Pelaburan emas suatu pelaburan yang unik. Ia boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga emas.
Setiap peringkat dinilai berdasarkan potensi keuntungan yang boleh diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Lagi tinggi peringkat, lagi masyuk potensi keuntungannya dan lagi pendek tempoh masa menjana keuntungan.
Berikut adalah peringkat yang boleh dicapai dalam pelaburan emas:
Peringkat 1: Penyimpan Emas
Keuntungan paling rendah. Tempoh masa paling panjang. Tahap kesukaran paling rendah.
Peringkat 2: Pelaburan Emas
Keuntungan sederhana. Tempoh masa agak panjang. Tahap kesukaran sederhana.
Peringkat 3: Peniaga Emas
Keuntungan paling tinggi. Tempoh masa paling pendek. Tahap kesukaran paling tinggi.
Mudah sahaja hendak capai peringkat ketiga ini. Asalkan ada duit ditangan sudah memadai. Lagi banyak duit, lagi cepat anda sampai ke peringkat ketiga.
Kalau tidak memiliki duit yang banyak bagaimana? Jangan risau. Ada jalan lain yang boleh kita diikuti. Perjalanan yang jauh dan penuh dengan rintangan serta cabaran.
Mari kita ikuti perjalanan epik ini. Perjalanan seorang Penyimpan Emas Ke Usahawan Emas.
Ini Kisah Ali (bukan nama sebenar)
1. Pelaburan berisiko rendah dengan pulangan yang memuaskan
2. Pelaburan yang mudah difahami dan diurus.
3. Pelaburan dengan kadar kecairan yang tinggi.
4. Pelaburan dengan kos permulaan yang rendah.
5. Pelaburan yang sesuai dengan jiwa.
Faktor-Faktor Yang Perlu DipertimbangkanSebelum Membeli Emas
1. Harga pergram yang jauh lebih murah
2. Emas disimpan secara percuma oleh Public Gold
3. Ali boleh memilih produk emas yang diingini dikemudian hari
4. Urusan jual beli lebih mudah dan selamat
Seorang Pelabur Emas
Ali secara rasmi telah pun menjadi penyimpan emas saat mula membeli emas Public Gold walaupun hanya sekadar RM 100. Tapi dalam cerita ini, Ali memilih membeli 1 gram sebulan. Ini bagi memastikan simpanan gram emas dalam akaun GAP Ali genap (tiada titik perpuluhan).
Ali seorang yang berfikiran jauh. Ali ingin menjadi seorang pelabur emas yang merdeka. Ali meluangkan masa membaca buku tentang emas seperti buku Wang Emas karya encik Zulkifli Shafie, Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas karya encik Syukor Hashim & beberapa buah buku berkaitan topik ini.
Melalui pembacaan. Ali mendapati terdapat dua pilihan yang boleh diambil iaitu melabur dalam jangka masa pendek atau melabur dalam jangka masa yang panjang. Jangka masa pendek merujuk dalam tempoh setahun. Jangka masa panjang merujuk dalam tempoh lebih dari setahun.
Melabur dalam jangka masa pendek menuntut strategik yang berbeza berbanding melabur dalam jangka masa panjang. Ia memerlukan modal yang besar & waktu sesuai bagi memastikan pulangan maksimum diterima dalam tempoh masa yang paling singkat. Waktu sesuai bermaksud membeli emas ketika harga diparas terendah, menjual kembali pada ketika harga diparas tertinggi.
Melabur dalam jangka masa panjang pula menuntut pembeli membeli secara konsisten tidak kira ketika harga naik atau pun turun. Dengan mengamalkan strategik ini. Pelabur emas dapat memastikan purata harga emas yang dibeli berada diparas pertengahan. Tidak terlalu mahal.
Oleh kerana Ali tidak memiliki modal yang banyak. Maka Ali memilih untuk melabur dalam tempoh masa yang panjang. Ali mengamalkan teknik pemurataan harga. Dengan teknik ini Ali dapat mengetahui dengan jelas ketika harga emas mahal atau pun murah.
Ali hanya menjual kembali emas yang dimiliki ketika matlamat tercapai atau ketika ingin membeli aset lain seperti rumah atau tanah.
Ke peringkat terakhir. Usahawan Emas.
1. Promosi Harian
2. Promosi Bulanan
3. Promosi Tahunan
1. Normal Dealer
2. Priority Dealer
3. Master Dealer
3 Saluran Untuk Menjadi Dealer Public Gold
Beli mengikut jumlah yang ditetapkan dalam promosi.
Cara Kedua:
Daftar seramai 50 orang pelanggan dalan tempoh 3 bulan pertama saat menerima PG Kod.
Dealer Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan