Rabu, 12 Ogos 2020

Wealth Card: Kenapa Anda Perlu Memilikinya

Kemaskini pada 10/12/2023


Nota:
Setiap pelanggan Public Gold diwajibkan membeli Wealth Card (0.5 gram) bernilai RM 300 sebagai salah satu syarat menjadi Dealer Public Gold (Normal atau Priority). Dealer juga wajib membelinya sekiranya bertukar status dari Normal ke Priority.
 
Syarat yang ditetapkan ini terpakai bagi pelanggan yang menjadi Dealer dengan kaedah pembelian emas atau perak mengikut jumlah yang ditetapkan (bergantung promosi semasa).

Entri kali ini saya akan kongsikan ciri-ciri istimewa yang ada pada kad ini dan sebab kenapa anda perlu memilikinya hari ini juga.

Sebelum itu, mari kita lihat ciri-ciri yang ada pada kad ini yang membezakannya dengan 0.5 gram jongkong emas Public Gold yang lain.

Wealth Card

Jongkong Emas Edisi Wealth Card

Apa Yang Anda Dapat Dengan Membeli Wealth Card

1# 0.5 gram Jongkong Emas Public Gold
2# 10 Keping Kupon Emas Bernilai RM 10
3# 10 Keping Kupon Perak Bernilai RM 20
4# 5 Keping Kupon PG Mall RM 10 

Kupon Diskaun Untuk Emas Dan Perak

Penerangan

Kupon Emas berharga RM 10 dan Kupon Perak berharga RM 20 hanya sah digunakan sehingga tarikh yang tercetak dibelakang kupon. Kupon ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan untuk pembelian melalui kaedah runcit sahaja (Outright Purchase). Kupon ini tidak boleh digunakan pada waktu promosi.

Kupon PG Mall berharga RM 10 hanya boleh digunakan bagi setiap pembelian di PG Mall berharga RM 100 dan ke atas dalam satu resit. Kod kupon tersebut hanya boleh digunakan sebanyak 5 kali sahaja (bagi akaun yang sama) atau sehingga tarikh luput seperti yang tertera pada kupon tersebut. Yang mana satu dicapai terlebih dahulu.


Kupon ini tidak boleh diguna untuk membeli produk emas dan perak di PG Jewel, PG Gold Museum dan Aurora.

Nota:
Bermula Januari 2021, Kupon tidak lagi dikeluarkan dalam bentuk fizikal. Semua kupon boleh diperolehi secara maya di alamat sesawang Public Gold. Terdapat 20 kupon bernilai RM 10 boleh digunakan untuk semua produk yang ada.

Kupon PG Mall


Ciri-Ciri Wealth Card
 
1# Jongkong Emas seberat 0.5 gram
2# Sijil Ketulenan dan Emas dibalut dengan plastik bersarung kekal
3# Berharga RM 200 sekeping
4# Hanya ada satu rekaan sahaja

Maklumat Yang Di Cetak Atas Permukaan Kad
 
1# Nama Penuh Pelanggan/ Dealer
2# Nombor PG Kod
3# Tarikh Sah (Valid Thru)
4# Status Dealer

Penerangan

Tarikh Sah adalah merujuk kepada tarikh akhir kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun dilokasi yang terpilih (Sila rujuk di alamat sesawang Public Gold untuk mengetahui senarai penuh lokasi).

Nama, PG Kod dan Status Dealer yang dicetak atas kad adalah mengikut maklumat dalam akaun pengguna (sendiri) dimana Wealth Card ini dibeli.

Status Dealer hanya dipaparkan khas untuk Dealer Public Gold sahaja. Terdapat tiga jenis status yang ada iaitu Normal Dealer, Priority Dealer dan Master Dealer.


Nota:
Bermula Januari 2021, maklumat dicetak di bahagian belakang kad dan bukan lagi di bahagian hadapan seperti versi terdahulu.

Kenapa Anda Perlu Memilikinya?

1# Kad Ekslusif khas untuk anda
2# Syarat wajib untuk menjadi Dealer Public Gold
3# Beli Wealth Card berharga RM 200, dapat kupon berharga RM 200


Jadi, tunggu apa lagi. Milikinya sekarang, hanya di Public Gold.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan