Ahad, 18 Oktober 2020

Flight Landing View (KLIA)


Lokasi:
Flight Landing View (KLIA)
 
Alamat:
27, Kuala Lumpur International Airport,
64000 Sepang,
Selangor.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
19 September 2020 (Kali Ke-1)
27 November 2021 (Kali Ke-2)
 
Flight Landing View (KLIA) menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi hari ini selepas menjamu selera di Malakat MallDahulu lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat kapal terbang naik atau turun (bergantung pada masa). Sayangnya sekarang kapal terbang tidak naik atau turun lagi dilokasi ini. Ditambah dengan masalah wabak yang masih belum selesai ketika ini. Memang bukan rezeki hendak melihatnya. 

Rezeki memihak pada kami pada kedatangan kali kedua ini apabila dapat menikmati permandangan kapal terbang mendarat atas kepala. Ramai juga pengunjung pada hari ini. Bererti memang ada kapal terbang mendarat di laluan ini. Terasa bagaikan berada dalam pesta keraian.

19/09/2020: Ini Yang Terbaik Boleh Lihat

27/11/2021: Ramai Orang Hari Ini

27/11/2021: Nak Peluk

27/11/2021: Sementara Menunggu Kapal Terbang Mendarat

27/11/2021: Cuaca Bukan Penghalang

27/11/2021: Kapal Terbang Dah Nak Mendarat


Kecewa pula hari ini tidak dapat melihat kapal terbang naik atau turun dengan lebih dekat. Sudahlah jauh hendak sampai sini. Dengar cerita kapal terbang sudah tidak menggunakan landasan yang menghala ke sini. 
Pulang dengan kekecewaan.

Bagi lawatan kali kedua pula, Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Lepas tengok kapal terbang, kita main boling pula. 
 

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan