Sabtu, 27 Jun 2020

Rizky Cendol Durian @ Kota Damansara





Lokasi:
Rizky Cendol Durian @ Kota Damansara

Alamat:
26, Jalan Cecawi 6/19a,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 12.00 tengah malam (Setiap hari)

Tarikh Lawatan:
23 Jun 2020

Rizky Cendol Durian @ Kota Damansara menjadi lokasi persinggahan hari ini untuk makan cendol durian. Sedap layan cendol petang ini terutama cuaca tengah panas ini. Lagi-lagi cendol durian.

Musim durian ini, kita merasa makan durian dalam cendol pula.


23/06/2020: Harga Hari Ini

23/06/2020: Tempoyak Dan Durian Palsu

23/06/2020: Menunggu Dengan Sabar

23/06/2020: Nampak Macam Betul

23/06/2020: Satu IOI (Atas), Satu Udang Merah (Kiri) Dan Dua D24

Memang sedap cendol durian di sini. Rugi sekiranya singgah di Kota Damansara kalau tidak rasanya. Tuan kedai siap bagi jaminan, sekiranya durian rasa masam, rosak dan sebagainya. Mereka akan ganti dengan yang baru.

Saya bagi 5 bintang. Memang memuaskan. Hanya rasa saying tidak rasa cendol durian Musang King dan kampung kerana kehabisan stok durian.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan