Lokasi:
Pantai Kempadang
Alamat:
Jalan Rhu Bongkok,
26060 Kuantan,
Pahang.
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang
ditentukan
Tarikh Lawatan:
17 November 2020 (Kali Ke-1)
31 Oktober 2021 (Kali Ke-2)
29 Februari 2024 (Kali Ke-3)
01 November 2024 (Kali Ke-4)
Pantai
Kempadang menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari ini. Mengikut rancangan
asal, sepatutnya lepak di sini sambil makan tengah hari sementara menunggu
rumah tumpangan siap dikemas. Baru
makan sikit, tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya. Terpaksalah berteduh
dalam kereta. Rosak rancang pagi ini.
Pantai
Kempadang menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi pada hari ini selepas menikmati
pencuci mulut di Amani Vanilla @ Temerloh. Niat asal hendak mandi pantai petang
ini tetapi terbantut melihat keadaan. Jadi berkelah sahajalah sambil makan nasi
berlauk ikan patin yang dibeli di Go Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh.
Pantai Kempadang menjadi
lokasi tunggal yang dikunjungi pada lawatan kali ketiga. Tujuan utama adalah
sekadar untuk menikmati angin pantai. Alang-alang dah ada di Kuantan ini,
singgahlah pantai terdekat.
Pantai Kempadang
juga menjadi lokasi persinggahan terakhir selepas mengunjungi Pantai Cempaka
pada lawatan kali keempat. |
17/11/2020: Bendera Merah Dikibar Menandakan Tidak Boleh Mandi |
|
17/11/2020: Kawasan Penanaman Pokok Kelapa |
|
17/11/2020: Tidak Lama Hujan Ini. Gelap Di Sebelah Sana |
|
17/11/2020: Mencari Tapak Untuk Berkelah |
|
17/11/2020: Cuaca Berubah Dengan Mendadak |
|
17/11/2020: Duduk Dalam Kereta Sahajalah. Hujan Sudah Turun |
|
17/11/2020: Cuaca Tidak Menentu. Sekejap Hujan Sekejap Mendung |
|
17/11/2020: Jalan-Jalan Sekejap Di Tepi Pantai Sementara Mendung Ini |
|
17/11/2020: Tengah Cetek Airnya |
|
17/11/2020: Bukan Rezeki Hari Ini Hendak Mandi Laut |
|
01/11/2024: Menara Pemerhati Dah Siap Dan Boleh Dikunjungi |
|
01/11/2024: Semput Juga Nak Naik Menara Ini |
|
01/11/2024: Seluas Mata Memandang |
|
01/11/2024: Pantai Masih Cetek |
|
01/11/2024: Restoran Di Hujung Sana |
Perjalanan
diteruskan menuju ke Pantai Sepat pada sebelah petang selepas masuk rumah
tumpangan (lawatan kali pertama).
Pantai
Kempadang menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi hari ini (bagi lawatan kali kedua). Tiba masa untuk
pulang ke rumah tumpangan. Esok nak mandi sungai pula. Kena bangun awal.
Sesudah menikmati
angin pantai (lawatan kali ketiga dan keempat). Tiba masa untuk pulang. Jauh lagi perjalanan
ini.
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Catatan
Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan