Ahad, 7 Jun 2020

5 Langkah Bijak Elak Orang Pinjam Duit Anda

Jongkong Perak 5kg Public Gold

Secara perinsipnya, memberi hutang itu satu kerugian kerana:

Sebab Pertama:

Rugi sekiranya hutang yang diberi tidak dijelaskan dengan jumlah yang penuh. RM 10,000 yang dipinjam. Sekiranya hanya RM 9,000 yang berjaya dibayar. Rugi RM 1,000 dibuatnya.

Sebab Kedua:

Rugi sekiranya hutang tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Banyak pekara yang boleh dibuat dengan duit yang dipinjamkan seperti digunakan untuk urusan harian, untuk tujuan pelaburan dan sebagainya.

Semua rancangan yang ingin dibuat dengan duit itu menjadi sia-sia selagi duit tersebut ada ditangan peminjam.

Sebab Ketiga:

Rugi dari segi potensi keuntungan yang dapat diperolehi dari duit tersebut sekiranya tidak dipinjamkan. Pinjaman sebanyak RM 10,000 yang diletakkan dalam instrument kewangan seperti ASB selama setahun menghasilkan keuntungan dalam bentuk dividen sebanyak RM 550 (Sekiranya dividen diberi sebanyak 5.5%).

Nampak tak kerugian yang ditanggung apabila duit tersebut dipinjamkan.

Sebab Keempat:

Rugi dari segi kuasa beli duit yang dipinjamkan. Kuasa beli RM 10,000 pada tahun ini tidak sama dengan kuasa beli RM 10,000 pada tahun depan walaupun jumlahnya tetap sama.

Oleh itu, bagi mengelakkan kerugian, disini saya sertakan 5 langkah bijak mengelak dari memberi pinjam kepada orang lain.

Tips 1: Jangan Bagi Pinjam. Beri Sahaja Ikut Kemampuan

Katakanlah, ada orang ingin meminjam duit dari anda tetapi anda berat hati untuk memberi atas sebab-sebab tertentu. Jalan penyelesaiannya, bagi sahaja duit yang anda sanggup korbankan (tanpa menjejaskan kewangan anda).

Anggap sahaja ia sebagai satu sedekah. Anda tidak perlu bersusah payah untuk meminta kembali duit yang telah dipinjamkan. Sekiranya duit itu dikembalikan kemudian, ia dikira sebagai satu bonus. Bagi dan lupakan duit tersebut.

Tips 2: Tukar Duit Dalam Bentuk Aset Seperti Emas Dan Perak

Hendak menggelak duit kita dipinjam oleh orang lain? Senang sahaja. Tukar duit yang ada siap-siap ke bentuk aset seperti Emas dan Perak. Pasti terselamat dari dipinjam kerana peminjam mahukan duit bukannya emas.

Lagipun emas agak leceh untuk ditukar kembali menjadi duit dan peminjam hendak menggunakan duit dengan kadar segera. Bukan semua orang sanggup membayar semula dalam bentuk emas.

Tips 3: Rahsiakan Kekayaan Kita

Kekayaan menarik orang untuk mencuba nasib meminta pertolongan dari kita dengan cara berhutang (pinjam duit kita). Untuk mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah ini, elok jangan tonjolkan kekayaan kita. Hidup bersederhana. Biar nampak biasa tapi poket tebal.

Tips 4: Tolak Tanpa Alasan

Cara paling mudah tetapi amat berat untuk dilaksanakan adalah dengan berterus terang sahaja bahawa anda menolak untuk memberikan pinjaman.

Katakan sahaja TIDAK tanpa sebarang alasan. Hanya tolaknya secara baik serta beradab. Biar bergaduh sekarang, dari bergaduh ketika ingin meminta balik duit yang dipinjamkan.

Tips 5: Tolak Dengan Alasan Kukuh

Cara ini sama sahaja seperti dalam tips 4. Yang membezakannya hanya cara ini disertakan dengan alasan kukuh. Sekiranya anda tidak mampu memberi alasan secara spontan, bagi sahaja alasan seperti “Saya fikir dahulu”.

Sekiranya tiada alasan kukuh sekalipun. Bagi sahaja apa-apa alasan sebagai isyarat anda memang tidak mahu bagi pinjam.

Kenapa perlu tahu pekara ini? Kerana memberi pinjaman itu salah satu sebab kebocoran wang. Ia juga cara hendak elak dari hilang kawan.


"Hendak Hilang Kawan, Bagi Pinjam Duit. Hendak Diingati Sentiasa, Pinjam Duit Dia"



Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan