Khamis, 7 Mei 2020

Perkhidmatan Tambahan Yang Di Sediakan Oleh Public Gold

Kemaskini pada 04/07/2024

Bergambar Di Hadapan Pusat Pentadbiran Public Gold

Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa perkhidmatan tambahan (tambah nilai) bagi memberi pilihan kepada pelanggan ketika berurus niaga dengan Public Gold.


1# Easy Payment Purchase (EPP)


Easy Payment Purchase (EPP) adalah satu kemudahan pembayaran secara berperingkat (setiap bulan) yang ditawarkan oleh Public Gold bagi semua jenis produk meliputi jongkong emas dan perak, dinar dan dirham serta barang kemas. Kemudahan ini tidak melibatkan akaun GAP @ SAP.

Terdapat dua peringkat pembayaran yang ditawarkan iaitu:

1# Pembayaran Sebanyak 6 Kali
Bagi jumlah pembelian produk Public Gold berharga RM 1,000 dan ke atas dalam satu resit.

2# Pembayaran Sebanyak 10 Kali
Bagi jumlah pembelian produk Public Gold berharga RM 1,000 dan ke atas dalam satu resit. (Semasa promosi berlangsung).

Contoh Jadual Pembayaran Sebanyak 10 Kali

Caj Premium EPP Mengikut Berat (Gram)


2# Gold In Transit (GIT)/ Silver In Transit (SIT)


Gold In Transit (GIT)


Public Gold juga memperkenalkan kemudahan penghantaran produk emas atau perak (jongkong dan syiling) terus ke rumah anda. Kemudahan ini dikenali sebagai Gold In Transit (GIT) bagi emas dan Silver In Transit (SIT) bagi perak. Kemudahan ini disediakan untuk pembelian secara runcit dan dalam akaun.
 
Entri Berkaitan:
 
Di sini saya sertakan kos penghantaran menggunakan kemudahan ini.

Gold In Transit (GIT)
Maksimum berat 21.25 gram

 
Semenanjung Malaysia
RM 10 untuk 1 kos penghantaran (postage)
 
Sabah & Sarawak
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
 
Contoh Pengiraan:
Produk:
10 gram BungaMas (Jongkong Emas)
Harga Produk: RM 2,544*
Kos Premium:
RM 15 (Semenanjung) atau RM 30 (Sabah & Sarawak)
Kos penghantaran (GIT):
RM 10
Kos Keseluruhan:
RM 2,544 + RM 15 + RM 10 = RM 2,569
 
Ini bererti anda perlu membayar kos tambahan sebanyak RM 25 sekiranya ingin menerima jongkong emas seberat 10 gram edisi Bunga Mas terus ke rumah (semenanjung).
 
Nota
*Harga pada 6 Mei 2020
 
Silver In Transit (SIT)
Maksimum berat 1,000 gram
 
Semenanjung Malaysia
RM 10 untuk 1 kos penghantaran (postage)
 
Sabah & Sarawak
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
 
Untuk makluman anda, semua penghantaran melalui kemudahan GIT atau SIT dilindungi insuran.


3# Kempen Tukar Emas Jenama Lain Ke Emas Public Gold @ Wang Tunai

Iklan Tawaran Beli Balik Emas

Public Gold menawarkan untuk membeli semua jenis emas (barang kemas lama, emas potong, emas putus, jongkong dan dinar emas jenama lain) yang berketulenan antara 18 karat (750) sehingga 24 karat (999) serta berat serendah 0.5 gram (bagi syilling dan jongkong).

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan membawa emas yang dimiliki ke cawangan Public Gold terdekat. Anda diberi tawaran sama ada menerima wang tunai atau menukar emas tersebut ke emas jenama Public Gold yang akan dimasukkan ke dalam akaun GAP Public Gold.

Public Gold membeli dengan harga yang tinggi sedikit sekiranya ditukar ke emas jenama Public Gold berbanding dengan wang tunai.

Entri Berkaitan:
2 Langkah Mudah Menukar Emas Anda Kepada Emas Jenama Public Gold


4# Simpanan Khas KDE

Simpanan Khas KDE






















Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) telah ditubuhkan pada 28 Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang beralamat di 88F, 2nd Floor, Jalan Tun Dr. Awang 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kini KDE mempelawa anda menyimpan dalam Simpanan Khas KDE. Berikut adalah maklumat yang perlu anda diketahui.

Syarat-Syarat Menyertainya:

1# Terbuka kepada semua orang
2# Mempunyai sekurang-kurangnya 1 unit syer dalam KDE
3# Simpanan minimum sebanyak RM 5,000.00

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Simpanan Khas KDE:

1# Kadar keuntungan lebih tinggi sehingga 7% setahun bagi 24 bulan
2# Kadar keuntungan diberikan bagi pengeluaran pra-matang (6 bulan)
3# Pencapaian KDE yang meningkat dengan pesat dari 3 buah cawangan sehingga 22 buah cawangan dari tahun 2012 sehingga kini.
4# Tiada caj tersembunyi
5# Berlandaskan konsep syariah

Kelebihan Memajak Di Ar-Rahnu KDE


























5# Gold ATM
Gold ATM Pertama Public Gold






















Public Gold menyediakan Gold ATM di lokasi terpilih bagi memudahkan pelanggan membeli emas fizikal secara terus (runcit) atau mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP. Produk yang boleh dibeli adalah dari 0.5 gram sehingga 5 Dinar sahaja.
 
Entri Berkaitan:
Pengeluaran Melalui Akaun GAP Di Gold ATM
 
Nota:
1. Pembayaran hanya menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja.
2. Terdapat sedikit perbezaan antara produk emas yang ada di semua Gold ATM terutama bagi produk yang memiliki rekabentuk pelbagai seperti 0.5 gram, 1 gram, ¼ Dinar, ½ Dinar serta 1 Dinar. Bergantung kepada stok yang ada.
3. Terdapat caj tambahan perlu dibayar mengikut jenis produk ketika mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP melalui Gold ATM.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan