Khamis, 6 Ogos 2020

2 Langkah Mudah Menuntut Harta Pusaka Di Public Gold

Kemaskini pada 08/07/2022

kaunter public gold cawangan Sunway

Entri kali ini saya ingin kongsi kaedah menuntut emas yang di simpan dalam akaun GAP sekiranya berlaku kematian kepada pemegang akaun.
 
Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh waris bagi menuntut emas yang berada dalam akaun GAP.

 
Langkah 1: Sediakan Dokumen Sokongan
 
Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan oleh waris
1. Salinan Sijil Kematian/ Laporan Polis/ Permit Kubur
2. Salinan Sijil Perkahwinan (Suami/ Isteri) Atau Surat Beranak (Anak)
3. Salinan Kad Pengenalan Waris
4. Surat Mahkamah/ Kuasa Tadbir Pusaka
 
Nota:
Pastikan semua Salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai berkuasa


Langkah 2: Hantar Dokumen Ke Cawangan Public Gold Terdekat

Serahkan semua dokumen yang ada ke cawangan Public Gold yang terdekat bagi proses pindah milik. Sekiranya si mati ada membeli emas atau perak melalui kaedah pembayaran secara berperingkat (EPP) dan belum menyelesaikan pembayaran sepenuhnya, pewaris boleh menuntut emas dengan cara menyelesaikan baki pembayaran yang ada.

Sekiranya waris tidak mampu membayar segala baki yang ada. Waris boleh mambatalkan transaksi pembelian tersebut. Semua pembayaran yang telah dilakukan akan dipulangan kembali kepada waris selepas ditolak 10% caj penalti dari harga keseluruhan emas tersebut.

Contohnya:
Ali membeli 10g emas dengan harga RM 3,020 (RM 300 segram + RM 10 (Caj EPP) + RM 10 (Caj Premium) menggunakan kemudahan EPP sebanyak 10 kali (promosi FBLive Public Gold). Ali telah membayar selama 8 bulan (RM 2,420) sebelum meninggal dunia.
 
Waris tidak mampu untuk meneruskan baki pembayaran selama 2 bulan dan meminta akan transaksi ini dibatalkan. Pubic Gold memulangkan kembali duit sebanyak RM 2,100 selepas caj 10% dikenakan (RM 300).

Diharap agar pembaca dapat mengetahui dengan jelas cara menuntut emas si mati sebagai waris di Public Gold.

Nota:
1. Tertakluk pada terma dan syarat semasa.
2. Kaedah ini juga terpakai bagi waris yang ingin menuntut perak dalam akaun SAP.
3. Pewaris ada dua pilihan untuk mendapatkan emas tersebut iaitu dengan cara memindahkan emas tersebut ke akaun GAP sendiri atau menjual terus kepada Public Gold. Duit tersebut akan dikreditkan ke akaun pewaris. 


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan