Apa???
Betul
ke Perbankkan Islam itu ada riba?
Nanti
dulu, mari kita merungkai persoalan ini satu persatu.
Secara
prinsipnya, setiap faedah yang diterima ke atas pinjaman dikira riba. Contohnya
seperti berikut.
Situasi 1
Ali
pinjam RM 10,000 dari Abu. Ali wajib bayar balik sebanyak RM 10,500 kepada Abu
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tambahan RM 500 yang diperolehi oleh Abu itu
dikira riba (kecuali sekiranya pemberian RM 500 dari Ali adalah secara sukarela
sebagai hadiah, tidak termasuk dalam perjanjian)
Situasi 2
Setiap
hari Amir makan secara percuma di restauran Akmal selagi mana hutang yang ada
belum diselesaikan. Setiap apa yang Amir makan itu dikira riba.
Jadi
bagaimana Bank-bank Islam di Malaysia mengelak dari situasi ini? Ingat ya bank
bukan badan kebajikan. Ia entiti perniagaan.
Bagi
mengelak dari unsur riba, bank mendapat keuntungan dari aktiviti jual beli
bukannya dari kadar faedah (interest) ke atas pinjaman.
Contohnya
seperti berikut:
Ali
membuat pembiayaan rumah dengan bank M. Bank M beli rumah tersebut, kemudian
menjualnya kembali kepada Ali dengan harga yang ditetapkan mengikut kadar
faedah maksimum 5% setahun dalam tempoh 35 tahun.
Nampak
macam sama sahaja dengan bank konvensional dari segi kiraan kadar faedahnya.
Yang membezakan antara islamik dan konvensional ialah had kadar faedah yang
ditetapkan.
Bank
tidak boleh jual rumah dengan dua harga yang berbeza. Ini bermaksud, bank islam
memberi diskaun pembayaran ke atas pelanggan selagi kadar faedah yang
ditetapkan tidak mencecah had maksimum.
Faham
tidak? Mari kita tengok contoh seperti dibawah untuk memberi kefahaman secara lebih mudah.
Jenis
pembiayaan: Rumah
Tempoh
masa: 35 tahun
Had
Kadar Faedah: 5% setahun
Kadar
Faedah semasa: 3% setahun
Berbezaan:
5%-3% = 2% (Diskaun yang diberi)
Contoh
2: Kedai Pajak Ar-Rahnu
Secara
amnya, kedai pajak berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan pinjaman segera
(wang tunai) dengan cara mengadaikan sesuatu yang berharga seperti emas. Ada
sesetengah kedai pajak menerima barang selain dari emas. Seperti jam tangan
Rolex.
Apakah yang membezakan antara kedai pajak biasa (konvensional)
dengan Ar-Rahnu?
Kedai
pajak biasa mendapat untung melalui interest yang dikenakan terhadap pinjaman
yang diberikan. Ar-Rahnu pula mendapat untung melalui upah simpan yang
dikenakan diatas barang yang disimpan.
Cara
untung yang kelihatan sama tetapi ia amat berbeza.
Contoh
3: Pembiayaan PTPTN
Bagi
mengalakkan lepasan sekolah menyambung pengajian di peringkat universiti, pihak
kerajaan telah mewujudkan pinjaman mudah khas untuk pendidikan diperingkat
tinggi (universiti) bermula pada tahun 1997.
Pada
permulaannya, pinjaman pendidikan ini berbentuk konvensional sehingga ia diubah
dalam bentuk islamik (ujrah) bermula pada tahun 2008.
Apakah perbezaanya?
1#
Caj yang dikenakan oleh pinjaman konvensional adalah sebanyak 3% mengikut baki
pinjaman semasa. Manakala, bagi pembiayaan ujrah. Caj sebanyak 1% dikenakan
pada kadar yang sama rata tanpa merujuk baki hutang semasa.
2#
Kos yang dikenakan oleh pinjaman konvensional dipanggil bunga (interest).
Manakala kos yang dikenakan oleh pembiayaan ujrah dipanggil kos pentadbiran.
3#
Bagi pinjaman konvensional, interest tetap berjalan selagi hutang masih ada.
Manakala pembiayaan ujrah tidak dikenakan kos pentadbiran selepas tempoh
pembiayaan berakhir walaupun hutang masih berbaki.
Nampakkan perbezaan antara sistem perbankkan Islam dengan Konvensional. Kerana sesungguhnya
islam itu amat adil kepada semua pihak yang terlibat.
Diharap
coretan ini dapat membantu anda melihat keindahan islam itu sendiri terutama
dalam bidang muamalat.
Penafian:
Saya bukanlah pakar dalam bidang muamalat. Hanya ingin berkongsi
sedikit ilmu yang dimiliki. Sekiranya silap tolong maklumkan iya.
Youtube Channel:
Konvensional Dan Islam: Sama Tapi Tidak Serupa
Youtube Channel:
Konvensional Dan Islam: Sama Tapi Tidak Serupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan