Zakat emas dan perak hanya wajib dibayar
apabila memenuhi tiga syarat berikut iaitu:
1# Cukup Haul
Dalam tempoh setahun atau lebih.
2# Menyamai @ Melebihi Nilai Yang Ditetapkan
85 gram atau lebih bagi emas atau 595 gram bagi perak
3# Memilikinya Secara Mutlak
Emas atau perak dimiliki sepenuhnya dan tiada halangan menguruskan harta tersebut.
Perkiraan zakat emas agak berbeza sedikit dengan zakat simpanan.
Ini menjadikan pembayaran zakat emas menjadi agak rumit untuk dikira terutama apabila emas yang dimiliki dibeli secara berperingkat.
Persoalannya sekarang adakah cara mudah mengira zakat emas? Berikut saya kongsikan dua kaedah mudah dalam mengira zakat emas.
Kaedah Pertama:
Bayar Mengikut Jumlah Emas Yang Dimiliki Setelah Genap Setahun
Bayar Mengikut Jumlah Emas Yang Dimiliki Setelah Genap Setahun
Cara paling mudah adalah dengan mengira jumlah
gram yang ada selepas tempoh setahun. Kiraan biasanya dilakukan awal januari
tahun depan. Cecah sahaja 85 gram emas dalam simpanan, terus sahaja bayar tidak
kira sama ada semua emas yang dimiliki sudah cukup setahun disimpan.
Pengiraan untuk tempoh setahun biasanya dikira
dari hari pertama anda membeli emas (gram pertama yang dimiliki).
Biar terlebih bayar dari terkurang bayar. Lebihan bayaran yang dibuat akan dikira sebagai satu sedekah.
Mahu mengira zakat emas dengan lebih terperinci dengan mengambil kira tempoh haul emas tersebut? Cuba guna kaedah kedua ini pula.
Kaedah Dua:
Bayar Zakat Setahun Selepas Jumlah Gram Mencecah 85 Gram
Bayar Zakat Setahun Selepas Jumlah Gram Mencecah 85 Gram
Untuk memahami bagaimana perkiraan zakat dilakukan mengikut
kaedah kedua ini. Disini saya sertakan contoh bagi memudahkan kefahaman.
Contoh:
Ali membeli emas sebanyak 10 gram secara konsisten bermula dari bulan januari sehingga disember 2020. Menjelang bulan september, simpanan emas Ali telah pun mencecah 85 gram.
Oleh itu, Ali wajib bayar zakat emas sebanyak 2.5 peratus bermula pada bulan september 2021 bagi 90 gram yang pertama. Manakala baki 30 gram lagi akan dibayar menjelang januari 2022. Anda boleh membayar secara serentak bagi semua emas yang dimiliki pada januari 2022.
Bagaimana sekiranya berlaku penjualan balik emas yang dimiliki sebelum zakat dibayar?
Katakanlah Ali menjual semula emas sebanyak 10 gram pada bulan februari 2021. Pembayaran zakat paling awal boleh dilakukan pada bulan oktober 2021 (bagi 90 gram pertama). Manakala baki 20 gram lagi boleh dibayar paling awal pada januari 2022.
Dengan tidak mengambil kira pembelian emas pada januari 2021 dan ke atas. Kaedah ini juga terpakai untuk pembayaran bagi zakat Perak.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel
Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak
Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak
Semoga lebih ramai akan faham ....kaedah pembayaran zakat emas dan perak ini.
BalasPadamaamiin
Padam