Jumaat, 9 Oktober 2020

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Prisma Plus @ Etiqa

Kemaskini pada 04/01/2024


Kalkulator, Risalah dan Buku

Makluman…
 
Bermula 1 Januari 2024, pelan ini tidak lagi boleh dilanggani. Pelan ini akan diganti dengan plan baru yang lebih menarik dan terkini (akan dimaklumkan kemudian)
 
Entri kali ini hanya sekadar satu berkongsian sahaja.


PRISMA PLUS

Pengenalan

Bagi suami dan isteri yang bertanggungjawab, tiada yang lebih penting daripada keluarga. Dengan Prisma Plus, anda boleh terus menyediakan liputan bebas untuk keselamatan masa depan keluarga anda bersama simpanan anda yang ada. Apa yang diperlukan adalah sumbangan yang berpatutan sebanyak RM50 sebulan untuk memastikan keluarga anda dijaga.

Ciri-Ciri Utama

Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia

Umur Kelayakan

Akaun Persendirian
19 Tahun dan ke atas
Perlindungan
19 Tahun sehingga 60 Tahun

Nota:
1. Penetapan jumlah perlindungan ditentukan berdasarkan umur dan jantina peserta.
2. Tiada Akaun Perkongsian (Join Account) bagi pelan Prisma Plus. Alternatif adalah dengan menyertai pelan asas Harmoni sekitar RM 70 sahaja (Pakej A).
 
Tempoh Matang
Minimun: 10 Tahun
Maksimum: Sehingga Berumur 88 Tahun
 
Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 10,000
Maksimum: Tanpa Had (Tertakluk kepada umur dan jantina)
 
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
Manfaat Utama
 
Manfaat Kematian
 
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan. Pembelanjaan Pengebumian, Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris sekaligus.
 
Contoh:
Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Pelan Simpanan: Prisma Plus
Tempoh Simpanan: 20 tahun
Waris: Aisyah bin Kamaruddin
Jumlah Perlindungan: RM 40,450
 
Ali meninggal pada tahun ke 10 sijil berkuatkuasa. Aisyah sebagai waris akan memperolehi:
 

Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Perlindungan

40,450.00

Pembelanjaan Pengebumian

1,000.00

Jumlah Simpanan

6,000.00

Jumlah Dividen (4%)

13,87.00

JUMLAH

48,837.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 
Nota:
1. Peratusan dividen tahunan yang diterima diantara 4% hingga 8% (bergantung kepada prestasi semasa).
2. Kiraan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja (anggaran).
3. Plan simpanan ini dilindungi oleh akta takaful dan dikategori sebagai hibah bersyarat. Waris berhak memperolehi keseluruhan duit yang ada tanpa perlu melalui proses pembahagian harta. Waris juga tidak terikat atas tanggungjawab membayar hutang si mati.
4. Pemegang sijil boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi waris dan boleh menentukan jumlah waris yang layak menerimanya. Pemegang sijil tidak perlu kebenaran waris untuk menerima duit ini.
5. Pemegang sijil boleh menukar waris pada bila-bila masa tanpa bersetujuan waris yang dipilih sebelum itu.
6. Pihak takaful tidak mengenakan sebarang caj tambahan (percuma) bagi proses meletakkan nama pewaris.
 
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 
Sekiranya HUMK berlaku kematian terhadap pemegang sijil sebelum berusia 65 tahun. Jumlah Pemberian Tunai, Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris secara sekaligus (sehingga RM 1 juta).
 
Jika jumlah keseluruhan pembayaran melebihi RM 1 juta, maka baki akan dibayar selepas tempoh setahun dari pembayaran terdahulu. Tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak sijil.
 
Contoh:
Sekiranya jumlah yang diterima oleh waris adalah sebanyak RM 1,500,000.00. Sebanyak RM 1,000,000.00 akan dibayar sekaligus kepada waris. Baki sebanyak RM 500,000.00 akan dibayar setahun kemudian.
 
Manfaat Matang
 
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus (dalam bentuk cek) kepada pemegang sijil.
 
Contoh:
Manfaat yang diperolehi oleh Ali selepas 20 tahun.
 

Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Simpanan

12,000.00

Jumlah Dividen (4%)

6,400.00

JUMLAH

18,400.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 
Perlindungan Fleksibel
 
Rider Ultra Medic (Kad Perubatan)
 
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan kad perubatan.
 
Contoh:
Ali mengambil Pelan 1 untuk Rider Ultra Medic (Kad Perubatan) berserta dengan pelan simpanan Prisma Plus. Jumlah pembayaran sebulan adalah sebanyak RM 139.05 (Pelan 1: RM 68.99 + Prisma Plus: RM 70.06) sehingga berumur 30 tahun.
 
Nota:
1. Bayaran bulanan yang diberikan hanya sebagai anggaran sahaja,
2. Jumlah bayaran ditentukan berdasarkan umur dan jantina.
 
Entri Berkaitan:
Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)


Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan