemasan? Formulanya seperti di bawah:
3.1: Nilai Minimum Yang Wajib Dimiliki Oleh Setiap Orang
3 x GAJI KASAR = DANA KECEMASAN
Contoh:
3 X RM 3,000 = RM 9,000
3.2: Nilai Minimum Yang Wajib Dimiliki Oleh Pekerja Makan Gaji Sama Ada Di Sektor Kerajaan Ataupun Swasta
Contoh:
3 X RM 3,000 = RM 9,000
3.2: Nilai Minimum Yang Wajib Dimiliki Oleh Pekerja Makan Gaji Sama Ada Di Sektor Kerajaan Ataupun Swasta
6 x GAJI KASAR = DANA KECEMASAN
Contoh:
6 X RM 3,000 = RM 18,000
3.3: Nilai Minimum Yang Wajib Bagi Peniaga Atau Usahawan
12 x GAJI KASAR = DANA KECEMASAN
Contoh:
12 X RM 3,000 = RM 36,000
Penjelasan:
Pastikan setiap duit yang dikeluarkan dari Dana Kecemasan
diganti secepat mungkin. Pastikan duit Dana Kecemasan berada diparas mencukupi
sepanjang masa.
Entri Berkaitan:
4# Beli Kereta
Kereta antara salah satu barang yang tidak
mampu dibeli secara tunai oleh majoriti manusia yang hidup dimuka bumi ini.
Oleh itu, salah satu cara untuk memilikinya adalah dengan berhutang dengan
institusi kewangan seperti Bank.
Dengan tempoh pinjaman antara 5 sehingga 9 tahun. Kereta antara pembelian yang mengikat kita dengan komitmen bagi tempoh masa yang panjang. Oleh itu, penting bagi kita mengetahui had kelayakkan membeli kereta mengikut kemampuan diri (mengikut pendapatan).
Formulanya seperti berikut:
4.1: Formula Gaji Tahunan
Dengan tempoh pinjaman antara 5 sehingga 9 tahun. Kereta antara pembelian yang mengikat kita dengan komitmen bagi tempoh masa yang panjang. Oleh itu, penting bagi kita mengetahui had kelayakkan membeli kereta mengikut kemampuan diri (mengikut pendapatan).
Formulanya seperti berikut:
4.1: Formula Gaji Tahunan
12 x GAJI KASAR = HAD MAKSIMUM KELAYAKAN
Contoh:
12 X RM 3,000 = RM 36,000
4.2: Formula 20:5:15
20% (Deposit): 5 (Tempoh Masa): 15% (Ansuran Bulanan)
Penjelasan:
Deposit yang perlu dibayar adalah sebanyak 20 peratus dari harga kereta. Tempoh masa pembiayaan hendaklah dihadkan selama 5 tahun sahaja. Ansuran bulanan hendaklah tidak lebih dari 15% dari gaji kasar.
5# Beli Rumah
Majoriti daripada kita yang hidup di muka bumi ini tidak mampu
membeli rumah secara tunai. Oleh itu, pilihan yang ada hanya dengan membuat
pinjaman di institusi kewangan seperti bank.
Tempoh masa membayar kembali pinjaman perumahan boleh mencecah
sehingga 35 tahun (bergantung dengan tawaran bank).
Oleh itu, penting bagi kita mengetahui had kelayakkan membeli
rumah mengikut kemampuan diri (mengikut pendapatan).
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyemak
kelayakan maksimum pembiayaan yang boleh diambil oleh kita.
5.1: Tentukan Bayaran Bulanan
Langkah 1: Semak Debt Service Ratio (DSR)
Pendapatan Bersih x 60% = DSR Maksimum
Contoh:
RM 3,000 X 60% = RM 1,800
Langkah 2: Semak Had Pembayaran Bulan
DSR Maksimum - Hutang = Baki Pembayaran Bulanan
Contoh:
RM 1,800 - RM 1,000 = RM 800 (Had Maksimum)
Langkah 3: Semak Had Harga Rumah
Pembayaran bulanan x 200 = Kelayakan Pinjaman
Contoh:
RM 800 X 200 = RM 160,000 (Had Maksimum)
Penjelasan:
Berdasarkan contoh di atas, kita boleh
menentukan harga rumah yang mampu dibeli dengan syarat bayaran bulanan tidak
melebihi RM 800. Bayaran bulanan ditentukan berdasarkan tempoh masa, kadar
bunga (interest) dan wang pendahuluan.
Berdasarkan contoh di atas, Peminjam hanya
layak membeli rumah dengan harga maksimum RM 160,000 sahaja.
5.2 Formula 200
Langkah 1: Semak Had Harga Rumah
30% x Gaji Kasar x 200 = Harga Rumah (Maksimum)
Contoh:
30% X RM 3,000 X 200 = RM 180,000
Atau
12x Gaji Kasar x 6.5 = Harga Rumah (Maksimum)
Contoh:
12 X RM 3000 X 6.5 = RM 234,000
Langkah 2: Semak Had Pembayaran Bulan
Harga Rumah / 200 = Ansuran Bulanan
Contoh:
Harga Rumah = RM 180,000
RM 180,000 / 200 = RM 900
Harga Rumah = RM 234,000
RM 234,000 / 200 = RM 1,170.00 Sebulan
Entri Berkaitan:
6# Perlindungan (Takaful)
Memiliki perlindungan (takaful) penting bagi setiap individu
sebagai salah satu kaedah untuk menghadapi hari esok yang tidak pasti. Berikut
adalah turutan perindungan yang wajib ada bagi semua orang.
6.1 Kematian & Kecacatan Kekal (HUMK)
Formula:
Gaji Kasar x 12 Bulan x 10 Tahun = Jumlah Perlindungan @ Pampasan
Contoh:
RM 3,000 x 12 x 10 = RM 360,000
6.2 Penyakit Kritikal
Formula:
Gaji Kasar x 12 Bulan x 5 Tahun = Jumlah Perlindungan @ Pampasan
Contoh:
RM 3,000 X 5 / 100 = RM 150
Pastikan perbelanjaan bagi caruman insurans (takaful) antara
5 sehingga 10% dari gaji kasar semasa. Ia meliputi semua jenis insurans hayat
yang diambil untuk diri atau keluarga. Cari keseimbangan antara kemampuan
membayar caruman sehingga tarikh matang dengan jumlah perlindungan yang mampu
diperolehi.
Gaji Kasar x 12 Bulan x 10 Tahun = Jumlah Perlindungan @ Pampasan
RM 3,000 x 12 x 10 = RM 360,000
Gaji Kasar x 12 Bulan x 5 Tahun = Jumlah Perlindungan @ Pampasan
RM 3,000 X 5 / 100 = RM 150
Formula matematik yang dikongsikan dalam entri ini adalah
sebagai panduan asas bagi membantu anda membuat keputusan dengan betul semasa
menguruskan kewangan peribadi.
Segala keputusan terletak di tangan anda. Ambil tanggungjawab
sepenuhnya atas segala keputusan yang dibuat. Selamat maju jaya.
Youtube
Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan