Rabu, 26 Ogos 2020

Jadilah Seorang Penyimpan Yang Berjaya

Buku ASB, TH, emas 1 dinar, jam tangan dan cermin mata

Hendak menjadi kaya dimasa hadapan? Henda hidup selesa dimasa hadapan? Hendak mencapai impian yang diingini dimasa hadapan? Hendak jadi seorang dermawan dimasa hadapan?

Bertindak sekarang. Asing dan simpan sebahagian pendapatan yang diterima sekarang untuk dibawa ke masa hadapan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Seorang Penyimpan Yang Berjaya?

Apabila anda tiada masalah untuk mengasingkan sedikit duit yang ada bagi tujuan simpanan dan mampu mempertahankan simpanan yang ada sehingga mencapai impian yang ditetapkan.


Nampak mudahkan tipsnya tetapi hakikatnya ia amat sukar untuk dilaksanakan atas sebab-sebab berikut iaitu:

1. Keseronokan Berbelanja
2. Duit Dipinjam Orang
3. Salah Labur

Bagaimana ingin mengatasi masalah ini? Ikuti tips dan panduan yang saya kongsikan ini. Insha Allah, anda mampu melakukannya.

Entri Berkaitan:

Tips 1: Simpan Dan Lupakannya
 
Pegang perinsip ini ketat-ketat. Nampak mudahkan. Tetapi kebanyakkan orang gagal mempertahankan prinsip ini secara istiqamah (konsisten).
 
Penyelesaiannya? Simpan duit di instrumen kewangan yang mudah simpan tetapi sulit untuk keluarkannya. Contohnya seperti ASB, SSPN dan sebagainya.
 
Masih tidak mampu lupakan simpanan yang ada? Simpan di instrumen kewangan yang mengikat kita (komitmen menyimpan setiap bulan, hanya boleh dikeluarkan dalam keadaan dan tempoh tertentu sahaja) seperti pelan simpanan Karisma dan Mabrur oleh Etiqa Berhad, pelan simpanan hari tua seperti PRS, KWSP dan sebagainya.
 
Tidak suka akan sekatan terhadap simpanan sendiri? Beli Emas dan Perak. Anda dapat menyimpan sambil memenuhi naluri berbelanja. Dalam masa yang sama dapat mencegah diri dari tersalah labur. Dan paling penting dapat elak dari duit dari dipinjam orang.
 
Tidak percaya? Cubalah. Anda akan rasa perbezaannya.
 
Entri Berkaitan:
Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya
Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan
 

Tips 2: Jadi Penyimpan Yang Bermatlamat

Pengembaraan tanpa destinasi akan menyesatkan kita. Begitu juga dalam proses menyimpan. Tanpa matlamat yang jelas, proses menyimpan menjadi amat sukar. Lagi mencabar apabila ingin pertahankan simpanan tersebut bagi tempoh masa yang lama.

Oleh itu, tetapkan matlamat dengan jelas saat anda mula menyimpan. Matlamat yang jelas akan memberi motivasi yang tinggi (pembakar semangat) semasa dalam proses menyimpan. Maklumlah menyimpan duit itu menentang fitrah. Fitrah manusia dengan duit adalah berbelanja.

Tidak tahu hendak letak matlamat apa? Mudah sahaja. Ada 3 sebab utama orang menyimpan duit iaitu:

1. Untuk Dana Kecemasan
2. Untuk Memenuhi Impian
3. Untuk Dana Persaraan

Tulis dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dan pastikan berapa banyak duit yang diperlu bagi mencapai impian tersebut.

Ingatlah, memiliki duit yang mencukupi itu hanyalah separuh dari impian sahaja. Separuh lagi datang dari tindakan yang diambil
 
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda(Pendahuluan)

 
Tips 3: Berhutang Untuk Menyimpan

Secara jujurnya, saya tidak galakkan menggunakan kaedah ini kecuali apabila tiada cara lain lagi untuk menyimpan secara konsisten. Kaedah ini sesuai bagi orang yang displin membayar hutang.

"Prinsip Asas Pelaburan Adalah Menggunakan Lebihan Wang Yang Tidak Digunakan Dalam Tempoh Masa Yang Panjang"

Bagaimana caranya? Kini terdapat pelbagai instrumen kewangan yang menyediakan kemudahan berhutang untuk menyimpan.

Antaranya kemudahan yang ada adalah...

1. Pembiayaan ASB & ASB2 (ASBF & ASB2F)
Pinjaman khas dari bank terpilih (Ejen PNB) untuk melabur dalam skim ASB & ASB2. Pinjaman diberi dalam bentuk sijil.

Pelaburan antara 10 ribu sehingga 200 ribu. Tempoh masa pembiayaan antara 5 tahun sehingga 30 tahun (bergantung kepada bank).

2. Easy Payment Purchase (EPP)
Skim pembayaran secara berperingkat yang diperkenal oleh Public Gold untuk membeli emas dan perak. Kemudahan ini diberi sekiranya anda ingin membeli emas dan perak serendah RM 500 dalam satu resit.

Tempoh masa yang diberi adalah selama 4 bulan (RM 500 ke atas), 6 bulan (RM 5000 ke atas dan khas untuk barang kemas sahaja) dan 10 bulan (RM 5000 ke atas).

3. Pembayaran Menggunakan Kemudahan Kredit (Kad Kredit)
Kad kredit sekiranya digunakan dengan cara yang betul dapat membantu anda untuk menyimpan atau memiliki aset.

Contohnya seperti berikut:

Contoh 1#
Mencarum dalam pelan simpanan jangka masa panjang Karisma dan Mabrur menggunakan kad kredit.

Contoh 2#
Membeli emas secara berperingkat di PG Mall menggunakan kad kredit CIMB (6 bulan dan 12 bulan).

Amaran Keras: Jangan sesekali membuat pembiayaan peribadi untuk pelaburan. Ia berisiko tinggi dan tidak berbaloi diambil.

Cukuplah dengan 3 tips mudah ini. Diharap agar tips dan panduan yang diberi dapat membantu anda untuk mula menyimpan bermula sekarang.
 
Entri Berkaitan:
Pembiayaan ASB: Berbaloi Ke Tidak?
Perlukah Ber'Hutang'?
 
Youtube Channel:
Jadilah Seorang PenyimpanYang Berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan