Entri kali ini saya ingin berkongsi tips dan panduan mendapatkan pelanggan melalui perjumpaan secara terus langsung (face to face) dalam temujanji yang telah ditetapkan.
Langkah
1: Sebelum Perjumpaan
Pekara
pertama yang perlu dilakukan sebelum berjumpa dengan prospek ialah dengan
melakukan persiapan yang rapi. Tujuan utama adalah untuk memberi tanggapan
pertama yang baik dimata prospek, secara langsung dapat meyakinkan prospek
untuk berurusniaga dengan kita.
1# Sediakan Peralatan Peniagaan (Tools)
Berikut
adalah peralatan yang wajib disediakan sebelum memulakan perjumpaan.
1. Kad Nama
Pastikan
kad nama anda mempunyai maklumat penting (asas) seperti:
Maklumat
Peribadi
Nama
Penuh, PG Kod, Nombor Telefon, E-mel dan Media Sosial
Maklumat
Syarikat
Logo
Syarikat, Lambang Kualiti, Produk atau Rupa Sendiri dan Logo Perniagaan Lain
Public Gold (PG Mall, Aurora Italia dan Public Gold).
Maklumat
Produk
Kebaikan
Simpan Emas (Nota Ringkas)
Bahagian Hadapan Kad Nama |
Bahagian Belakang Kad Nama |
Tujuan
pamplet direka adalah untuk berkongsi maklumat tentang Emas dan produk Public
Gold secara ringkas bagi memberi kefahaman asas kepada prospek tentang Emas.
Ini
akan membantu mewujudkan keinginan prospek untuk mengetahui secara lebih lanjut
tentang emas Public Gold. Prospek akan menghubungi kita berdasarkan maklumat
yang tertera dalam pamplet.
Bahagian Hadapan Pamplet |
Pamplet Rasmi Dari Public Gold |
Salah
satu cara meyakinkan prospek adalah dengan cara menunjukkan produk Public Gold.
Secara psikologi, ia akan dapat mempengaruhi prospek untuk membeli emas apabila
dapat memegang emas ditangan. Lain macam perasaannya apabila dapat memegang
emas ditangan terutama dalam gram yang besar.
Produk Public Gold Sebagai Sampel Untuk Ditunjukkan Kepada Prospek |
Auranya Mengancam |
Borang
kebenaran mewakili pelanggan mengambil stok di cawangan Public Gold perlulah
ada ditangan sepanjang masa supaya kita boleh menggunakannya bila perlu. Borang
tersebut boleh diambil di cawangan Public Gold yang terdekat.
Salah
satu teknik yang memerlukan penggunaan Borang Kebenaran adalah dengan
teknik jual dan ganti balik koleksi peribadi. Ada prospek lebih suka membeli
emas secara terus dari kita. Untuk menggantikan koleksi yang sudah dijual, kita
boleh meminta kebenaran prospek untuk mendaftar menggunakan nama dia untuk
membeli balik produk yang sudah terjual.
Borang Kebenaran Mewakilkan Dealer Untuk Ambil Stok Yang Telah Dibeli Oleh Pelanggan |
Sediakan
nota ringkas tentang kelebihan memiliki emas. Nota boleh disediakan dalam
bentuk peta minda yang dicetak di atas kertas bersaiz A4 atau dalam bentuk
eBook.
Nota
ringkas tentang emas adalah amat penting sebagai cara kita berkongsikan ilmu
tentang emas kepada prospek sama ada secara atas talian (Online) atau secara
bersemuka (Offline).
Dengan
menyediakan nota ringkas, ia dapat menjimatkan masa serta boleh dijadikan
sebagai panduan untuk kita semasa memberi taklimat pada prospek.
Nota Ringkas Dalam Kertas A4 |
6. Buku Tentang Ilmu Emas
Beli
beberapa buah buku berkaitan emas untuk dijual kepada prospek yang berminat
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang emas. Buku juga boleh dijadikan
sebagai alat untuk menarik minat prospek untuk membeli emas.
Buku
ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pelanggan kita sebagai tanda
penghargaan.
Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat |
2# Persiapan Dari Segi Penampilan
Berikut
adalah tips dan panduan persediaan dari segi penampilan sebelum berjumpa dengan
prospek.
1. Berpakaian Kemas
Digalakkan
berpakaian formal (supaya nampak kemas) atau berbaju kolar (terbaik pakai baju
Polo Public Gold)
2. Menepati Masa
Datang
sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
3. Memilih Lokasi Perjumpaan Yang Sesuai
Pilih
lokasi yang bersesuai semasa berjumpa dengan prospek. Antara pekara penting
yang perlu dipertimbangkan adalah dari segi keselesaan, keselamatan, lokasi
yang berdekatan dengan prospek dan berkemampuan untuk menghadiri lokasi
tersebut.
Berikut
adalah lokasi yang sesuai untuk berjumpa dengan prospek
1.
Restauran/ Kedai Makan
2.
Pejabat
3.
Rumah
4. Pilih Tarikh Dan Masa Yang Sesuai
Tarikh
dan masa kebiasaannya bergantung kepada masa lapang prospek. Sebaik-baik waktu
perjumpaan adalah pada waktu pagi dan dihujung minggu (sekiranya prospek
bercuti hujung minggu).
Seboleh-bolehnya
elak berjumpa pada waktu malam atas sebab keselamatan. Perjumpaan diwaktu malam
juga lebih singkat berbanding pada waktu pagi.
Langkah
2# Semasa Perjumpaan
Berikut
adalah tips dan panduan yang boleh diamalkan semasa berjumpa dengan prospek.
1.
Sebut nama prospek sebagai tanda kemesraan.
2.
Panggil dengan gelaran (tuan, puan, encik, cik, dan sebagainya) sebagai tanda
penghormatan.
3.
Jadi pendengar yang setia.
4.
Ketahui apakah yang prospek inginkan.
5.
Jelaskan segala persoalan yang berbangkit dengan ayat yang mudah untuk difahami.
6.
Tunjukkan maklumat yang penting dengan cara yang ringkas.
7.
Hadkan masa berjumpaan, sekitar 30 minit sudah memadai.
Semoga bermanfaat. Selamat beramal.
Entri
Berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan