Kembara Mencari Jodoh berakhir di sini…
Percubaan Kali Ketiga (Terakhir)
(Mei - Okt 2017)
Sejujurnya, ingatkan lama lagi hendak bertemu jodoh
di portal ini. Mungkin lebih dari sepuluh kali percubaan. Siapa tahukan. Atau
mungkin memang jodoh bukan berada di portal ini. Perlu cuba di portal lain juga
nampaknya.
Segalanya mungkin berlaku. Kadang-kadang apa yang tidak dijangka yang berlaku Hanya dengan tiga kali percubaa, saya dapat bertemu jodoh di portal ini. Alhamdulilah, rezeki bertemu jodoh di portal ini.
Berapa ramaikah calon yang berjaya ditemui kali ini? Tidak banyak pun, hanya sekitar enam orang sahaja dari beratus calon yang ditegur untuk percubaan kali ketiga ini. Itu pun sudah cukup bagiku. Ada juga jodohku dlam senarai terkini ini. Laku juga diri ini rupanya.
Ehem… Ehem…
Salah satu peristiwa yang menarik berlaku semasa
proses memberi kad kahwin dekat kawan-kawan yang dikenali. Ada kawan yang tidak
percaya saya akan kahwin. Saya senyum sahajalah. Tidak berkecil hati pun, sebab
sendiri ingat pun tidak akan kahwin sampai bila-bila. Baru berangan hendak
kembara seluruh dunia seorang diri kalau tidak kahwin.
Sambung kembali kisahnya...
Sepatutnya terdapat tujuh calon yang bersetuju untuk
berjumpa kali ini. Tetapi, hanya enam sahaja calon yang berjaya temui. Dapat
menatap muka anak gadis orang memang menyeronokkan.
Satu lagi calon telah menarik diri sehari
sebelum berjumpa. Baru bersemangat hendak merempit ke Bukit Beruntung, tidak
jadi pula. Tidak apalah memang bukan jodoh pun. Dengar cerita calon yang tidak
jadi jumpa ini telah pun selamat menjadi isteri orang lain. Tahniah diucapkan
kalau yang empunya badan bacalah kisahku ini.
Belajar dari pengalaman. Kena pesan awal-awal
kepada calon lain. Kalau hendak tolak saya, tolaklah selepas berjumpa walaupun
sekali. Ini sahaja permintaan saya. Inginku menatap wajahmu sebelum dikecewakan.
Saya namakan calon yang ada ini sebagai Cik E,
Cik F, Cik G, Cik H, Cik I dan Cik J.
Soalan Cepu Emas:
Cuba teka, antara Cik E sehingga Cik J,
siapakah jodohku? Kisah dengan jodohku akan dikongsi pada bahagian terakhir
nanti.
Kisah Bersama Dengan Cik E
Manusia ini kadang-kadang tahu ia suatu yang mustahil
tetapi tetap ingin mencuba dengan harapan sebaliknya berlaku. Tahu akan diri
ini tidak layak tapi masih cuba mengurat bakal doktor.
Sejak perkenalan kali pertama, Cik E sering
berkata diri dia bukan calon yang sesuai. Sering berkongsi pekara-pekara yang
negatif tentang diri. Walaupun begitu, Cik E masih sudi berkongsikan luahan
hati dia yang ditulis dalam blog peribadinya (sekarang tak boleh baca,
kebenaran telah ditarik balik).
Dan paling terharu, masih sudi berjumpa di rumah
keluarganya semasa Hari Raya Puasa. Kira tercapai jugalah Fasa 3 pada
perjumpaan kali pertama.
Yang mencabarnya keluarga dia menetap di Bera.
Perjalanan dari Nilai ke Bera mengambil masa 2 jam setengah dengan menaiki
motosikal. Jauhnya ibarat pergi ke Ipoh. Tak apalah, demimu saya turutkan
dengan rela. Tidak kira berapa jauhkah anda, saya tetap akan datang berjumpa.
Alhamdulillah, layanan yang diberi amat baik
sekali. Siap dapat 'Duit Raya' lagi. Yang pasti bukan wang tunailah. Hohoho.
Hanya sedikit terkilan tidak dapat ajak dia
bersiar-siar di taman berdekatan rumahnya disebabkan tiba agak lewat. Pukul
10.00 pagi baru sampai. Cuaca pun sudah panas.
Sesuatu yang mustahil tetap mustahil. Saat
ketahui apakah hadiah yang diberi (keychain dari Mesir). Saya faham bahawa
hubungan ini hanya sampai di sini sahaja. Atas sebab dahulu dia pernah berkata,
akan membawa saya ke Mesir melihat kehidupan dia semasa sedang belajar. Selepas
berkahwin.
Dan apa yang diramal menjadi kenyataan saat
menerima mesej peribadi dari Cik E selepas selamat pulang di Nilai.
Ingatkan jawapan akan diperolehi dalam tempoh beberapa hari. Dalam sehari sahaja sudah tahu jawapannya.
Kisah Bersama Dengan Cik F
Ini kisah Cik F pula. Kisah ini berbeza sikitlah. Kali pertama bertemujanji bertiga-tigaan sepanjang masa. Ini pengalaman baru. Sebelum ini, walaupun berteman tetapi sepanjang masa hanya berdua sahaja.
Ringkasannya seperti berikut.
Lokasi:
Kali
Pertama (Kali Ke 1)
Nu Central
Kali Pertama (Kali Ke 2)
KL Central
Kedai Makan:
Kali Pertama (Kali Ke 1)
Foodcourt NU Central
Kali Pertama (Kali Ke 2)
Swiss Oven @ KL Central
Aktiviti:
Pameran Keretapi Laju Korea
Sogo
Cik F bersetuju berjumpa dengan saya di Nu
Central dan maklum akan bawa seorang kawan sebagai peneman.
Tidakku sangka kawan yang dibawanya agak
menarik juga, Ehem… Ehem... Terganggu sikit tumpuan ketika bersama dengan Cik
F. Ini semua satu cubaan.
Kebanyakkan masa hanya dihabiskan bersiar-siar dalam
Nu Central sahaja.
Pada satu ketika, saya sempat bergurau pada Cik
F bahawa inilah rasanya bila ada dua isteri. Nampaknya gurau ini tidak disukai
oleh Cik F. Maaf ya bukan segaja. Hanya reaksi spontan sahaja. Buruk reputasiku
di mata dia.
Dan memburukkan lagi keadaan berlakunya satu
peristiwa yang tidak disukai oleh Cik F ketika di stesen KTM (semasa menghantar
dia pulang). Lelaki ini kadang-kadang pekara yang dianggap remeh buat dia,
dianggap berat dimata wanita. Pengajaran diterima.
Keputusannya adalah.. Ditolak.
Mungkin dari peristiwa yang berlaku menyebabkan
Cik F buat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan ini. Saya terima dengan
lapang hati. Balik awal berehat.
Esok hendak jumpa Cik G. Agak padat juga jadual saya rupanya. Saya cerita kisah cik G ini pada bahagian akhir nanti ya. Kenapa? Faham-fahamlah maksudnya itu.
Berbalik kepada Cik F. Tanpa disangka, saya
mendapat peluang kedua dari Cik F. Cik F ajak jumpa di KL Central. Kali ini
datang berseorangan. Berani juga akhirnya Cik F ini jumpa lelaki asing
sorang-sorang.
Sebelum ini kata tidak berani. Itu sebab bawa
kawan tapi macam salah kawan dibawanya. Terasa hendak ngurat kawan dia pula.
Nasib baik tidak terucap pada Cik F. Marahlah pula nanti.
Sedikit khabar yang mengecewakan. Kawan yang
dibawa telah berpunya dan kalau hendak ngurat pun pasti gagal sebab saya tidak
menarik pun pada pandangnya.
08/07/2017: Nu Central |
Kisah Bersama Dengan Cik H, I Dan J
Ini kisah Cik H, I & J pula. Kisah ini saya
gabung dan ringkaskan sekali atas sebab matlamat berjumpa telah pun berubah
dari yang asal (bukan untuk cari pasangan hidup).
Kira berjumpa sekadar untuk memenuhi keinginan hati untuk bertemu sahaja. Hendak tengok secara berhadapan dengan mereka ini.
Jodoh telah pun dikenalpasti. Hanya tunggu
ungkapan ajaib sahaja dari mulut si dia. 'I Do'. Maka kahwinlah
saya.
Ringkasannya seperti
berikut:
Calon H
Seperti kisah Cik F. Cik H membawa seorang kawan
ketika bertemu dengan saya. Masa untuk nikmati pengembaraan bersama dua orang
gadis menerokai keindahan bandaraya Kuala Lumpur.
Asalnya saya mengajak Cik H kerana inginkan
teman. Bosan juga jalan seorang-seorang ini. Agak mengejutkan juga apabila dia
setuju teman saya bersiar-siar.
Seperti saya, dia juga tidak menaruh harapan
akan hubungan ini sebab dia tahu saya masih mencari dalam portal tilljannah.my
walaupun sudah berjumpa dengannya. Kantoi lagi. Ini kira perjumpaan kali
pertama dan terakhirlah jua. Hanya sekitar Fasa 2 sahaja.
Lokasi:
Menara Kuala Lumpur
Kedai Makan:
Foodcourt Suria KLCC
Aktiviti:
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara
Kuala Lumpur
Pelantar Terbuka (Sky Deck) @ Menara Kuala Lumpur
KL Hop-On Hop-Off
13/08/2017: Pelantar Terbuka (Sky Deck) |
Calon I
Calon I ini juga membawa teman. Bezanya, Cik I
ini minta saya rahsiakan dari kawan dia bahawa kami berkenalan dalam portal
cari jodoh. Segan kot hendak berterus terang dengan kawannya itu.
Saya tidak berharap akan hubungan ini berjaya disebabkan
tidak dapat memenuhi ciri utama calon yang dikehendakinya iaitu berkerja tetap.
Saya pada waktu itu hanya kerja kontrak sahaja. Sedih pula rasanya.
Lokasi:
AEON Mall Klebang
Kedai Makan:
Foodcourt AEON Mall Klebang
Calon J
Cik J ialah calon terakhir yang saya temui dalam
Percubaan kali ke 3. Calon ini duduk paling jauh sekali yang bersetuju untuk
jumpa saya. Dapat jumpa pun sebab saya bercuti di Alor Setar waktu itu.
Cik J juga bawa kawan ketika berjumpa dengan
saya. Tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan dengannya. Hanya jumpa dan berbual
sambil jalan-jalan sikit dalam pusat membeli-belah ini.
Lokasi:
Tesco Hypermarket Mergong
Kedai Makan:
Foodcourt
Maka berakhirlah kisah kembara mencari jodoh
ini. Tapi rasanya seperti ada satu kisah lagi masih belum dikongsikan. Kisah
bersama Cik G.
Kisah Bersama Dengan Cik G
Kisah ini bermula sehari selepas pertemuan
dengan Cik F. Lokasi temujanji yang ditetapkan hari ini adalah di Ikea Kota
Damansara (kali pertama).
Ini adalah antara temujanji terlama pernah saya lalui
iaitu mengambil masa kira-kira tujuh jam. Apa yang kami lakukan? Tiada apa-apa
sangat, sekadar jalan-jalan sekitar pusat membeli-belah. Itu sahaja.
Keseluruhannya, sebanyak empat kali pertemuan
yang berjaya dilakukan sebelum keputusan akhir dibuat.
Ringkasannya seperti berikut:
Lokasi:
Kali Pertama (Kali Ke 1)
IKea Kota Damansara (Kali ke 1)
The Curve Shopping Center (Kali ke 1)
E-Curve Shopping Center (Kali ke 1)
Kali Pertama (Kali Ke 2)
Seksyen 7 Kota Damansara
Kali Pertama (Kali Ke 3)
Stesen Bas Pekeliling
Kali Pertama (Kali Ke 4)
Jengka 19 (Kali ke 4)
Kedai Makan:
Ayam pendek @ E-Curve Shopping Mall
Bagi pertemuan kali kedua. Perjumpaan dengan cik
G berlangsung sekejap sahaja. sekadar ingin memberi coklat yang istimewa sebagai
hadiah. Maklumlah baru lepas mengunjungi Muzium Coklat di Kota Damansara.
Bagi pertemuan kali ketiga. Perjumpaan berlaku di
stesen bas ketika menghantar Cik G pulang ke kampung halaman menaiki bas.
Sementara ada masa itu, 'berdating'lah sekejap.
Pertemuan kali keempat adalah pertemuan yang
terpenting sekali dalam hidup saya. Pertemuan ini berlangsung di kampung
halaman Cik G semasa hari raya haji. Kebetulan ketika ini saya sedang melancong
di Kuantan.
Ini kali pertama berjumpa dengan bakal ayah
mertua. Fasa ketiga dalam hubungan ini. Ia menjadi titik penentu
segala-galanya. Ini misi berani mati saya. Berani dan memang matilah dibuatnya.
Keputusannya adalah… Diterima
Ayah Cik G bersetuju untuk menerima lamaran saya walaupun ketika berjumpa, saya tidak pernah sebut pun tentang pekara tersebut walaupun sekali. Kanpa? Segan kot hendak kata masa itu. Lagi pun tujuan asalah singgah sekadar ingin menunjukkan diri sahaja.
Cik G pun pernah berkata dahulu. Sekiranya ayah dia bersetuju, dia pun ikutkan sahaja. Dua tiga bulan juga saya menunggu jawapan dari Cik G. Sehingga sudah sedia untuk mengaktifkan balik akaun premium saat sekiranya ditolak.
Kisah seterusnya menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Tercapai sudah salah satu impian dalam senarai ‘Bucketlist’ saya.
Epilog
Terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda
membaca kisah ini sehingga dipenghujung. Saya
doakan agar perjalanan anda mencari jodoh dipermudahkan oleh Allah. Aaamiin.
Yang penting jangan sesekali berputus asa dan konsisten dalam mencuba sehingga berjaya. Gunakan segala kemudahan yang ada ketika mencari jodoh. Diharap agar perjalanan kisah saya dapat memberi manfaat kepada anda. Semoga berjaya
“Biar Gagal
Mencuba Dari Gagal Tidak Mencuba”
Tambahan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan