Isnin, 28 Disember 2020

Pilih Emas Atau Perak?

10 Dirham Public Gold

Suatu masa dahulu, saya pernah ditanya oleh bakal pelanggan berkaitan pemilihan antara emas atau perak untuk dijadikan pelaburan.
 
Sebelum menjawab soalan tersebut. Saya perlu tahu dengan jelas matlamat dia dalam pelaburan bagi memudahkan saya memberi mencadangkan memilih antara emas atau perak.
 
Entri kali ini saya ingin kongsikan idea kepada anda dalam memilih antara emas dan perak mengikut matlamat sendiri.

Sekiranya Anda Ingin...
 
 
1# Simpan
Saya cadangkan beli emas.
 
Sebab 1: Menjimatkan Ruang Simpanan.
 
Emas memiliki kepadatan yang jauh lebih tinggi berbanding perak. Saiz emas adalah lebih kecil dari saiz perak walaupun memiliki berat yang sama.
 
10 gram emas setara dengan 250 gram perak dari sudut harga (lebih kurang). Kenapa perlu menyimpan logam seberat 250 gram apabila kita boleh simpan logam seberat 10 gram sahaja dengan bajet yang sama.
 
Sebab 2: Mudah Di Pajak Dan Di Jual
 
Emas mudah digadai dimana-mana kedai pajak di seluruh dunia berbanding dengan perak. Sukar untuk mencari tempat gadaian bagi perak.
 
Salah satu sebab adalah kerana emas mudah dijual ketika dilelong berbanding dengan perak. Sekiranya pelanggan gagal menebus kembali emas yang digadai.
 
Permintaan terhadap emas adalah jauh lebih tinggi dari perak. Itu sebab kenapa nisbah terkini antara emas dan perak mencecah 1:64*.
 
Nota:
Nisbah ini dibandingkan berdasarkan harga semasa emas Public Gold pada 25 Disember 2020.
 
 
2# Melabur
Saya cadangkan beli perak.
 
Sebabnya:
Pergerakan atau perubahan harga perak amat drastik berbanding dengan harga emas.
 
Contohnya:
 
Harga Perak 2020 (100 gram):
 
1 Jan: RM 284
1 Feb: RM 282 (+2)
1 Mac: RM 267 (-15)
1 Apr: RM 230 (-37)
1 Mei: RM 255 (-20)
1 Jun: RM 302 (+47)
1 Jul: RM 305 (+3)
1 Aug: RM 403 (+98)
1 Sep: RM 465 (+63)
1 Okt: RM 391 (-74)
1 Nov: RM 389 (-3)
1 Dis: RM 364 (-25)
 
Harga Emas 2020 (1 gram):
 
1 Jan: RM 215
1 Feb: RM 220 (+5)
1 Mac: RM 226 (+6)
1 Apr: RM 234 (+8)
1 Mei: RM 256 (+22)
1 Jun: RM 260 (+4)
1 Jul: RM 265 (+5)
1 Aug: RM 293 (+28)
1 Sep: RM 290 (-3)
1 Okt: RM 277 (-13)
1 Nov: RM 274 (-3)
1 Dis: RM 258 (-16)
 
Mari kita lihat dari segi harga terendah dan tertinggi bagi tahun 2020.
 
Perak (100 gram):
 
Harga terendah: RM 199
Harga tertinggi: RM 478
Perbezaan harga: RM 279
Kadar kenaikan: 140%
 
Emas (1 gram):
 
Harga terendah: RM 214
Harga tertinggi: RM 304
Perbezaan harga: RM 90
Kadar kenaikan: 42%
 
Nampakkan perbezaannya. Harga perak berubah lebih pantas dari harga emas.
 
Nota:
Harga emas dan perak di atas adalah mengikut harga GAP & SAP Public Gold.

 
3# Peniagaan
Saya cadang beli emas.
 
Sebabnya:
 
Produk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah jauh lebih banyak dari produk perak. Ini disebabkan permintaan terhadap produk emas jauh lebih tinggi dari produk perak. Emas juga tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan berbanding dengan perak.
 
 
Ini hanyalah sekadar satu cadang dari saya, sebagai panduan kepada anda dalam memilih di antara emas atau perak.
 
Paling terbaik adalah memiliki kedua-dua sekali. Kenapa perlu memilih antara satu apabila boleh memiliki kedua-dua sekali. Sekiranya ingin memiliki kedua-duanya sekali. Saya cadangkan miliki dalam nisbah 70:30. 70% emas dan 30% perak.
 

Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:
Pilih Emas Atau Perak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan