Selepas
5 Tahun Bekerja, Anda Sepatutnya Telah Pun Memiliki...
1#
Dana Kecemasan yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 bulan gaji kasar semasa.
2#
Memiliki perlindungan (takaful) secukupnya sekurang-kurangnya 10 tahun gaji
semasa (pampasan yang diperolehi oleh ahli keluarga).
3#
Bebas dari segala jenis hutang jahat iaitu hutang yang memiskinkan kita. Hadkan
hutang jahat hanya kepada dua pekara iaitu rumah dan kenderaan. Tinggalkan
hutang yang baik sahaja.
4#
Memiliki pengetahuan, pengalaman dan kemahiran (sekurang-kurangnya yang asas)
bagi meningkatkan nilai diri sendiri.
Sekiranya
masih tidak mampu, teruskan usaha anda sehingga berjaya.
Bagi
yang berjaya memenuhi matlamat seperti di atas dalam tempoh masa 5 tahun
bekerja. Anda sepatutnya dalam proses...
1#
Simpan Dan Kembangkan (Melabur) Duit Simpanan Bagi Memenuhi Impian.
Teruskan
menyimpan sebanyak yang mampu (sekurang-kurangnya 10% dari gaji kasar) sambil
mencari peluang melaburkan duit simpanan yang ada bagi tujuan memenuhi impian
seperti Berkahwin, Melancong, Menunaikan Haji, Beli Rumah dan sebagainya.
Pada
ketika ini, anda digalakkan untuk cuba melabur sedikit duit simpanan ke
instrument yang berisiko tinggi tapi memberi pulangan yang lumayan (Pulangan
melebihi 10%). Dengan syarat, guna lebihan duit yang anda sanggup
kehilangannya. 2 tahun pertama adalah sesi pembelajaran. Melabur secara
konsisten dalam keadaan tenang.
2#
Menyimpan Dan Kembangkan (Melabur) Duit Simpanan Yang Ada Bagi Membina Dana
Persaraan.
Pada
peringkat ini, tumpuan anda seterusnya adalah untuk membina Dana Persaraan
sendiri supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan KWSP. Dengan erti kata lain,
ubah dari pendapatan aktif ke pendapatan pasif.
Pastikan
simpanan yang penting seperti Dana Kecemasan, Dana Impian dan Dana Persaraan
diletak di pelaburan berisiko rendah seperti Komoditi (Emas dan Perak), PNB
(ASB, ASB2 dan sebagainya), Tabung Haji dan sebagainya. (Pulangan antara 5-10%)
3#
Teruskan Melabur Sedikit Duit Dan Masa Atas Diri Sendiri
Teruskan
usaha memperuntukkan sedikit duit dan masa untuk dilaburkan ke atas diri
sendiri. Belajar untuk menjana pendapatan sampingan serta tingkatkan lagi ilmu
dalam pelaburan.
Pastikan
anda memiliki 3 pekara ini sebelum bersara iaitu memiliki sekurang-kurangnya
sebuah RUMAH yang selesa, sebuah KENDERAAN untuk pengangkutan dan DUIT tunai
yang secukupnya untuk menampung kos kehidupan seharian sehingga ke hujung usia.
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan