Isnin, 28 Disember 2020

Fahami Sifat Semulajadi Sesuatu Pelaburan

Perubahan Harga

Terdapat dua kaedah menjana keuntungan dalam pelaburan iaitu melalui Keuntungan Modal dan Aliran Tunai.
 
Keuntungan Modal
Bermaksud memperolehi keuntungan secara sekaligus dalam jumlah yang banyak. Kebiasaannya, keuntungan diperolehi saat berlakunya peningkatan harga terhadap modal yang dilaburkan.
 
Keuntungan Aliran Tunai
Bermaksud memperolehi keuntungan secara konsisten dari pelaburan yang diceburi. Kebiasaannya, keuntungan yang diperolehi adalah dalam jumlah yang sedikit tetapi berterusan dan berkembang sekiranya keuntungan yang diperolehi tidak diguna.

Mari kita lihat beberapa pelaburan biasa yang terdapat di Malaysia. Bagaimana pelaburan ini menjana keuntungan kepada kita.
 
 
Jenis Pelaburan:
Fixed Deposit (FD)
 
Jenis Keuntungan:
Aliran Tunai
 
Fungsi utamanya adalah untuk memberi keuntungan kepada pendeposit dalam tempoh masa yang pendek melalui pemberian dividen. Pelaburan ini sesuai bagi pendeposit yang ingin memperolehi keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.
 
Kelebihan lain adalah, pendeposit boleh memohon pembiayaan sekali ganda dari jumlah yang disimpan. Simpan seribu, boleh pinjam 2 ribu.
 
 
Jenis Pelaburan:
Tabung Haji
 
Jenis Keuntungan:
Aliran Tunai
 
Fungsi utamanya adalah untuk mengalakkan rakyat Malaysia khususnya orang islam menyimpan untuk menunaikan haji dan umrah. Pendeposit akan menerima keuntungan dalam bentuk dividen pada setiap tahun. Ini bererti keuntungan yang dijana adalah dalam bentuk Aliran Tunai. Keuntungan dari dividen kebiasannya tinggi sedikit dari FD dan akaun simpanan biasa.
 
Kelebihan simpanan ini adalah kos menunaikan haji menjadi lebih murah atas sebab subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui Tabung Haji.
 
 
Jenis Pelaburan:
Unit Trust @ Unit Amanah
 
Jenis Keuntungan:
Keuntungan Modal & Aliran Tunai
 
Terdapat 2 jenis unit trust yang boleh diperolehi iaitu:
 
1# Kadar Tetap
Harga unit yang didagangkan adalah tetap dan tidak berubah. Keuntungan hanya diperolehi melalui penambahan unit dalam bentuk dividen. Jenis keuntungan yang diperolehi adalah dalam bentuk Aliran Tunai.
 
Kelebihan unit tetap adalah ia dapat mengurangkan risiko kerugian akibat perubahan harga unit tersebut.
 
Contoh:
ASB, ASB2 & ASM2: Wawasan
 
2# Kadar Berubah
Harga unit yang didagangkan berubah mengikut permintaan dan penawaran. Keuntungan boleh diperolehi atas perbezaan harga unit yang dibeli (keuntungan modal) atau penambahan unit melalui dividen yang diperolehi (Aliran Tunai).
 
 
Jenis Pelaburan:
Hartanah
 
Jenis Keuntungan:
Keuntungan Modal & Aliran Tunai
 
Terdapat 2 cara untuk menjana dari pelaburan Hartanah iaitu:
 
Beli & Jual Kediaman
Keuntungan yang diperolehi dari aktiviti jual beli kediaman. Beli ketika harga murah, jual ketika harga mahal. Keuntungan yang diperolehi adalah dari segi Keuntungan Modal dan biasanya diperolehi dalam tempoh beberapa tahun.
 
Beli & Sewa Kediaman
Keuntungan yang diperolehi dari aktiviti beli dan sewakan kediaman tersebut. Keuntungan yang diperolehi adalah dari segi Aliran Tunai dan biasanya diperolehi setiap bulan.
 
 
Jenis Pelaburan:
Komoditi
 
Jenis Keuntungan:
Keuntungan Modal
 
Keuntungan melalui pelaburan komoditi seperti emas dan perak bergantung kepada peningkatan harga logam tersebut. Perbezaan antara harga beli dan jual serta jumlah pelaburan menentukan keuntungan yang diperolehi.
 
Entri Berkaitan:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas & Perak
 
Berikut adalah sedikit sebanyak jenis pelaburan yang ada di Malaysia.
 
Kenapa anda perlu tahu akan sifat sesuatu pelaburan tersebut? Supaya anda boleh membuat keputusan dengan lebih baik semasa ingin menyertai sesuatu pelaburan tersebut.
 
Semakin lama kita melibatkan diri dengan sesuatu pelaburan itu. Semakin tinggi potensi keuntungan yang diperolehi. Dan paling penting, anda tidak mudah tertipu dengan skim pelaburan yang pelik dan ajaib.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan