Selasa, 16 Jun 2020

Teknik Bermain Kutu Emas

Kemaskini pada 06/07/2022


Anda ingin membeli emas jenama Public Gold tetapi kekurangan wang? Mudah saja penyelesaiannya, jom main kutu.

Bina satu kumpulan kecil untuk bermain Kutu Emas. Pastikan ahli kumpulan terdiri dari 4 orang. Kalau lebih itu digalakkan.

Matlamat bermain kutu adalah ingin membantu ahli membeli emas melalui kerjasama antara satu sama lain. Setiap ahli akan memperolehi emas yang sama nilai mengikut turutan giliran.
Bagaimana caranya?

Langkah 1#

Lantik seorang menjadi ketua kumpulan. Kita panggil dia sebagai 'Mak Kutu'. 'Mak Kutu' akan menguruskan semua pekara berkaitan urusan emas. 'Mak Kutu' boleh jadi dilantik dikalangan ahli kumpulan atau orang luar yang boleh dipercayai.

Ciri-ciri 'Mak Kutu'
1# Amanah dan jujur
2# Dealer Public Gold
3# Ada stok emas ditangan (mengikut bilangan peserta)

Ciri-ciri ahli kumpulan 'Kutu Emas'
1# Amanah dan jujur
2# Boleh dipercayai
3# Menepati janji


Langkah 2#

Tentukan produk emas yang hendak dibeli (berharga lebih RM 1,000) supaya boleh dibeli melalui kaedah EPP (Untuk menggantikan stok yang sudah dijual) 6 atau 10 bulan. Sekiranya mahu.


Langkah 3#

Tentukan bayaran bulanan yang bagi semua peserta dalam tempoh ditetapkan. Tentukan giliran siapa yang menerima emas dahulu.

Bagi memudahkan kefahaman. Disini saya sertakan contoh:

1 Dinar Public Glod (RM 1k ++)
Ahli Kumpulan: 6 orang (tidak termasuk Dealer Public Gold yang menguruskannya)

Bulan 1
'Mak Kutu' menjual 1 dinar (stok sendiri) kepada seorang peserta (ikut giliran) selepas menerima sumbangan (pembayaran) dari semua peserta.

Duit yang diterima digunakan untuk membeli 6 keping 1 Dinar Public Gold secara EPP menggunakan 6 invois yang berbeza. Setiap invois dibuat atas nama peserta yang ada.

Bulan 2 Sehingga 6
Setiap sumbangan yang diterima oleh peserta akan digunakan untuk menyelesaikan bayaran bulanan EPP bagi 4 invois yang berbeza. Pada masa yang sama, 'Mak Kutu' serahkan 1 Dinar yang ada kepada setiap peserta setiap bulan.

6 keping Dinar yang diterima selepas pembayaran diselesai diambil oleh 'Mak Kutu' bagi menggantikan balik stok dinar sendiri yang telah diserahkan kepada ke semua peserta.
Mudahkan caranya. Selamat beramal.

Nota:
1. Sila fahami teknik yang dikongsikan sebelum melaksanakannya. Penulis hanya berkongsikan idea. Sebarang kesilapan atau masalah adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
2. Teknik ini hanya sesuai sekiranya Mak Kutu ingin mendaftarkan semua peserta yang ada di bawah rangkaiannya.
3. Mak Kutu perlu menguruskan semua akaun peserta sehingga stok asal diperolehi semula. Baru serahkan balik akaun kepada semua peserta yang ada.
4. Bilangan peserta yang terlibat dalam aktiviti Kutu Emas sebaik-baiknya 6 atau 10 orang mengikut tempoh masa pembayaran EPP.
5. Kutu Emas perlu memastikan setiap peserta menerima emas mengikut gram dan harga yang sama. Itu sebab pentingnya ada stok tersedia untuk dijual. Selain dari sudut syariah.



Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan