Isnin, 14 September 2020

Ilmu Asas Pelaburan Emas

Graf pergerakan harga emas
Sumber: Tidak Diketahui

Ada 2 teknik yang boleh diamalkan dalam pelaburan EMAS bergantung kepada bajet yang dimiliki.
2 teknik itu adalah:

1. Pelaburan Jangka Masa Pendek
2. Pelaburan Jangka Masa Panjang


1# Pelaburan Jangka Masa Pendek

Jumlah keuntungan yang disasarkan bagi pelaburan jangka masa pendek adalah melebihi 10% dalam tempoh kurang dari setahun (bergantung pada keadaan).

Teknik yang digunakan adalah dengan membeli emas semasa harga paling murah dan menjual kembali ketika harga mencecah paras tertinggi (keuntungan mencecah 10%).
 
Berikut adalah contoh keuntungan yang diperolehi dalam tempoh masa yang pendek.

Contoh:

Tarikh Beli: 16 Ogos 2018
Harga Terendah: RM 169
 
Tarikh Jual: 4 September 2019
Harga Tertinggi: RM 218
 
Sekiranya Anda Seorang Pelanggan
Keuntungan:
RM 198.38 (Selepas Ditolak Kadar Susut Nilai 9%) - RM 169 (Kos Pembelian) = RM 29.38 (17.38 %)

Sekiranya Anda Seorang Dealer Public Gold
Keuntungan:
RM 198.38 (Selepas Ditolak Kadar Susut Nilai 9%) + RM 2.18 (Komisen Beli) + RM 0.51 (Komisen Jual Balik) - RM 169 (Kos Pembelian) = RM 32.07 (18.98 %)

Nota:
1. Keuntungan tidak mengambil kira penolakan zakat sebanyak 2.5% bagi tahun 2019 (Bergantung berapa gram yang dibeli) atas sebab keuntungan yang diambil selepas tempoh setahun emas dibeli.
2. Keuntungan diunjurkan lebih tinggi dari contoh kiraan sekiranya emas dibeli dalam gram yang besar (sekurang-kurangnya 100 gram ke atas).
3. Harga dikira pergram dan mengikut harga dalam akaun GAP.
4. Tempoh masa dalam contoh ini melebihi setahun atas sebab keuntungan melebihi 10% tidak dapat diperolehi dalam tempoh kurang setahun. Oleh itu masa terpaksa dipanjangkan bagi memastikan keuntungan melebih dari 10%.

Teknik ini hanya boleh digunakan sekali dalam tempoh setahun (atau lebih) dan perlu melibatkan jumlah pelaburan yang besar. Sekurang-kurangnya mampu membeli emas dalam gram yang besar yang melayakkan diri menjadi Dealer Public Gold.

Digalakkan menjadi Dealer Public Gold terlebih dahulu sebelum terlibat dalam pelaburan jangka masa pendek ini bagi megurangkan kos pembelian. Teknik ini sesuai bagi orang yang mempunyai bajet yang besar dan ingin mendapatkan keuntungan dengan kadar segera.

 


2# Pelaburan Jangka Masa Panjang

Tempoh masa menjana keuntungan bagi jenis pelaburan ini adalah melebihi setahun. Teknik yang digunakan adalah Teknik Pemurataan Harga.

Nota:
1. Masa terbaik beli emas adalah ketika harga semasa lebih rendah dari harga purata terkini.
2. Tujuan menggunakan teknik ini bagi memastikan harga belian berada di pertengahan (tidak mencecah paras silling harga) atau paling hampir dengan harga lantai emas semasa.
 
Anda perlu membeli emas secara konsisten bagi tempoh masa yang lama. Sehingga keuntungan mencecah 10% secara purata atau matlamat tercapai. Pastikan jumlah gram dan harga belian dicatat bagi mendapatkan kadar purata terkini.

Sesuai bagi orang yang mempunyai bajet yang kecil dan ingin mendapatkan keuntungan di masa hadapan.

Pergerakan Harga Emas Dalam Tempoh 5 Tahun

Entri Berkaitan:


Teknik pelaburan yang mana satu menjadi pilihan anda? Jangka masa pendek atau panjang? Atau kedua-duanya sekali.
 
Saya serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk menilai.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:
Ilmu Asas Pelaburan Emas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan