Isnin, 28 September 2020

Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)

Kemaskini pada 08/08/2023
Medical Card
Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/02/medical-plus-etiqa-takaful.html

Entri kali ini saya ingin kongsikan secara umum tentang kad perubatan yang diperkenalkan oleh Takaful Family Berhad yang dinamakan sebagai Takaful Medical Plus.
 

Pengenalan
 
Takaful Medical Plus adalah kad perubatan yang diperkenalkan oleh Etiqa bagi membantu menanggung kos perubatan anda sekiranya di masukkan ke dalam wad hospital. Kad perubatan ini boleh digunakan di semua hospital swasta (yang berdaftar) dan kerajaan diseluruh Malaysia.
 
Kad perubatan ini didatangi bersama dengan pelan simpanan jangka masa panjang Etiqa merangkumi:
 
1. Harmoni
2. Intelek
3. Karisma
4. Mabrur
5. Prima
6. Prima Plus
 
Nota:
1. Kad perubatan hanya boleh diambil bersama dengan pelan simpanan. Tidak diwajibkan mengambil kad perubatan bagi menyertai sebarang pelan simpanan seperti dalam senarai di atas.
2. Kad perubatan boleh diambil dalam tempoh masa yang kurang atau sama dengan pelan simpanan @ perlindungan (prisma). Contohnya seperti pelan Prisma yang diambil selama tempoh 20 tahun. Tempoh masa bagi kad perubatan yang diambil sekali dengan Prisma adalah maksimum selama 20 tahun.
3. Bagi akaun perkongsian, sekiranya berlaku kematian kepada pembayar. Kad perubatan akan terbatal dengan sendiri sekiranya peserta berumur di bawah 18 tahun. Peserta diberi peluang untuk sambung caruman atau batalkan sekiranya peserta di atas umur 18 tahun.
4. Pemegang sijil perlu dimasukkan ke wad hospital sekurang-kurangnya 12 jam bagi melayakkan diri menggunakan kad perubatan untuk menanggung bil hospital yang dikenakan.

Umur Kelayakan
 
Akaun Persendirian
18 Tahun sehingga 65 Tahun
 
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
14 Hari sehingga 18 Tahun
Pembayar
18 Tahun sehingga 65 Tahun
 

Tempoh Pembayaran (Perlindungan)
Minimum: Setahun
Maksimum: Sehingga berusia 88 Tahun @ sehingga tarikh matang pelan takaful


Tempoh Bertenang (Tempoh Aktif)
 
Dalam Tempoh 30 hari
Hanya kecederaan akibat kemalangan sahaja yang dibayar
 
Dalam Tempoh 120 hari
Penyakit spesifik terjadi dalam tempoh ini tidak dibayar.


Kaedah Pembayaran Bil Hospital
 
Oleh kerana pihak Etiqa tidak mengeluarkan kad perubatan dalam bentuk fizikal. Apa yang perlu anda lakukan hanya menunjukkan kad pengenalan sewaktu mendaftar masuk. Semua kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh Etiqa (tertakluk had yang diambil).
 
Bagi hospital yang bukan berada dalam senarai panel, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membayar kos perubatan terlebih dahulu, kemudian tuntut balik pembayaran yang dilakukan dari Etiqa.
 

Pelan & Manfaat Takaful Medical Plus
 
Terdapat 5 pelan yang berbeza yang ditawarkan dari yang paling murah (Pelan 1) sehingga paling mahal (Pelan 5) merangkumi perbezaan had tahunan keseluruhan kos perubatan yang ditanggung oleh Etiqa.
 
Berikut adalah jadual manfaat pakej pelan simpanan bagi Takaful Medical Plus:

Jadual 1

Jadual 2

Nota:
1. Terdapat dua kaedah pembayaran bil perubatan oleh kad perubatan Etiqa iaitu melalui Penolakan Terus Dari Kad Perubatan dan Bayar Dahulu, Tuntut Kemudian.
2. Penolakan Terus Dari Kad Perubatan bermaksud, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan tentang pemilikan kad perubatan. Semua kos yang dikenakan akan dituntut terus dari Etiqa. Bergantung kepada syarat dan peraturan semasa serta perlindungan yang ada dalam pelan. Kaedah ini hanya boleh digunakan semasa berada dalam Malaysia sahaja.
3. Bayar Dahulu, Tuntut Kemudian bermaksud kita perlu membayar semua kos yang dikenakan oleh pihak berkaitan. Kita akan menuntu kembali semua kos yang telah dikeluarkan dari Etiqa dengan menyertakan dokumen seperti yang diperlukan oleh Etiqa. Bergantung kepada syarat dan peraturan semasa serta perlindungan yang ada dalam pelan.
4. Kad Perubatan Etiqa juga boleh digunakan di luar negara dengan syarat pemegang sijil perlu membayar segala kos yang dikenakan sebelum menuntut kembali dari Etiqa sekembali ke Malaysia dalam tempoh 60 hari dari tarikh keluar dari hospital.
 
Berikut adalah jadual pembayaran tambahan bagi kad perubatan mengikut jantina dan jenis pelan.
 
Lelaki
 

Perempuan


Nota:
1. Jumlah pembayaran dalam jadual di atas dikira dalam tempoh sebulan dan tidak termasuk dengan plan asas yang perlu disertakan sekali.
2. Jumlah pembayaran bergantung kepada faktor Umur dan Jantina.
3. Manfaat bagi semua pelan adalah sama kecuali jumlah had tahunan pembayaran bil hospital serta caj bilik dan makan.
4. Jadual pembayaran tertakluk kepada sebarang perubahan.
5. Pemegang sijil tidak akan diberi kad perubatan dalam bentuk fizikal. Hanya perlu memberi butiran semasa masuk ke hospital.
6. Terdapat kenaikan harga kad perubatan pada setiap 5 tahun sekali bergantung kepada usia semasa (julat usia).
7. Pemegang sijil berhak membatalkan atau mengambil kad perubatan pada bila-bila masa tertakluk syarat dan peraturan.
8. Peningkatan kos sehingga 25% dari jumlah asal (seperti dalam jadual) bagi pekerjaan kelas 3 (tahap risiko) dan 50% dari jumlah asal (seperti dalam jadual) bagi pekerjaan kelas 4 (tahap risiko).
 
Contoh:
Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Pelan Simpanan: Harmoni
Jumlah Simpanan Bulanan: RM 100 (Simpanan + Takaful)
Jumlah Pembayaran Kad Perubatan: RM 828 (RM 69 Sebulan)
Tempoh Simpanan: 20 tahun
 
Jumlah pembayaran bulanan bagi pakej Harmoni dengan tambahan kad perubatan adalah sebanyak RM 169 sebulan sehingga berumur 30 tahun.
 
Ali perlu membayar sebanyak RM 169.25 sebulan dari umur 31 tahun sehingga 35 dan seterusnya selagi Ali mengambil kad perubatan (kenaikan setiap 5 tahun mengikut umur).
 
Sekiranya Ali membuat keputusan untuk menamatkan penggunakan kad perubatan. Jumlah yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM 100 sahaja sebulan sehingga tempoh matang.

Berikut adalah senarai hospital panel bagi Takaful Medical Plus:


Pengecualian
 
Berikut adalah pengecualian pembayaran bagi kos rawatan di hospital untuk kad perubatan Etiqa:
 
1. Sebarang rawatan atau caj yang tidak munasabah, bukan keperluan dari segi perubatan, kosmetik, diagnostic (kecuali yang menyebabkan kemasukan hospital atau pembedahan), percubaan, pencegahan atau serupa.
2. Sebarang rawatan untuk tidur, mata atau gigi kecuali rawatan pergigian adalah berkaitan dengan kemalangan yang memerlukan rawatan hospital.
3. Kos ubat melalui kaunter, prostetik, rehat pulih, kebersihan, perdermaan organ atau tisu otot, kehamilan, kemandulan, prosedur penugasan semula jantina, perancangan keluarga, pensterilan, berkhatan atau kelahiran / kongenital / keadaan keturunan.
4. Psikiatri, keadaan yang berkaitan dengan mental atau sistem saraf.

 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan